Kaizen ada bertanyakan tentang cara-cara nak Dual Boot Windows dan Linux. Apa itu Dual Boot? Secara ringkas, Dual Boot membolehkan anda mempunyai dua OS di dalam sebuah komputer.
Oleh kerana GNU/Linux mempunyai banyak jenis distro, di sini saya akan memilih distro yang paling popular sekarang, iaitu Ubuntu. Jika ada permintaan untuk tutorial sebegini bagi distro yang lain, sila nyatakan di ruangan komen. Baiklah, mari kita mula:
Langkah Pertama: Tetapkan Partition dalam Hard Disk
Sebelum install GNU/Linux ke dalam komputer anda, pastikan bahawa terdapat ruang kosong yang mencukupi untuk install OS tersebut. Jika anda mempunyai hard disk tambahan, sudah tentu perkara ini takkan menjadi masalah. Sebaliknya jika anda mempunyai satu hard disk sahaja, anda mungkin perlu delete mana-mana partition untuk menyediakan ruang kosong. Ikuti langkah ini untuk memeriksa ruang dalam hard disk:
- Right-click pada My Computer dan pilih Manage
- Pergi kepada Disk Management
Perhatikan hard disk anda. Ruang kosong dalam hard disk akan ditanda dengan perkataan Unallocated. Sekiranya tiada sebarang ruang kosong, delete mana-mana partition (kecuali partition C: yang mengandungi Windows). Tinggalkan ruang kosong ini kira-kira 10 GB untuk install GNU/Linux.
* Peringatan: Apabila anda delete satu-satu partition, segala data di dalamnya akan hilang. Sila buat backup terlebih dahulu jika anda tidak mahu kehilangan data tersebut.
Langkah Kedua: Install Ubuntu ke dalam Hard Disk
Sekarang, masukkan CD Ubuntu (download Ubuntu 7.10 di sini) ke dalam CD-ROM dan restart komputer. Pastikan anda telah terlebih dahulu menetapkan boot sequence komputer anda kepada CD-ROM.
- Skrin Ubuntu akan dipaparkan. Pilih “Start or Install Ubuntu”

- Double click pada ikon Install. Proses install akan dimulakan.
- Step 1 of 7 (Welcome): Klik sahaja pada butang Forward.

- Step 2 of 7 (Where are you?): Pilih kawasan anda di atas peta dan klik Forward.

- Step 3 of 7 (Keyboard layout): Klik sahaja pada butang Forward.

- Step 4 of 7 (Prepare disk space): Pilih “Guided – use the largest continuous free space”. Dengan ini, ia akan install Ubuntu ke dalam ruang kosong yang telah disediakan tadi, tanpa menganggu sebarang partition yang lain.

- Step 5 of 7 (Migrate Document and Settings): Anda akan ditanya sekiranya anda mahu import mana-mana akaun dari Windows. Jika tidak, klik sahaja pada butang Forward.

- Step 6 of 7 (Who are you?): Isi nama serta password yang anda ingin gunakan untuk login ke dalam Ubuntu.

- Step 7 of 7 (Ready to install) : Ringkasan mengenai pilihan yang telah anda buat akan dipaparkan. Klik pada butang Install.

