Masih panas lagi dari oven ni (macam kueh raye plak)!
Hari ini Negaraku! melancarkan butang terbaru untuk mengundi. Jika anda masih lagi blur² pasal Negaraku, sila teruskan bacaan anda di sini sebelum memulakan yg ini.
Apa beze yang lame dan baru? Lagi terampil!
Cube tengok sikit butang lama ni. Kelam kabut! Pening orang nak perhati lame². Pendek kate, terlalu “jalang”. Lebih-lebih lagi kalau blog itu sudah cukup serabut dgn widget dan iklan.
Jadi sebagai seorang yg prihatin (cewah!), saya telah mengubah reka bentuk Sistem Undian Negaraku.
Nak tengok butang baru? Silalah lompat.
Inilah die butang baru. Nampak, jauh beze die kan? Butang baru ini direka utk ‘ngam’ dengan design mana-mana theme atau blog. Tak kisah la Hitam ke, Merah ke, Putih ke, semua mesti cantik.
Aku Nak Gak!
Di kala ini, MK mungkin baru sahaja pulang ke rumah dari ofis. Oleh itu, tak bole lah saya nak demo kan dekat SembangKomputer, maklumlah akaun saya sekadar editor sahaja. Tapi kalau anda betul² gian, ketagih atau gatal, silalah ke blog saya. (Dinasihatkan, motif blog saya jauh berbeza dari SembangKomputer.)
Tanpa melengahkan masa lagi, mari saya tunjukkan care paling mudah untuk menggunakan butang terbaru ini ialah dengan menambahkan satu lagi karektor pada kod asal.
<script type=’text/javascript’>submit_url=’[your-url]‘;</script>
<script src=’http://negaraku.net/evb/button.php’ type=’text/javascript’/>
Nampak “evb” dekat barisan bawah? Tukarkan ke “evb2″. Contoh:
<script type=’text/javascript’>submit_url=’[your-url]‘;</script>
<script src=’http://negaraku.net/evb2/button.php’ type=’text/javascript’/>
Kan kacang tu? Tade la korang kene tukar beberapa barisan kod yang korang sendiri pon tak paham ape-ke-mende die buat.
Mana-mana sekali pon cara yang digunakan, hanya perlu tambah satu lagi character utk mencantikkan blog anda. Tanak cantik? Pilihan awak, bukan saya.
Kepada pengguna WordPress, jangan segan silu upgrade sendiri plugin itu. Tapi kalau dah malas sangat, sedut dari sini. (semua WordPress bole masuk…kot)
Sekian sahaje tutorial ringkas dari saya, lain hari, lain masa, kita bercerita lagi.

Pingback: Happy Deepavali Blunder | Noktah Hitam
rasanya kena kecikkan lagi la button tu. hehe :)
@KNizam, wahhh 100x 20px pon tak cukup kecik lagi? hahha
huhu… tak leh kasi user tweak sendiri ke? :D
wah lagi comey..aku suke…
yeah!! akhirnya.. jadi kecik pon binatang ni.. tapi kalo boleh tweak sendiri lagi best hohohoho
bro macam ada problem je bila kau pakai versi kecik ni.. mula2 dia tak ngam dengan plugin wassup.. pastu dah ok..
lagi satu.. kalo tekan butang tu memang tak automatik tambah vote cam plugin lama ek?? dia direct gi page tu kat negaraku je..
@topo, ko buat graphic ko sendiri ke ape yg penting, ko kene bagi ke fav.php
aku asik dapat error ni je bila aku psang plugin baru ni..
Warning: Cannot modify header information – headers already sent by (output started at /home/topotato/public_html/wp-content/plugins/negaraku.php:315) in /home/topotato/public_html/wp-content/plugins/wassup/wassup.php on line 1434
org lain pon sama ke aku je ade problem ni ek…
@topo, waaaa.. sebelum ni ko pakai tak plugin tu? tade beze dgn lame, cume tukar evb ke evb2 je
Good job!
NH, ko tak add dalam WordPress plugin directory ker? Aku search “negaraku” tak jumpa.
Satu lagi, kalau diberi pilihan kan lagi bagus. Meaning, kita boleh switch dekat admin panel, nak pakai yang mana satu, besar atau kecik. Bila upgrade version lain, boleh tambahkan lagi design button.
It’s just an opinion, btw.. :)
@ImamKhalid, bagus cadangan ko, tp sebab nak tuka evb ke evb2 tu satu character je, aku malas nak tules dalam 100 barisan php untuk bagi option kt user.
cmne nak add negaraku kat wordpress.com?
@MakLaN, register membership kat WP.org, pastu submit plugin, pastu diorang akan nilai. Ada syarat2 dan peraturan2 tertentu sebelum berjaya masuk list.
Lepas tu bila dah masuk, bila ada version upgrade, boleh automatic upgrade.
dah download dah…….. nice
nanti maybe aku guna plugin nie kot kat blog aku..hoho..kecik lagi menawan.. :P
sudah dipasang. :D yea! sermat-sermat!
Belom pasang lagik
:(
Negaraku 1.1.0 dah boleh upgrade automatically dari admin panel. Selamat mendownload! :)
Pingback: Naik taraf butang Negaraku! | Soleh.Net
aku try upgrade auto dah tp…bila siap upgrade…button tu tak kuar lak…ke kena setting kat ner lagi
@kita, cuba ke Negaraku! Options, pastu dekat top button settings, pilih Right atau Left. Cubalah. Kalau tak menjadi, sila beritahu… :)
blog dah semakin hensem sbb dah tukar logo negaraku. keke. thanks
Waa… nice new look..
nice!
nanti aku nak pakai jugak la menda nih..
aku akan tukar blog wordpress percuma ni kepada yg berbayar(hosting dan domain)..hehe
insyaAllah la..
@mahsyar90, ai mahsyar90
makin comel pulak.tapi aku suka kalu button negaraku tu berkibar-kibar.Baru menarik perhatian sikit kot. :)
Salam lama tak join sini.