Arkib

disket GhostDengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.

Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.

Anda boleh mendapatkan Norton Ghost versi percubaan di sini. Namun saya sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket yang anda boleh perolehi dari mana-mana kedai yang berhampiran :p

Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buat Backup Ghost Pada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
    Norton Ghost
  4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.
    Norton Ghost
  5. Pilih partition yang anda hendak backup.
    Norton Ghost
  6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
    Norton Ghost
  7. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.
    Norton Ghost

Restore Fail Ghost Kepada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
    ghost-09
  4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.
    ghost-10
  5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.
    ghost-11
  6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.
    ghost-12
  7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.
    ghost-13
  8. Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
    ghost-14

Ok, itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan. Harap dapat membantu ^_^

Entri berkaitan:

Tags: , ,


48 Komen untuk entri ini.

  1. Komen oleh zool · 13/05/2008 · 12:22 PM

    Menarik betul info2 ni… Mungkin berguna untuk saya di kemudian hari

    Balas komen ini

  2. Komen oleh KNizam · 13/05/2008 · 7:24 PM

    saya ada pengalaman ngeri pakai norton ghost neh. habis hdd saya dulu. heeh :)

    KNizams last blog post..MARDI Bio-Business Treasure Hunt 2008 – Registration & Hall Briefing at MARDI Serdang

    Balas komen ini

  3. Komen oleh Starfall · 13/05/2008 · 9:39 PM

    not bad. norton ghost widely use in computer shops when customers want to reformat their comp. thanks for the tutorial ^^”

    Balas komen ini

  4. Komen oleh melayubuntu · 14/05/2008 · 4:33 AM

    tutorial menarik..

    hmm…aku xpnah cuba pun bnda ni.. xde pluang nk cuba..hehe

    melayubuntus last blog post..Compiz Fusion dalam Hardy Heron

    Balas komen ini

  5. Komen oleh sarah · 14/05/2008 · 11:11 AM

    thanks,dah lama nak try guna buat ghost.dapat jgk akhirnya.boleh buat tutorial mcm mana nak buat ftp server.nak configure iis dia.Thanks.:)

    sarahs last blog post..Kemunculan Blog Politik mewarnai blogger malaysia

    Balas komen ini

  6. Komen oleh giah · 14/05/2008 · 11:40 AM

    banyak sy xtaw…huhuuuu…nama jek bdk sains komp

    Balas komen ini

  7. Komen oleh giah · 14/05/2008 · 11:42 AM

    tenkiu2

    Balas komen ini

  8. Komen oleh syarel · 14/05/2008 · 4:54 PM

    thanks, sy mmg dah lama nak belajar buat ghost ni, lps ni boleh ajaq cara nak sharing printer dgn beberapa komputer,..info berguna ni.

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    15/05/2008 pada 8:11 PM

    @syarel: sharing printer dalam network ek. oke.. akan menyusul

    Balas komen ini

  9. Komen oleh t.a.t.a · 15/05/2008 · 12:35 PM

    err MK, leh YM saya tak? ada kemusykilan pasal pc ni.

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    15/05/2008 pada 8:15 PM

    @t.a.t.a: eh, pasal software tu, t saye jumpe saya bitau

    Balas komen ini

  10. Komen oleh mali · 15/05/2008 · 8:17 PM

    udah biasa pakai maklumla pc selalu rosak.lbh baik ghostkan sebelum soft/hardware dlm tu ilang..

    Balas komen ini

  11. Komen oleh HE · 16/05/2008 · 8:46 PM

    ada tool menarik tak selain drpd norton.?

    HEs last blog post..Yahudi atau Zionis?

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    16/05/2008 pada 9:15 PM

    @HE: kalau nak software open-source, cuba PING

    Balas komen ini

  12. Komen oleh fahimi · 21/05/2008 · 11:15 AM

    ASKUM..BILE DALAM PROSES FORMATKAN,SAYA NAK TNYA BAGAIMANA CARA NAK WAT KATEKAN 4 PARTITION?HARAP LEH MEMBANTU…TQ

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    23/05/2008 pada 9:28 PM

    @fahimi: um, awak buat partition pertama dengan saiz dia 1/4 dari hard disk awak. pastu buat hard disk kedua camtu gak, dan seterusnya sampai ada empat partition.. ^^

    Balas komen ini

  13. Komen oleh zaki blogjer · 23/05/2008 · 12:08 PM

    Cantik. Mmg tercari2 benda nih. Tak sangka agak simple gak eh. Err, berapa kebarangkalian gagal eh?