- Setelah proses install selesai, satu kotak mesej akan dipaparkan. Keluarkan CD Ubuntu dari CD-ROM anda dan restart komputer.
Langkah Ketiga: Nikmati GNU/Linux Anda!
Apabila anda ON komputer selepas ini, satu skrin GRUB akan dipaparkan. Di sinilah anda boleh memilih untuk masuk ke dalam Windows ataupun GNU/Linux yang telah dipasang.
komputer kita memang ada 2 os..satu windows xp n satu lagi ubuntu…apa yg saya dapat komen…dua-dua os ini ada kelebihan dan kekurangan masing….tapi aku tetap sokong 2 os ini.
kita’s last blog post..Sebagai Seorang Bloggers
ya.. saya sendiri pun bercadang nak pakai GNU/Linux tak lama lagi ^^
Boleh juga guna any partition software spt partition magic utk resize partition yg sedia ada utk Linux.
ermmm….kite xperlu buat swap disc utk linux ker?
bila pilih “Guided – use the largest continuous free space” tu, dia akan automatik buat swap untuk Linux..
tapi kalau nak buat sendiri, boleh pilih “Manual”
Terima kasih pada saudara MK kerana sudi menjawab soalan saya .:)kalau kita x de partition free kita boleh buat partition guna gparted tak.saya ada tengok dalam youtube tapi x beraopa paham.boleg tunjukkan tak.
@kaizen: kalau takde partition free, awak bole buat menggunakan gParted. tapi pastikan ada banyak ruang kosong di partition lain
Saudara MK saya selalu hantar komen selalu tak masuk.
kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken
erk, saya pun tak pasti nape komen awak slalu masuk spam
Saudara MK,thanks jawap soalan yang saya tanye.:).boleh tunjukkan cara nak buat partition guna Gparted atau pun partition magic.Sy cadang nakbuat dual boot tapi partition Unallocated x de.HD saya banyak free lg.Thanks…
saya ada jantar komen tapi masuk spamla.boleh tunjukkan cara guna Gparted untuk buat partition dlm window,dan PING buat ghost.klu boleh yang FREE tp dipanggil application killer.:)
kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken
saya baru je buat post mengenai GParted. awk nak cara2 klon hard disk guna PING kan?
aah kalau boleh post tentang PING.X perlulah kita guna yang pirate punya cd kan.kos company pun dapat dikurangkan.:)
kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken
problem bila bila install laptop acer yg baru untuk windows xp.
sound dan modem x detect,..dah mcn cara buat,tp x jadi gak..
kalau windows vista semua ok..ada cadangan mcn mana nak install windows xp untuk laptop baru acer…coz windows vista slow sgt le…
zedy’s last blog post..Smallville Kara Was survival
sesetengah driver untuk vista, tak sesuai untuk xp..
mungkin awk perlu cari driver xp untuk laptop awak tu di internet, sbb biasanya dalam cd mmg ada driver vista je
mmm,abis xpyh install driver ke 4 ubuntu tu????
biasanya ubuntu akan install driver secara automatik. kalau tak, awak kena download dari internet dan install secara manual
sy dah pun pakai mac os…
best gaks!
mac os memang best, memang power. tapi banyak lagi yang tak reti guna tu.
Pingback: Entri Pilihan Bulanan - April 2008 | SembangKomputer.Com
thnaks, previously i use open suse.
next issue is how we uninstall it, just in case you don’t want it any more?
@exinco: the easy way – you can just delete the linux partition, then reset the MBR using any MBR tool
hm.. for those who like to try this distro.. u may use WUBI – stands for Windows Ubuntu Installer.. it lacks of several capability such as hibernate.. but surely it is enough to try Ubuntu.. furthermore, you are bot partitioning your hard disk, but rather creating a virtual image file, but load from startup and be able to use as normal installation. any uninstalling can be made through window control panel as other software does. have a try!
abdusfauzis last blog post..a new record : geo assigment works it magic!
