disket GhostDengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.

Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.

Anda boleh mendapatkan Norton Ghost versi percubaan di sini. Namun saya sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket yang anda boleh perolehi dari mana-mana kedai yang berhampiran :p

Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buat Backup Ghost Pada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
    Norton Ghost
  4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.
    Norton Ghost
  5. Pilih partition yang anda hendak backup.
    Norton Ghost
  6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.
    Norton Ghost
  7. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.
    Norton Ghost

Restore Fail Ghost Kepada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
    ghost-09
  4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.
    ghost-10
  5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.
    ghost-11
  6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.
    ghost-12
  7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.
    ghost-13
  8. Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.
    ghost-14

Ok, itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan. Harap dapat membantu ^_^

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

74 Responses

Newer Comments »
  1. zool on 13 May 2008

    Menarik betul info2 ni… Mungkin berguna untuk saya di kemudian hari

  2. KNizam on 13 May 2008

    saya ada pengalaman ngeri pakai norton ghost neh. habis hdd saya dulu. heeh :)

    KNizams last blog post..MARDI Bio-Business Treasure Hunt 2008 – Registration & Hall Briefing at MARDI Serdang

  3. Starfall on 13 May 2008

    not bad. norton ghost widely use in computer shops when customers want to reformat their comp. thanks for the tutorial ^^”

  4. melayubuntu on 14 May 2008

    tutorial menarik..

    hmm…aku xpnah cuba pun bnda ni.. xde pluang nk cuba..hehe

    melayubuntus last blog post..Compiz Fusion dalam Hardy Heron

  5. sarah on 14 May 2008

    thanks,dah lama nak try guna buat ghost.dapat jgk akhirnya.boleh buat tutorial mcm mana nak buat ftp server.nak configure iis dia.Thanks.:)

    sarahs last blog post..Kemunculan Blog Politik mewarnai blogger malaysia

  6. giah on 14 May 2008

    banyak sy xtaw…huhuuuu…nama jek bdk sains komp

  7. giah on 14 May 2008

    tenkiu2

  8. syarel on 14 May 2008

    thanks, sy mmg dah lama nak belajar buat ghost ni, lps ni boleh ajaq cara nak sharing printer dgn beberapa komputer,..info berguna ni.

  9. t.a.t.a on 15 May 2008

    err MK, leh YM saya tak? ada kemusykilan pasal pc ni.

  10. mali on 15 May 2008

    udah biasa pakai maklumla pc selalu rosak.lbh baik ghostkan sebelum soft/hardware dlm tu ilang..

  11. HE on 16 May 2008

    ada tool menarik tak selain drpd norton.?

    HEs last blog post..Yahudi atau Zionis?

  12. fahimi on 21 May 2008

    ASKUM..BILE DALAM PROSES FORMATKAN,SAYA NAK TNYA BAGAIMANA CARA NAK WAT KATEKAN 4 PARTITION?HARAP LEH MEMBANTU…TQ

    • Muhammad Khairul on 23 May 2008

      @fahimi: um, awak buat partition pertama dengan saiz dia 1/4 dari hard disk awak. pastu buat hard disk kedua camtu gak, dan seterusnya sampai ada empat partition.. ^^

  13. zaki blogjer on 23 May 2008

    Cantik. Mmg tercari2 benda nih. Tak sangka agak simple gak eh. Err, berapa kebarangkalian gagal eh?

    • Muhammad Khairul on 23 May 2008

      @zaki blogjer: kebarangkalian gagal? um, jarang lak aku gagal kalau nak Ghost hard disk ni…

  14. dekan on 24 May 2008

    hik2.. aritu ade budak email tanya camner nak ghost kan hard disk. Mlm ni aku redirect ke sini la. sbb x pernah cuba. hehe

    dekans last blog post..Lucu – Shoutmix di dalam Advertlets?

  15. emil on 02 Jun 2008

    mcm mna nk ghostkan hard disk?
    tlg ajr sy blh x?
    sy bnyk benda lg xthu…..

