Cara-Cara Nak Buat Blog Pada Domain Sendiri Dengan WordPress

blog-wordpress-00
(Kredit imej kepada raydawg88)

Dalam isu yang lepas, saya telah menerangkan tentang apa itu blog dan betapa mudah untuk memiliki blog anda sendiri. Anda boleh membuat blog secara percuma di WordPress.com ataupun Blogspot. Namun jika anda betul-betul serius dengan blog anda, anda patut dapatkan domain anda sendiri. Dan, ianya tidaklah semahal atau sesusah yang anda sangka! Jom ikut panduan di bawah:

Dapatkan Domain dan Hosting

Ok, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah membeli domain dan hosting. Domain adalah alamat untuk blog anda, contohnya di www.nama-saya.com. Hosting pula adalah tempat anda simpan segala fail dan data bagi blog.

Anda boleh dapatkan domain dan hosting ini dari DataKL, atau mana-mana syarikat yang lain. Pakej paling murah di DataKL sekarang hanya RM60 (hosting) + RM30 (domain). Ini bermakna anda hanya perlu bayar RM90 sahaja, untuk setahun. Ok la tu, topup handset pun tak murah camtu :p

Terdapat pelbagai cara untuk membuat bayaran, kalau nak senang pergi ke mesin deposit Maybank dan masukkan duit ke dalam akaun Maybank DataKL. DataKL akan memberi anda user name dan password untuk laman web anda.

blog-wordpress-01

Buat Database Untuk Blog

  1. Pergi ke www.[nama-saya].com/cpanel untuk membuka cPanel. cPanel ini, seperti namanya, merupakan Control Panel bagi laman web anda.
  2. Pada bahagian Databases, klik pada MySQL® Databases.blog-wordpress-02
  3. Berikan nama untuk database baru anda sebagai WordPress dan klik pada butang Create Database.blog-wordpress-03
  4. Buat satu user baru, klik pada butang Create User.blog-wordpress-04
  5. Kemudian, tetapkan user yang anda baru buat tadi kepada database WordPress, dan klik pada butang Add. Pastikan anda tetapkan All Privileges pada skrin yang seterusnya.blog-wordpress-05
  6. Dah siap. Nama database, username, dan password ini akan digunakan sewaktu memasang WordPress nanti.

Pasang WordPress Ke Atas Domain

  1. Terlebih dahulu, download WordPress yang terbaru dari WordPress.org. Extract fail .zip ini ke dalam komputer anda.
  2. Dapatkan FileZilla untuk upload WordPress ke atas domain anda, dan install.
  3. Buka perisian FileZilla. Masukkan alamat laman web anda di ruangan Host (contohnya [nama-anda].com), serta Username dan Password yang diberikan oleh DataKL itu tadi, klik pada Quickconnect.blog-wordpress-06
  4. Upload kesemua fail dalam folder WordPress tadi ke dalam /public_html.blog-wordpress-07
  5. Setelah selesai, pergi kepada www.[domain-anda].com untuk mula memasang WordPress. Klik pada Create a Configuration File.blog-wordpress-08
  6. Isikan nama bagi database, user name, serta password yang anda dah buat di cPanel tadi. Klik pada butang Submit.blogwordpress09
  7. Kemudian, klik pada Run the install.
  8. Berikan nama bagi blog anda. Jangan bimbang kerana tajuk ini boleh ditukar pada bila-bila masa. Klik pada Install WordPress.
  9. Anda akan diberikan Username dan Password untuk WordPress. Gunakan Username dan Password ini untuk Log In ke bahagian Admin.

WordPress Anda Dah Sedia!

Jika anda dah berjaya log in ke  bahagian Admin, bermakna blog anda kini sudah sedia. Bahagian Admin ini digunakan untuk menulis entri-entru baru, dan menguruskan segala hal berkaitan blog anda.
blog-wordpress-11

Cuba lihat rupa blog anda di www.[domain-anda].com.
blog-wordpress-12

Pada isu yang akan datang, saya akan terangkan lagi bagaimana untuk menukar tema dan mencantikkan blog anda, tips SEO, plugin yang harus digunakan, serta banyak lagi. Langgan SembangKomputer.com supaya akan takkan terlepas entri-entri ini ^^

*Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.

163 thoughts on “Cara-Cara Nak Buat Blog Pada Domain Sendiri Dengan WordPress

  1. MK: Kak Anggun minat sgt nk bt blog sndiri, tadi byk yg xfaham bahasa IT ni. Well bagus gak u buat cerita tentang blog ni. Ingatkan ada Blogspot aje, rupanya wordpress pun boleh. Kak Anggun bukannya apa, coz nak publish cup cake ni.

  2. salam…sy btul2 brminat nk bt blog sendiri tapi xfhm le,klu sy download je x pyh beli domain dan hosting blh ke sy buat blog sendiri..just download.
    tq..

  3. Pingback: Cara-cara Menukar Theme Wordpress | Sembang Komputer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">