@abdusfauzi: thanks for the info. i’ll make a review about wubi soon
bagaimana cara nak gunakan window xp dgn linux kubuntu?
@abu ammar: hm, saya pun tak pernah try kubuntu ni. tapi saya rasa sama saje dgn ubuntu, sebab kubuntu ni adalah ubuntu yang menggunakan KDE sebagai antaramuka dan software
salam..bolehkah saudara MK terangkan dgn jelas LINUX OS. Saya merupakan student communication engineering,salah stu subjek saya ialah communication network dimana dlm subjek ni saya terpaksa mempelajari LINUX OS/GNU. Masalahnya sekarang saya masih buntu lg tentang LINUX OS/GNU. kenape penggunaan LINUX tidak meluas seperti windows?apakah perbezaan antara LINUX and windows? Dlm lab sye terpakse menggunakan LINUX yg selame ni sye xpnah guna,sukar bg sye untuk menerokai LINUX kerana setiap ‘command’nye berbeza dgn windows.
sy pengguna vista tp masih x bleh tinggalkan XP.adakah langkah2 di atas bleh dilakukan untuk install XP di dalam laptop sy yg menggunakan vista?
@SHAM: awak terus install windows xp macam biasa.. kalau laptop awak tak detect hard disk, tengok cara ni
sy nk tau mcm mane nk install fedora dgn suse..
klu dh install,driver untuk hardware tu mcm ne?
pc biasa blh ke install mac?
@Fakhri: fedora dengan suse lak eh. kalau awak pernah install Ubuntu, rasenye takde masalah nak install Fedora dengan Suse, sebab tak banyak bezanye. biasanya, part yang agak rumit dalam install Linux ni adalah waktu nak set up partition je.
kalau mengikut undang-undang, tak silap saya, PC biasa takleh install Mac. tapi memang ada caranya, cuba awak rujuk kat blog Ubuntu for Malaysian, di situ ada cara-cara untuk install Mac di PC
saya mempunyai sebuah PC lama.Pentium 2,Windows ME dan 3Gb harddisk.RAM sy x pasti.(sbnyrnye ini adalah PC sy yg pertama)sy hendak install UBUNTU kedalam PC ini untuk blajar psl ubuntu.soalan sy ;
1.adakah UBUNTU perlukan spec PC yg tertentu?
2.dengan install ubuntu,adakah OS windows ME tu akan hilang? (sy x mahu OS berat tu lg)mcmane nak hilangkan OS asal psl hardisk sy kecik.
3.dimanakan sy bleh download sofware utk ubuntu ini?
terima kasih.
@SHAM:
1. Awak boleh tengok spec untuk Ubuntu kat sini
2. Bergantung pada cara awak set up partition untuk Ubuntu. kalau nak senang, awak delete semua partition dan buat balik yang baru untuk Ubuntu. Dengan cara ni, Windows ME akan dibuang.
3. Download ubuntu di sini
sy ade try install fedora,mase tu sy gune xp.tp mase sy install fedora tu,sy x faham pasal nk set up partion untuk install fedora..abis xp sy ilang..pastu sy nk buat dual boot pulak..sy nk gune xp blk,tp lepas sy install xp,fedora pulak yang hilang…sy dh tention dh..boleh x tolong tunjukkan tutorial cmne nk install fedora dgn xp skali?sy suke xp pasal mcm2 game leh msk,fedora pulak ringan je.
lagi satu,mcm ne lak dengan driver untuk hardware sy?sy gune amd athlon 64×2,nvidia 8600gt,ram 2gb.klu untuk xp ade,tp untuk fedora xde..cmne nk wat?sound pun xde
@fakhri: mesti awak install pada partition yang sama, sebab tu la boleh hilang windows xp.
sebenarnya install GNU/Linux mana pun, lebih kurang je, tak kisah la Fedora ke, Ubuntu ke, LinuxOS ke.. cuma part set-up partition je yang paling penting
pasal driver untuk hardware2 awak.. mungkin kompleks sket nak install, terutamanya driver nVidia tu. driver sound lak biasanya memang ada punye, takde masalah sangat.
ada masa saya akan buat satu tutorial install Dedora dengan XP lak..
ok,terima kasih..klu boleh,kuarkan lah secepat yang mungkin ye
bantu sy bagaimana nak gunakan dual Ubuntu version 6.06 dengan Windows Vista
@kecut: caranye lebih kurang sama je dengan artikel ni. apa yang awak perlu tahu adalah macam mana nak setting partition dengan betul
bagaimana nak buat
os dalam Os yang sedia ada pada PC
@kecut: saya tak faham soalan awak ni