  16. syarif on 03 Jun 2008

    info yang bagus khairul..bleh saya masukkan dalam blog saya?

    syarifs last blog post..Autoresponder

    • Muhammad Khairul on 04 Jun 2008

      @syarif: boleh, pastikan kat entri awak tu, letak link ke entri asal ni ye

  17. [...] yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Symantec Ghost atau [...]

  18. Liquid Snake on 02 Jul 2008

    Macam mane nak wat pendrive menjadi ‘bootable’?
    Kalo slalu kite gunakan cd @ disket utk install image ghost…
    tp kalo bley jd kan pendrive sebagai ‘bootable’ rasenye lebih mudadiharap sesiapa yg tahu cara ini berkongsi cara di sini…

    • MK on 03 Jul 2008

      @Liquid Snake:
      sesetengah BootCD ada sediakan imej untuk pen drive skali, supaya boleh dijadikan pen drive bootable.. contohnya Slax

      Norton Ghost, saya tak pasti plak ada ke tak. kalau nak buat secara manual, saya pun tatau

      sesiapa yang tahu boleh la berkongsi di sini ye..

      • Cara Buat Blog on 21 Oct 2009

        @MK, Boleh buat jadi bootable tapi gunakan 3rd party software. Saya pernah buat pakai software nama dia HP USB Disk Storage Format Tool. Selepas tu masukkan files DOS dalam tu… tak ingat la link dia… saya jumpa pun hari tu link warez.

        Sekarang saya ghost dan restore guna Thumbdrive je :)

  19. izani on 17 Jul 2008

    boleh buat image dalam hdisk, leas tu masukkan dalam cd, bila nak restore, panggil image yang terdapat dalam cd tu..

  20. Liquid Snake on 01 Aug 2008

    saya da bley jd kan pendrive menjadi bootable..tp utk boot ke dlm ghost xbley la plak…sape2 yg ade idea…sila la bg bantuan teknikal di sini..

    • Cara Buat Blog on 21 Oct 2009

      @Liquid Snake, Kalau dah jadikan bootable patutnya boleh la loadkan Ghost. Kalau ada DOS dah boleh buat, cuma copy file Ghost.exe. Kalau nak buat automatik boleh edit files Autoexec.bat dan letak path

  21. amir on 02 Sep 2008

    mne nk dapt mnda tu??

  22. mat on 09 Sep 2008

    Norton Ghost baik bila mana masa itu emas. Tetapi anda mungkin terlepas beberapa kritikal file jika Norton Ghost anda tidak up-to-date. Bagi pengguna biasa jika ada krtikal file yang miss, masalah tidak ketara atau tidak nampak langsung. Satu perkara lagi utility daripada Norton ialah memory hog. Komputer anda boleh lemas jika RAM tidak cukup. 2g RAM bagus juga tapi kalau anda kaki hi-res game sayang juga RAM itu dimakan oleh konco-konco Norton.
    Jadi, Reinstall from scratch adalah yang terbaik. Lagipun, kalau nak Windows (misalnya) sentiasa fresh, reinstall setiap 6 bulan memang perlu. Ini kerana file atau driver boleh corrupt dalam tempoh itu. Tak payah hantar ke kedai. Install Windows sangat senang. Yang penting semua driver mesti ada. Masalah back up ? No sweat…..
    Jalan short cut tidak semestinya ideal.

    • MK on 10 Sep 2008

      @mat: betul tu, software Norton biasanya memang memory hogger, sebab tu aku guna bootable CD je, tak install dalam PC ^^

  23. selinap on 22 Dec 2008

    Bolehkah Ghost digunakan tanpa FAT32 partition?