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    23/05/2008 pada 9:30 PM

    @zaki blogjer: kebarangkalian gagal? um, jarang lak aku gagal kalau nak Ghost hard disk ni…

    Balas komen ini

  14. Komen oleh dekan · 24/05/2008 · 2:16 AM

    hik2.. aritu ade budak email tanya camner nak ghost kan hard disk. Mlm ni aku redirect ke sini la. sbb x pernah cuba. hehe

    dekans last blog post..Lucu – Shoutmix di dalam Advertlets?

    Balas komen ini

  15. Komen oleh emil · 02/06/2008 · 12:18 PM

    mcm mna nk ghostkan hard disk?
    tlg ajr sy blh x?
    sy bnyk benda lg xthu…..

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    02/06/2008 pada 2:43 PM

    @emil: insyaAllah, akan menyusul

    Balas komen ini

  16. Komen oleh syarif · 03/06/2008 · 8:33 PM

    info yang bagus khairul..bleh saya masukkan dalam blog saya?

    syarifs last blog post..Autoresponder

    Balas komen ini

    Komen dari Muhammad Khairul
    04/06/2008 pada 9:39 AM

    @syarif: boleh, pastikan kat entri awak tu, letak link ke entri asal ni ye

    Balas komen ini

  17. Pingback oleh Betapa Pentingnya Backup! | SembangKomputer.com · 18/06/2008 · 12:27 AM

    [...] yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau [...]

  18. Komen oleh Liquid Snake · 02/07/2008 · 7:43 PM

    Macam mane nak wat pendrive menjadi ‘bootable’?
    Kalo slalu kite gunakan cd @ disket utk install image ghost…
    tp kalo bley jd kan pendrive sebagai ‘bootable’ rasenye lebih mudadiharap sesiapa yg tahu cara ini berkongsi cara di sini…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    03/07/2008 pada 2:21 AM

    @Liquid Snake:
    sesetengah BootCD ada sediakan imej untuk pen drive skali, supaya boleh dijadikan pen drive bootable.. contohnya Slax

    Norton Ghost, saya tak pasti plak ada ke tak. kalau nak buat secara manual, saya pun tatau

    sesiapa yang tahu boleh la berkongsi di sini ye..

    Balas komen ini

  19. Komen oleh izani · 17/07/2008 · 5:20 PM

    boleh buat image dalam hdisk, leas tu masukkan dalam cd, bila nak restore, panggil image yang terdapat dalam cd tu..

    Balas komen ini

  20. Komen oleh Liquid Snake · 01/08/2008 · 5:28 PM

    saya da bley jd kan pendrive menjadi bootable..tp utk boot ke dlm ghost xbley la plak…sape2 yg ade idea…sila la bg bantuan teknikal di sini..

    Balas komen ini

  21. Komen oleh amir · 02/09/2008 · 11:25 PM

    mne nk dapt mnda tu??

    Balas komen ini

  22. Komen oleh mat · 09/09/2008 · 12:53 AM

    Norton Ghost baik bila mana masa itu emas. Tetapi anda mungkin terlepas beberapa kritikal file jika Norton Ghost anda tidak up-to-date. Bagi pengguna biasa jika ada krtikal file yang miss, masalah tidak ketara atau tidak nampak langsung. Satu perkara lagi utility daripada Norton ialah memory hog. Komputer anda boleh lemas jika RAM tidak cukup. 2g RAM bagus juga tapi kalau anda kaki hi-res game sayang juga RAM itu dimakan oleh konco-konco Norton.
    Jadi, Reinstall from scratch adalah yang terbaik. Lagipun, kalau nak Windows (misalnya) sentiasa fresh, reinstall setiap 6 bulan memang perlu. Ini kerana file atau driver boleh corrupt dalam tempoh itu. Tak payah hantar ke kedai. Install Windows sangat senang. Yang penting semua driver mesti ada. Masalah back up ? No sweat…..
    Jalan short cut tidak semestinya ideal.

