Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Cara - cara Menggunakan Miranda IM

4 January, 2008 (03:58) | Perisian | Oleh: MK

Saya ada membuat satu pos berkenaan Miranda IM, klien IM kegemaran saya. Atas permintaan, kali ini saya akan menerangkan cara - cara untuk menggunakan Miranda IM.

Apabila anda membuka Miranda IM untuk kali pertama, Miranda IM Profile Manager akan keluar. Di sini, masukkan apa - apa nama yang anda suka, tiada kaitan dengan user name anda di akaun lain.

miranda-01

Kemudian, Miranda akan bertanya akan akaun AOL anda. Tekan cancel kerana anda tidak menggunakan AOL. Satu kotak mesej akan keluar, "Do you want to disable the AIM protocol (requires restart)?". Tekan YES.

Seterusnya, ICQ Account Setup akan dipaparkan. Jika anda memunyai akaun ICQ, anda bolehlah memasukkan nombor ICQ serta password anda. Jika tidak, hanya tekan cancel.

Paparan Miranda IRC pula akan keluar. Jika anda bercadang ingin menggunakan Miranda IM sebagai klien IRC anda, masukkan Nick iaitu nama samaran anda. Jika tidak, hanya tekan cancel.

Bagaimana dengan akun Yahoo!, MSN, dan lain - lain? Mudah saja. Buka paparan utama Miranda IM dengan double - click pada ikon kecilnya di system tray. Klik pada logo Miranda, dan tekan Options. Di sini anda akan memasukkan maklumat mengenai akaun Yahoo! dan MSN anda supaya anda boleh menggunakan Mirnda IM menggantikan Yahoo! Messenger dan MSN Messenger.

miranda-02

Lihat pada tree view yang berada pada sebelah kiri. Pilih pada Network | YAHOO bagi membuat tetapan untuk akaun Yahoo! anda. Masukkan ID dan password di ruang yang berkaitan dan tekan OK. Bagi membuat tetapan untuk akaun MSN, pilih Network | MSN. Tekan OK apabila anda selesai.

miranda-03

Sekarang, bagaimana untuk mula chatting? Hanya klik pada ikon Yahoo/MSN yang berada pada bahagian bawah Miranda IM, dan pilih Online. Kini anda boleh chatting dengan kawan - kawan dari Yahoo!, MSN, Jabber, ICQ, dan IRC dengan hanya menggunakan satu aplikasi sahaja! Selamat mencuba ^^

miranda-04

*Jika anda ingin membawa Miranda IM di dalam USB drive anda (portable), hanya copy dan paste sahaja folder Miranda IM dari "C:\Program Files\Miranda IM" de dalam USB drive anda.

Popularity: 6% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari Endang Supriatna
Masa: September 18, 2008 pada 1:56 am

yueu

[Balas komen ini]

Berikan komen