Cara-cara install Windows 8

Windows 8 merupakan Windows terbaru dari Microsoft yang dilancarkan kepada orang ramai pada Oktober 2012 yang lalu. Ia membawa banyak perubahan, terutamanya dalam menyelaraskan user experience pada komputer, tablet, dan smartphone. Windows 8 juga memperkenalkan user interface baru yang dibina berdasarkan “Metro”.

Jika anda masih menggunakan Windows yang terdahulu, anda mungkin tertanya-tanya, mengapa anda perlu upgrade? Apa kelebihannya Windows 8? Apa yang saya boleh katakan adalah selain daripada sekuriti dan prestasi yang lebih baik, user interface “Metro” itu sendiri berbaloi untuk dicuba.

Cara terbaik untuk mengetahui betapa bagusnya sebuah operating system adalah dengan mencubanya sendiri. Artikel kali ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 8 (anda juga boleh download artikel ini dalam bentuk PDF). Anda boleh upgrade Windows anda dengan mudah tanpa membuang dokumen anda, namun pastikan anda telah membuat backup terlebih dahulu. Mari kita mula:

Nota: Anda juga boleh melihat video tutorial untuk cara install Windows 8 di sini.

Nota 2: Jika anda ingin install Windows menggunakan USB drive, baca artikel ini.

Cara format laptop/komputer dan install Windows 8

1. Masukkan DVD/USB Windows 8 dan hidupkan komputer. Jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar, tekan Enter.

cara-install-windows-8

2. Window “Windows Setup” keluar. Tekan Next.

cara-install-windows-8

3. Klik “Install now”

cara-install-windows-8

4. Pilih jenis OS yang anda mahu (jika anda tidak tahu apakah perbezaannya, pilih ‘x86’) dan tekan Next.

cara-install-windows-8

5. Baca terma dan syarat yang dipaparkan. Jika anda setuju dengannya, klik “I accept the license terms” dan tekan Next.

cara-install-windows-8

6. Pilih ‘Upgrade’ jika anda ingin mengekalkan semua software yang anda telah install pada Windows sebelumnya. Jika tidak, pilih ‘Custom’.

cara-install-windows-8

7. Pilih partition mana yang anda ingin masukkan Windows, dan tekan Next (jika anda memilih partition yang telah mengandungi Windows, segala fail-fail Windows yang lama termasuk “My Documents” akan dipindahkan ke dalam folder ‘Windows.old’).

cara-install-windows-8

8. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

cara-install-windows-8

9. Komputer akan restart (jika mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar sekali lagi, jangan tekan apa-apa). Kemudian berikan nama bagi komputer anda, dan tekan Next.

cara-install-windows-8

10. Pilih “Use express settings” untuk menetapkan Windows mengikut senarai yang dipaparkan, atau pilih ‘Customize’ untuk menetapkannya satu-persatu.

cara-install-windows-8

11. Anda boleh klik pada “Sign in without a Microsoft account” untuk teruskan.

cara-install-windows-8

12. Jika anda memilih untuk tidak menggunakan akaun Microsoft, tekan “Local account”.

cara-install-windows-8

13. Masukkan nama bagi akaun PC anda, dan tekan “Finish”.

cara-install-windows-8

14. Windows 8 anda sudah sedia dan boleh digunakan!

cara-install-windows-8

16 thoughts on “Cara-cara install Windows 8”

  1. huhu dah pakai 3 bulan pastu balik ke window7 sebab banyak sangat penggunaan tetikus lam window8 (dah pakai pon netbook bukan touch screen)

    1. Tu lah, memang banyak fungsi dibina untuk touchscreen, bila pakai kat desktop yang guna mouse dengan keyboard ni jadi pelik sikit.

    2. Saudara MK, Macam mana nak install Windows 7 selepas install Windows 8? Boleh ke nak downgrade Windows 8.

      1. Boleh je, install je macam biasa ke partition yang sama. Folder Windows 8 tu akan dijadikan sebagai Windows.old bila selesai install.

  2. salam admin…..mcm mne nk tukar dari window 8 ke window 7….lecek la pkai window 8 ni…..sy dah cuba format tp bila tekan f12 boot then tekan cd/dvd tak de function cd da masukkan pkai window 7…..bole x tlg ajar skit cmne terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>