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    10/09/2008 pada 1:23 PM

    @mat: betul tu, software Norton biasanya memang memory hogger, sebab tu aku guna bootable CD je, tak install dalam PC ^^

    Balas komen ini

  23. Komen oleh selinap · 22/12/2008 · 6:11 PM

    Bolehkah Ghost digunakan tanpa FAT32 partition?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    23/12/2008 pada 1:52 PM

    hm, selama ni saya guna Ghost pada partition NTFS ok je, takde masalah

    Balas komen ini

  24. Komen oleh HoSEa · 29/12/2008 · 6:27 PM

    Saya sudah ada Ghost, yang jadi masalahnye sekarang ni ialah,selepas saya dah abes backup ( copy image ) file tu td bersaiz besa dan xmuat untuk di burn ke dlm cd.. ade ke software2 atau cara supaya image yang kita buat tu bersaiz kecil untuk dimuatkan ke dlm cd? xkan nk burn kat dvd kot.. xsume pc ade dvd nehh.. tulun la ye

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    30/12/2008 pada 9:36 AM

    @HoSEa, setahu saya takde pulak software yang boleh kecikkan DVD jadi CD untuk data. cuba awak buat balik Ghost guna compression yang paling tinggi. buat Ghost untuk fresh installation XP ke? sepatutnya satu CD dah cukup

    Balas komen ini

  25. Komen oleh muaz · 04/01/2009 · 2:23 PM

    mk,bleh x bantu saya tnjuk kn print screen dri awal utk ghost ‘local to disc to disc’. gmbr di atas adalah dri ‘ local to partition to image’. thanqs

    Balas komen ini

  26. Komen oleh shiema · 15/01/2009 · 8:15 AM

    Bgs Ghost nie..mcm mn plk kalu ada 1 partition jer? boleh ke..

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    24/01/2009 pada 5:39 PM

    @shiema kalau ada 1 partition je.. kena backup pada hard disk lain ataupun CD/DVD

    Balas komen ini

  27. Komen oleh zairi · 16/01/2009 · 6:04 PM

    norton ghost ni hanya pakai hardisk ide sahaja. sata hardisk takboleh la

    Balas komen ini

  28. Komen oleh MK Ampang · 22/03/2009 · 2:30 AM

    Assalamualaikum.wbt

    Nak TANYA.. Bagaimana Kita Nak Ghost Menggunakan Sata PC.. Sy Pernah Cuba Tp.. CD Drive X DeTECT.. aDe cARA lEN kE.. tq/.

    Balas komen ini

  29. Komen oleh the nazra · 21/05/2009 · 12:14 PM

    kalu boleh aja skali acronis…ceq lg suke acronis

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    23/05/2009 pada 10:04 AM

    @the nazra: Cheq suka gak Acronis, tapi untuk buat partition la. Terbaekk.

    Balas komen ini

  30. Komen oleh Sudin · 27/05/2009 · 11:14 PM

    Salam!
    Macamana nak ghost windows vista?

    Balas komen ini

  31. Pingback oleh Macrium Reflect – Perisian Backup Yang Mudah Dan Percuma | Sembang Komputer · 03/06/2009 · 11:57 AM

    [...] membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga [...]

  32. Komen oleh ikhsan · 16/06/2009 · 9:31 PM

    norton nie cmne nk copy ke cd?
    just copy cm biase je ke ataw kne burn?
    klu nk backup vista pkai dvd la ea?

    Balas komen ini

  33. Komen oleh hud · 30/06/2009 · 9:40 AM

    salam. sy nk tanya. mcm mn nk clone pc ke pc yg lain. sy nk format tp byk sgt pc & memakan masa yg lama. mcm mn step2 dia

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    02/07/2009 pada 5:06 AM

    @hud: Dalam artikel ni dah menerangkan macam mana nak Ghost satu partition ke dalam fail imej. Fail tu la yang awak boleh guna untuk restore kepada PC lain, sama la dengan klon PC.

    Balas komen ini

  34. Komen oleh Mustaqem · 01/07/2009 · 1:17 PM

    askum..nak tanya camne nak wat norton ghost boot dlm usb eh?

    Balas komen ini

Tinggalkan komen *Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi.