Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!
Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara install Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!
Cara format laptop/komputer dan install Windows 7
1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7.
Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentang boot sequence, rujuk kepada artikel ini.
2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.
Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.
3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’
4) Tekan butang “Install now”
5) Pilih edisi Windows 7 anda dengan ‘x86’ di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.
6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.
7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.
8) Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.
9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.
10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.
Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.
11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.
12) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.
13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.
Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.
14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.
15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.
16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.
17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!
Windows 7 sudah dipasang, apa seterusnya?
Selepas anda siap memasang Windows 7, terdapat beberapa perisian yang asas yang anda perlukan untuk urusan harian, antaranya ialah:
- Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira.
- K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video.
- 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi.
- Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet.
- Adobe Reader untuk membuka fail PDF.
Pada artikel yang akan datang, Sembang Komputer akan menunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan pelbagai fungsi yang sedia datang dengan Windows 7. Nantikan artikel yang seterusnya!
tlong send gi emel sya………….
Nice tutorial, thank you
install pada komputer yang rosak ke
kenapa selepas tukar window xp kepada window 7,tak boleh conect internet?
Driver da install ke?
kadang2 ada jugak driver x terinstall, jadi kita kena cari driver pulak.
Cek la dulu.
Right click pada My computer dan pilih device manager.
Yang ada tanda kuning tu maknanya xde driver lg la tu.
kalau nak install driver cam na lak
driver winxp xsama ngan win7..kna download driver utk win7..bila dh slesai downlod brulh install…tpi msalahnya mcm mana nk downldkn klu internet xbrsmbung…klu jiran ada laptop blh minta bntuan dia tk pon g ja cc hehehe… slamt mncuba
cm nk install driver netbook???
ko cucuk broadband ,, ko masuk “WINDOWS UPDATE” ko update ,, sume .. lepas sume dah update ,, baru la ko boleh connect WI-FI ..
broadband je boleh pakai selepas install windows ,,tu cara paling mudah buat zaman skg ,, kalau dulu kene pakai kabel internet (kan pishang tu)
abis kalau pakai window 7 fake kat maner nak tutup update nyer dan nak tukar 30 day to activate
Untuk genuine kan windows 7, boleh guna 7loader.
status windows akan activate, xde trial lagi.
da gune loader tu…pastu bleh on window update x????
salam,sy ada sebuah komputer pc asus yg kecil sahaja disini saya nak tnya bila sy online lambat sangat loading kdg2 mls pkai bab lmbt buka internet jd disini minta tlg bagaimana mula2 nak format pc ni & mcm mn nak masukkn windows 7….harap siapa2 yg sudi tlg menyelesaikn masalah sy ni sy doakn moga Allah sentiasa memberkatinya&dimurahkn rezeki selalu.
wsalam.. mia, maksudnye awak memang x tahu langsung ke macam nak format pc?
dvd atau file iso dah ade ke?
cm mne nk dpt dvd atau file iso tu ,kalu bli hrge die brpe ,?
salam…saya punya notebook kena locked…n saya kena bayar satu paysafecard £50 untuk unlock balik notebook saya..disebabkan ada download music,sblm nie ok je x de masaalah. N bila sy nak tgk movie on9 terus notebook saya kena locked.. Nak tanye la….selain dr saya kena bayar n dapatkan no pin untuk membolehkan saya unlocked notebook saya..ada x cara lain…hope dpt bantu saya..tq
sy pon ada masalah sama. kena bayar 200$ via paycard bru boleh unlocked pc. macam mana ye nak buat? sedihnya :(
Saya ingin mendapatkan software windows untuk format pc..ada link download software windows tak?
send ke email saya ye awak .. please ! :(
kalau gune pendrive mcm mne? dlm pendrive tu mcm cd windows gak.. nk masuk pendrive mule2 bukak laptop ke
format dan install windows tu sama ke?
klau format laptop atau windows..kita kne backup terlebih dahulu an
klu install windows xyah backup pon xpe kn..
betul x admin..?
itu bergantung kepada window versi apa yang di install.
nak tanya cmane nk membahagikan partition?sbb ade setgh laptop partition ade 3…mohon kongsi pengetahuan agar mnjdi ilmu yg berguna…tq.
npe window lptop saya jadi 2….macm copy jer..
