SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Cara-cara Nak Pasang Virtual Machine Dalam VirtualBox

18 May, 2008 (13:04) | Linux, Perisian | Oleh: MK

VirtualBox

Saya ada memperkenalkan VirtualBox pada entri yang lalu. Software ini membenarkan anda untuk memasang pelbagai OS tambahan di dalam Windows anda, tanpa menganggu sistem sedia ada. Anda boleh install Linux (Ubuntu, Fedora, dan lain-lain), FreeBSD, mahupun Windows sendiri.

Pada kali ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk memasang OS tambahan di dalam VirtualBox. OS tambahan ini dikenali sebagai Virtual Machine (VM). Ikuti langkah-langkah berikut:

Buat Satu Virtual Machine Baru

  1. Buka VirtualBox dan klik pada butang New.
  2. Pada “Welcome to the New Virtual Machine Wizard!”, klik butang Next.
  3. Pada “VM Name and OS Type”, anda dikehendaki memasukkan nama bagi VM tersebut, kemudian pilih jenis OS yang akan anda install
    VirtualBox
  4. Pada bahagian “Memory”, anda dikehendaki menetapkan jumlah RAM yang akan digunakan oleh VM. Jika anda mempunyai kapasiti RAM yang tinggi bagi PC anda (1GB ke atas), anda boleh naikkan nilai ini. Jika tidak, terus klik pada butang Next.
    VirtualBox
  5. Pada “Virtual Hard Disk”, anda akan memasang satu Hard Disk maya bagi VM tersebut. Klik pada butang New untuk membuat satu Hard Disk baru.
    VirtualBox
  6. Pada “Welcome to the Create New Virtual Disk Wizard!”, klik butang Next.
  7. Pilih “Dynamically expanding image” dan klik butang Next.
    VirtualBox
  8. Pada bahagian “Virtual Disk Location and Size”, anda boleh menetapkan saiz bagi Hard Disk maya tersebut. Klik pada butang Next. Klik Finish pada paparan berikutnya.
    VirtualBox
  9. Anda akan dibawa kembali kepada bahagian “Virtual Hard Disk”. Klik pada butang Next.
    VirtualBox
  10. Pada bahagian “Summary”, klik butang Finish. 

Install OS Ke Dalam Virtual Machine

  1. Untuk mula install OS ke dalam VM anda, pilih VM tersebut dan klik pada butang Start.
    VirtualBox
  2. Pada “Welcome to the First Run Wizard!”, klik Next.
  3. Pada “Installation Media”, pilih CD/DVD-ROM Device. Masukkan CD/DVD OS yang berkaitan (CD Ubuntu, misalnya)ke dalam komputer anda, dan pilih drive letter yang betul pada bahagian “Host Drive” (anda juga boleh menggunakan fail ISO di bahagian “Image File”). Klik Next, kemudian klik Finish.
    VirtualBox
  4. Proses pemasangan OS akan berjalan seperti biasa.

Nota: Jika anda terlepas bahagian “First Run Wizard”, anda boleh menetapkan Host Drive atau fail ISO melalui CD/DVD-ROM pada VirtualBox, ataupun melalui menu Device > Mount CD/DVD-ROM pada bahagian VM.

Popularity: 53% [?]

Entri berkaitan

RSS feed | Trackback URI

33 Comments »

Comment by Sabri
2008-05-18 18:02:24

jap, nak tanya.. Kalau dah install mana-mana OS gune VirtualBox ni kan, umph, boleh uninstall balik tak? senang tak uninstall balik, contohnya, kita install windows vista..

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-18 18:09:28

@Sabri: um, boleh. kalau awak perasan, ada butang delete kat VirtualBox, awak boleh delete camtu je

Comment by Sabri
2008-05-18 18:36:38

oh, maknenye tak perlu nk pasang CD Windows utk repair windows blk la.. Hurm, kalau kte install sesua2 OS, kte kene bukak windows dulu, then baru bukak OS yang kte install melalui VirtualBox ni?