    • MK on 23 Dec 2008

      hm, selama ni saya guna Ghost pada partition NTFS ok je, takde masalah

  24. HoSEa on 29 Dec 2008

    Saya sudah ada Ghost, yang jadi masalahnye sekarang ni ialah,selepas saya dah abes backup ( copy image ) file tu td bersaiz besa dan xmuat untuk di burn ke dlm cd.. ade ke software2 atau cara supaya image yang kita buat tu bersaiz kecil untuk dimuatkan ke dlm cd? xkan nk burn kat dvd kot.. xsume pc ade dvd nehh.. tulun la ye

    • MK on 30 Dec 2008

      @HoSEa, setahu saya takde pulak software yang boleh kecikkan DVD jadi CD untuk data. cuba awak buat balik Ghost guna compression yang paling tinggi. buat Ghost untuk fresh installation XP ke? sepatutnya satu CD dah cukup

  25. muaz on 04 Jan 2009

    mk,bleh x bantu saya tnjuk kn print screen dri awal utk ghost ‘local to disc to disc’. gmbr di atas adalah dri ‘ local to partition to image’. thanqs

  26. shiema on 15 Jan 2009

    Bgs Ghost nie..mcm mn plk kalu ada 1 partition jer? boleh ke..

    • MK on 24 Jan 2009

      @shiema kalau ada 1 partition je.. kena backup pada hard disk lain ataupun CD/DVD

  27. zairi on 16 Jan 2009

    norton ghost ni hanya pakai hardisk ide sahaja. sata hardisk takboleh la

    • wahax on 13 Jul 2009

      depent juga pada version ghost yang anda guna,,kalau version yang lebih tnggi (version 11 dan ke atas )blh je run kat hdd sata..

  28. MK Ampang on 22 Mar 2009

    Assalamualaikum.wbt

    Nak TANYA.. Bagaimana Kita Nak Ghost Menggunakan Sata PC.. Sy Pernah Cuba Tp.. CD Drive X DeTECT.. aDe cARA lEN kE.. tq/.

  29. the nazra on 21 May 2009

    kalu boleh aja skali acronis…ceq lg suke acronis

    • MK on 23 May 2009

      @the nazra: Cheq suka gak Acronis, tapi untuk buat partition la. Terbaekk.

  30. Sudin on 27 May 2009

    Salam!
    Macamana nak ghost windows vista?

  31. [...] membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga [...]

  32. ikhsan on 16 Jun 2009

    norton nie cmne nk copy ke cd?
    just copy cm biase je ke ataw kne burn?
    klu nk backup vista pkai dvd la ea?

  33. hud on 30 Jun 2009

    salam. sy nk tanya. mcm mn nk clone pc ke pc yg lain. sy nk format tp byk sgt pc & memakan masa yg lama. mcm mn step2 dia

    • MK on 02 Jul 2009

      @hud: Dalam artikel ni dah menerangkan macam mana nak Ghost satu partition ke dalam fail imej. Fail tu la yang awak boleh guna untuk restore kepada PC lain, sama la dengan klon PC.

  34. Mustaqem on 01 Jul 2009

    askum..nak tanya camne nak wat norton ghost boot dlm usb eh?

    • wahax on 13 Jul 2009

      MK,, saya ad masalah dengan ghost ne,, saya biasa gak gune ghost,,masalah saya :
      -lattop sya xdetect image ghost (.gho),

      -sebelum ini ok je run ghost..xda masalah..

      -tetapi partition hdd sya kesemuanya ada masa run ghost, saya cube letak image 2 kat sume partition yang ada tapi tetap gak xdetect ,

      -saya x rase hdd sya rosak,,sebab sya ada pakai external hdd,,external hdd tu pun baru lagi beli 2 bulan lepas,,

      -bantu lah saya MK, sebab saya pengguna setia ghost ne..terasa kehilangan lak xleh run ghost ne,,

  35. wahax on 13 Jul 2009

    MK,, saya ad masalah dengan ghost ne,, saya biasa gak gune ghost,,masalah saya :
    -lattop sya xdetect image ghost (.gho),
    -malah fail-fail yang ada pun xkuar,,seolah-olah hdd 2 kosong.

    -sebelum ini ok je run ghost..xda masalah..

    -tetapi partition hdd sya kesemuanya ada masa run ghost, saya cube letak image 2 kat sume partition yang ada tapi tetap gak xdetect ,

    -saya x rase hdd sya rosak,,sebab sya ada pakai external hdd,,external hdd tu pun baru lagi beli 2 bulan lepas,,

    -bantu lah saya MK, sebab saya pengguna setia ghost ne..terasa kehilangan lak xleh run ghost ne,,

  36. wahax on 13 Jul 2009

    MK leh email kat saya jwapan bagi masalah saya kat atas ne..hehe..plzz..

  37. asri on 21 Aug 2009

    cth kalo install ghost win kat pc lain kene cari driver die ke??ke yg ghost nie dah complete-kan

  38. garry on 21 Aug 2009

    kalo wat di pc lain,driver die kene cari gak ke?

    • MK on 22 Aug 2009

      @garry: Ya, kalau driver dia tak sama.

  39. xbro46 on 22 Aug 2009

    tak boleh nak gunakan theme windows 7… mintak bantuan.. huhu

  40. xbro46 on 22 Aug 2009

    ada themes windows 7 tak?..

  41. alifhezrey93 on 05 Sep 2009

    bro,
    aku ade norton ghost v14 file exe,
    tp mcm mana nak buat backup mcm kat atas tu.
    urgent!!!

  42. ramos on 06 Sep 2009

    norton ghost ni function die sama ngan XP Live CD x??

    • MK on 07 Sep 2009

      @ramos: Tak sama. Norton Ghost ni khas untuk partition/disk imaging, XP Live CD biasanya untuk recovery.

  43. johari bin mohd tahir on 14 Oct 2009

    sapa ada keygen dan crack no untuk ghost

  44. Cara Buat Blog on 19 Oct 2009

    Saya pun suka menggunakan Ghost. cuma perlu pastikan tempat yang anda nak ghost supaya tidak tersalah sekiranya anda ada lebih dari 1 partition

  45. Sarah on 26 Oct 2009

    Kalau restore file image winXP ke laptop yg sdh ada window vista bleh ke??

    window Vista 2 akn hilang dn gnti window XP ke?.. ok ka, xrosak hdd ke..

    sbb sy nak pkai window XP plk kat laptop sy.. sy dh ada file imej winXP.

    • CloudLeon on 26 Oct 2009

      @Sarah, yap, win vista akan ilang dek kene telan ngn win xp tuh, rosak tak rosak tuh tgk gak cara si pemakai tuh camne

  46. [...] dan perisian satu persatu. Meletihkan. Lebih haru jika kita terhilangkan CD driver. Tidakpun, lakukan operasi Ghost kepada komputer [...]

  47. ferry on 12 Nov 2009

    eh gara-gara kamu komputer aku jadi rusak macam mana betulinya

  48. zara on 14 Nov 2009

    salam,
    mk, akak tak paham ler…norton ghost ngan drivermax tu apa bezanya. cam sama je sikit lebih kurang. tq for ur info

  49. getar wipa on 12 Dec 2009

    klo boleh tahu mas MK
    menggunakan norton ghost
    yang versi berapa???

    terima kasih banyak atas petunjuknya mas

  50. skynett on 16 Jan 2010

    Assalamualaikum saudara MK, ada tutorial tak untuk buat ghost via USB, mungkin thumbdrive especially…
    Saya baru je beli netbook, netbook x der optical drive… ada member sarankan guna clonezilla untuk ghostkan windows XP home (ORi OS pada netbook) http://clonezilla.org
    Kalau dapat la, nak follow up tutorial via USB plak… terima kasih.

    • MK on 20 Jan 2010

      Hm, kalau ada Hiren BootCD boleh dimasukkan ke USB drive. Saya pun tak pernah try lagi. Nanti kalau saya dah cuba saya akan tuliskan kat SK :)

Newer Comments »

Leave your comment