kenapa bile saye masukkan cd window 7, step no 3 terus keluar command prompt…mcm mane saye nak buat…tlg…
Saya nak tanya sikit.. Saya pkai laptop windowsXP blh ke gune CD windows7??
boleh tak ada masalah.
kenapa kalau saya format laptop screen jadi panjang..macam mana nk buat screen menjadi biasa balik??
kal0 lepas aktif wind0w gna 7l0ader 2 kn..wind0w 2 kira pirate ke x ek?
slm…………. joe boleh saya tanya sikit …………..mcm nie ceritanya saya tgh format komputer tiba tiba tiada elektrik kemudian baru ada balik elektrik.. saya mahu format komputer saya balik….tiba tiba saya nak formatbalik dah x boleh dah mcm mana 2????
joe knp komputer saya x boleh Expanding Windows Files…..dia tetap (0%) jerrr
Salam…tuan rumah…nak tnya…mcm nih…sy download win7 pastu copy masuk disc..
bila reboot,tak dapat decect boot disc tu,boot tu saya dah set jadikan first boot..
nk guna usb boot tak ada..saya harap sangat2 dapatr membantu…mungkin disc tu kena seting apa2..tp sy tak thu…pleasee…terima kasih diats pertolongan..
guna pendrive…
tolong emailkan kepada sy cara-cara format komputer dan pasang Windows 7….tq
Sebelum pasang Windows 7, pastikan semua driver hardware computer kamu ada.
masalahnya pada saat expanding windows files tidak jalan sama sekali tetap 0%. belacan juga saran kau … tak berguna sama sekali …telorrrr kaulah
ada list driver laptop tak? kalau ada, bagi list dia n link utk download semua driver.. bagi kat emel sy k ! tq :)
ada list driver laptop tak? kalau ada, bagi list dia n link utk download semua driver.. bagi kat emel sy k ! tq :)
sebelum format guna driver magician untuk copy driver yang ada. itu paling selamat
mantap kang tapi di saat kita ngistal kenapa iya aflikasi nya besar dan setiap kita menghidupin leptop dia selalu mintak key truss…?
salam .. sangat2 bagus … blh tolong send kn d email saya … :) .. terima kasih ….
trmksh
salam…saya ad ebook, cmne yer nk baiki, msalah dye lmbt, loading…
mcm mana nk format lau xda kuar “press any key to boot from cd”????? help me plezzz
bila komputer start tekan f2. tukar first boot daripada hard disk kepada cd/dvd rom
maklumat yang berguna. saya baru sahaja selesai format komputer
salam,nk tnya…lptop sy bnyk mslh,jd sy nk formt,,cm na nk formt?..lagi 1 pas formt nk upgred windws7 home basic ke windws pro,buli ka?..1 lagi np lama sngt nk install,1 ari pn blum siap,asyik setup is starting,np ya?..
sembangkomputer,blh tlong sy x?? sy xbrpa fham artikel di atas .. blh tlong sy ???? add FB me : Amaneqin@ymail.com .. sy harap2 “sembangkomputer” sudi bntu sy … !!!! Please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
klu boot maneger yg hilang pada laptop nootbook amcn?sya dah install tp lepas pasang motherbot pla rosak
jwbnya kne beli bru larh..
Toturial mmg sgt brguna….
Kpd yg bru nk format laptop dan sekutu dgnnya..pastikan ada driver yg seckup rase bru leh format..jgn format sjer…rosak laptop tu nnty..
bro tolong bg link nk donlot window ni gan pack driver
for hp mini 210
pliz bro…
n jugak untuk laptop 1 malaysia
boot priority order:
1:HDD
2:USB HDD
3:ODD
4:PCI LAN
5:USB FDD
6:USB KEY
7:USB ODD
NAK FORMAT GANE DOP KELUAR POM
CD ROM DRIVE?
asakum. bro nk tanye laptop saye tak blek on trus cam mane ek? dah cuba sedaya upaya tak bleh on gak, lampu pn xnyala… ape yang rosak ek?? saye dah bawa ke kedai katenya tak pasti samaada motherboard atau kad cihp.. kad chip tu ape plak? saya tak mampu nak repair kt kedai mahl sangat,, so sy ambl jalan nak repair sendiri, skrg saye dah buka laptop dak keluarkan motherbord, so cmne nak pastikan motherbord rosak? kalau saye tukar motherbord baru ape tikndakan seterusnya? pastu kne fomat balik tak?