Sabris last blog post..Peperiksaan Pertengahan Tahun dah tamat!

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Muhammad Khairul
2008-05-18 19:19:46

@Sabri: ye, awak kena buka Windows dulu baru boleh bukan OS dalam VirtualBox

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Uncle G
2008-05-19 07:37:01

kalau kita delete camtuh je.. tak ganggu registry?

Uncle Gs last blog post..18 Mei 2008

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by Muhammad Khairul
2008-05-19 07:56:42

@Uncle G: um, tak ganggu pun..

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by kreuger®
2008-05-18 19:40:33

saudara.. maafkan saya untuk bertanya.
saya mempunyai masalah mengenai OST (outlook file)
yang ingin di convert kepada PST file.

Dah puas mencari perisian percuma di internet, semuanya
tak berhasil, hanya untuk demo sahaja.

Masalahnya OST file mengandungi attachment paperwork saya yang perlu di submit ke HQ.

Sukah sekiranya saudara meluangkan masa untuk menerangkan kaedah yang sesuai. Perisian OST2PST Converter yang ada di internet kebanyakkannya kurang selamat dan selalunya dikepilkan dengan sisipan virus.

Erm… sedang bengong ni~
Kreuger®

kreuger®s last blog post..TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-19 01:31:09

@kreuger: fail OST ye.. tak pernah dengar lak. nanti saya akan cuba tengok-tengokkan. kalau jumpa software nye, saya bitau

 
 
Comment by eches
2008-05-18 23:02:38

sblm ni dah biasa ada dual systems, windows + ubuntu..tapi komputer tak bleh masuk lepas salah uninstall ubuntu..bila jumpa balik benda nih rasanya cuba ubuntu lagi skali..

echess last blog post..How to find dofollow blog and boost up your PageRank for FREE

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-19 01:32:21

@eches: um, kalau dah uninstall ubuntu, reset je MBR, insyaAllah komputer bley masuk balik ^^

 
 
Comment by afiq
2008-05-19 02:52:45

bagus2…kerana explaiation yang bagus..

 
Comment by Affuan
2008-05-19 11:07:39

owh, aku memang sedang mencari cara ni. tq bro. haha.

 
Comment by cencorot_91
2008-05-19 12:09:57

aku pun guna gak Virtual box ni.
sebelum guna ni aku try pakai VMware player. Payah gile.
Pakai ni mudah…

cencorot_91s last blog post..Ilmu hitam pakai henset??

 
Comment by Sabi
2008-05-19 13:06:31

hurm, td br je install ubuntu gune VirtualBox tu.. tp xleyh letak pape effect erk? sound pn xley pki..

Sabis last blog post..My Blog & Wordpress

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-19 21:37:50

@Sabi: erm, effect pe ek? mungkin Ubuntu tak detect driver bagi VirtualBox, sebab tu takde bunyi. sebab biasanya kalau install dalam PC, Ubuntu akan detect terus driver

 
 
Comment by hanep
2008-05-19 14:41:30

ok.entri bagus MK. aku da bookmark untuk tujuan explorasi.. :thumbs:

 
Comment by abdusfauzi
2008-05-19 20:50:24

hurm.. menarik.. susah bagi saya untuk dapatkn tutorial dlm bahasa melayu.. selalunya berbahasa inggeris. tahniah buat anda.

erm.. mungkin nnt anda boleh ceritakan ttg WUBI pula.. menarik dan senang untuk mereka yg mahukan Ubuntu dengan ‘performence’ sebenar, tetapi tidak perlu ‘partition’ hard disk mereka..

[^^]

abdusfauzis last blog post..a new record : geo assigment works it magic!

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-19 21:39:49

@abdusfauzi: guna virtualbox ni pun same je takyah buat partition. kalau partition maya tu, ada la.

insyaAllah nanti saya akan buat penerangan pasal WUBI lak.. tq for visiting ^^

 
 
Comment by kreuger®
2008-05-24 00:23:26

Saudara boleh tak bagi tau kenape kalau aku main game kat pc aku,
die tetibe jer mati sendiri. Macam tadek power supply la~

Spect PC Aku,
AMD 2.0GHz
RAM - 1.5GB
HD - 80GB
Display Card - Build In NVDIA

Ape masalahnye ek?

