Cara-cara Menukar Theme WordPress

Jadi, anda telah mempuyai domain sendiri dan berjaya memasang WordPress. Tahniah! Mungkin anda masih baru dalam WordPress.org ini, tercari-cari dan terkapai-kapai kebingungan. Jangan risau, anda juga seperti saya seminggu yang lepas, bermula dari sifar.

Pada kali ini, saya ingin tunjukkan cara menukar theme pada WordPress. Tidak seperti WordPress.com, WordPress.org memerlukan kita untuk download dan pasang theme secara manual. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali, download theme WordPress yang anda ingin pasang. Anda boleh dapatkan banyak theme di sini. Setelah selesai download, extract fail zip tersebut.install-wordpress-theme-02
  2. Kemudian, buka aplikasi FTP kegemaran anda, contohnya FileZilla. FileZilla akan digunakan untuk memindahkan fail dari komputer anda kepada laman web. Isikan maklumat yang sepatutnya pada ruangan Host, Username, dan Password dan tekan Quickconnect.
    install-wordpress-theme-01
  3. Apabila connection telah berjaya, anda boleh mulakan proses upload theme baru anda. Pada bahagian sebelah kanan FileZilla iaitu Remote site, buka folder wp-content > themes.
    install-wordpress-theme-03
  4. Kemudian pada sebelah kiri, iaitu Local site, klik kanan pada folder tema anda dan pilih Upload. Pastikan anda upload beserta dengan foldernya sekali ke dalam folder wp-content > themes.
    install-wordpress-theme-04

Setelah selesai proses upload theme baru, anda sudah boleh menggunakannya! Login pada WordPress anda dan pergi ke tab Appearances. Di sini anda akan nampak theme yang baru dipasang. Klik saja pada theme tersebut untuk menggunakannya.

25 thoughts on “Cara-cara Menukar Theme WordPress

  1. Pingback: Soleh.Net » WordPress 2.3.3 sudah terbit

  2. thanks. dah upload. tapi tak tahu camner nak tukar2 header tuh. biasanya dalam wordpress yang free tuh dah ada button change header kan. yang wordpress install sendiri neh takde pun. hehehhehe

  3. Saya Pemula di WP …
    Pada Rubrik Cara-cara Menukar Tema WordPress
    Di bagian FILEZILLA, saya agak kesulitan.
    Apa yang harus di isi di kotak HOST, USER NAME, dan PASSWORD ?

    Terima kasih…

    Bony Hardian

    • @Bony Hardian:
      kat host tu, isi alamat blog awak. contohnya, SembangKomputer.com
      User Name dan Password adalah kata nama dan kata laluan bagi database di WordPress. kalau tak tau yang mana satu, hubungi web host awak

  4. Saya dah nak mula pakai WP.org untuk programme Adsense saya.Masalahnya saya tak tahu kat maner nak letak skrip Adsense tuh dalam blog yang bakal saya bangunkan nanti?….

    • @melaka-adsense: pastikan folder yang awak upload tu betul2 folder theme wordpress, kemudian pastikan awak upload ke wp-contents/themes

  5. salam mk..saya ada satu soalan tentang plugin yang ada pada sesetengah theme…kalau ade dua theme yang menggunakan plugin…maka nt ada 2 folder yg bernama plugin…so bila kita upload nt die clash sbb ade dua file yang same…so skang kita boleh rename tk folder tu? and kalau kite rename folder tu tk ganggu ke code yang nak panggil plugin ni nt mase theme dh activate…sori la tgh pagi2 buta comment..hahaha…tq bro bg ilmu..

  6. MK xda le kah tukar tema pakai codec yang sedia ada jak cam cnth blogspot extra file and copy, paste ke edit tamplates..

  7. MK macam mana kalo sy nak jadikan ikon page tu terus link pada forum saya contohnya.Tanpa perlu buat link dalam content dalam page tersebut.

  8. Salam MK, sy dah cuba ikut panduan2 yg saudara berikan utk memasang WP, ini blog sy http://senanglenang.com/blog. Sy baru menukar theme, cuma masalahnya bagaimana sy nak log in balik dalam admin/dashboard panel sbb dlm theme yg baru pasang tu takde link untuk log in..

  9. Salam. Sy br belajar mghsilkan blog sendiri dgn wordpress menggunakan domain sendiri. masalhnya bagaimana sy nak masuk/log in kedalam dashboard saya…untuk buat post baru dsb..theme yg sy gunakan tiada link untuk log in ke dalam dashboard…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">