Help me please
Kreuger®

kreuger®s last blog post..Tadek Kerja + Tadek Idea

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-24 09:55:06

@kreuger: kalau masalah mati sendiri ni.. biasanya sebab power tak cukup, ataupun pc terlampau panas. power supply standard skang 450W 240V. suhu PC lak boleh check guna SpeedFan

 
 
Comment by kreuger®
2008-05-24 01:20:27

aku install ubuntu dengan care ni tak boleh la.

aku dah buat sebiji, tapi mase nak install os kat VM
kuar error

“Your Processor does not support long mode.” <– ape merepek ni?
aku pon tak paham. tak support amd ke?

kreuger®s last blog post..Tadek Kerja + Tadek Idea

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-24 09:56:52

@kreuger: uhm.. ye la tu kot, masalah tak support processor. klu takleh guna VirtualBox, try la Wubi lak

 
 
Comment by kreuger®
2008-05-25 00:55:46

Terima kasih saudara.
Ilmu saudara bagi kat saya ni terlalu beharga!!!

Senang senang kasik tau laa bleh lepak makan-makan.

TQVM

kreuger®s last blog post..Tadek Kerja + Tadek Idea

 
Comment by kreuger®
2008-05-25 00:56:10

Terima kasih saudara.
Ilmu saudara bagi kat saya ni terlalu beharga!

Senang senang kasik tau laa bleh lepak makan-makan.

TQVM

kreuger®s last blog post..Tadek Kerja + Tadek Idea

 
Comment by komeng
2008-06-07 22:12:24

saudara, kalau install vista boleh ke pakai software ni..sebab sekarang aku guna XP & kalau aku gune software VirtualBox untuk pasang OS tambahan macam Vista, PC aku nanti akan ada masalah tak spt lembab & so on…PC aku sekarang bleh support vista…

Comment by Muhammad Khairul
2008-06-08 22:44:32

@komeng: um, boleh. nak pakai VirtualBox ni, RAM kena tinggi, paling kurang pun 1GB. kalau RAM besar, insyaAllah takde masalah PC lembab tym guna VirtualBox

 
 
Comment by fitxleaf Subscribed to comments via email
2008-07-11 14:57:48

salam.. saya ni pengguna baru dlm ubuntu ni.. saya nak install ubuntu 8.04 dlm vista.. leh bg pendapat x apa2 psl ni.. virtual box ni nak pasang kat ubuntu k vista? saya skang pakai vista.. terima kasih..

fitxleafs last blog post..Uhibulillah™ - Aku Sayang Kamu Kerana Allah

 
Comment by SM Subscribed to comments via email
2008-08-14 16:40:14

MK,

adakah O.S UBUNTU ni support driver untuk semua hardware dlm pc/laptop kita.

Comment by MK
2008-08-14 20:28:28

@SM: Ubuntu memang support banyak hardware.. tapi biasanya kalau ada graphic card, kena configure sket untuk memastikan ia berfungsi sepenuhnya

 
 
Comment by bt3 Subscribed to comments via email
2008-08-26 14:35:07

bleh dapatkan VMware workstation ni free?

Comment by MK
2008-08-26 16:17:32

@bt3:
VMWare Workstation tak free. kalau VMPlayer freela.
VirtuaBox ni lak open source, memang free.

Comment by bt3 Subscribed to comments via email
2008-08-26 16:25:43

leh bg link nye?

(Comments wont nest below this level)
 
Comment by MK
2008-08-27 14:16:40
(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Nama (diperlukan)
Emel (diperlukan - tidak akan disiarkan)
URI
Dapatkan maklumbalas komen melalui emel
Komen anda (smaller size | larger size)
Anda boleh gunakan <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> dalam komen anda.

Jika anda kali pertama komen, komen anda akan dilihat terlebih dahulu, sebelum disiarkan.