bagaimana installation OS dalam PC yg mempunyai OS asal
@kecut: soalan anda tidak jelas sebenarnya.. kalau anda mahu masukkan linux (ubuntu la mudah) dalam windows tanpa menganggu windows, gunakan Wubi, jika tidak anda perlu lakukan seperti yang MK tunjukkan
sy dh try install ubuntu dgn xp..tapi ade beberape masaalah.
klu sy masuk dlm ubuntu,semua partition harddisk sy nampak(sy buat 4 partition)
tp klu sy msk dlm xp,partition untuk ubuntu(D:) x kluar..mcm mane ni?
@fakhri: sebab Windows tak baca partition jenis ext2/ext3 yang dibuat oleh Linux. Kalau awak nak buka partition Linux tu, guna software Explore2fs
mcm mane nk download software tu?kat mane leh dpt?
@fakhri: http://www.chrysocome.net/explore2fs try pergi sini.. rasanya boleh download
Saya dah install ubuntu nih,tapi camna nak buat Windows XP tuh default OS ???
salam..saya da buat mcm mn arahan untuk instal ubuntu tu..tp bila da restart cd rom mcm xdetect je xblh nk boot..sy da cuba kat laptop member tp mmg xblh..sy guna windows vista ultimate 32 bit…sy nk guna 2 windows satu vista n satu ubuntu..pleasee help me..
salam..cdrom saya da detect da tapi masalah seterusnya nga nak install ubuntu tu dia ckp xblh nak install coz file corrupted…apa masalahnya ye bro??da bp kali sy try tp xblh jgk…
installer ubuntu tue corrupt.
cuba cek size installer tue dgn saiz kat tempat yg anda download file terseebut..
kalo saiz sama,
sepatutnya tiada masalah.
Salam bro…mintak sgt2 klu dpt wat tutorial cara2 nak install fedora 10 pada Vista. Ramai org kata klu guna GC NVidia siri 8-9, tak boleh install fedora ya? Cuak jgk nak install…kut2 tak jadi…
@Adam: Bukan install Fedora 10 kepada Vista, tetapi install Fedora 10 kepada PC awak sebenarnya. Pasal kad NVidia, dia propietary format, jadi kadang2 memang susah sket nak cari driver dia untuk Linux…
salam..saya nak tanya..saya dh try buat dual boot ubuntu dgn win xp..tapi masalahnya win xp sy corup..kenapa erkk..pening gak..
@amirrani: Salam. Korup macam mana tu ye, boleh terangkan lagi?
kira saya x boleh nak buka window dah lepas install ubuntu,pilih nak buka window dia suruh reinstall window sebab window korup…xtau kan terangkan macam mana…
Saya dah install linux tapi bila start ada error
:: Loading root filesystem module…
Attempting to create root device ‘/dev/sda1′
ERROR: Failed to parse block device name for ‘/dev/sda1′ unknown
ERROR: root fs cannot be detected. Try using the rootfstype= kernel parameter.
Waiting for devices to settle…done.
Root device ‘/dev/sda1′ doesn’t exist, attempting to create it
ERROR: Failed to parse block device name for ‘/dev/sda1′
ERROR: Unable to create/detect root device ‘/dev/sda1′
Dropping to a recovery shell… type ‘exit’ to reboot
NOTE: klibc contains no ‘ls’ binary, use ‘echo *’ instead
If the device ‘/dev/sda1′ gets created while you are here,
try adding ‘rootdelay=8′ or higher to the kernel command-line
ramfs$
Apa command yang sesuai untuk skip massage ni
maaf..saya tak tahu…baru blaja
salam..nak tanye..saya dah install vista ultimate ngan xp..tp ble sy buat windows update utk jdkan xp sp3..ble dah siap..sy cuba restart balik..tp dy x detect vista td..sblm update dia blh jadik dual boot time restart..ble dh update..dy trus run xp je..tanpa dual boot..leh tlg x?tq..
hmm,,,,klau secara manual gimana caranya instal dualboot?
Pingback: Apa Itu Boot Sequence? | Sembang Komputer
saya telah membuat dual boot pada laptop saya dgn Ubuntu dan Windows XP. sekarang saya nak uninstall Ubuntu itu dan gunakan Windows spt biasa. oleh itu, saya nak dgar nasihat dan tunjuk ajar mcm mana nak lakukannya. harap dapat membantu saya dan kerjasama anda amatla dihargai.sekian tq
@HarisMt: Hm, maknanya awak nak buang la kedua-dua Windows XP dan Ubuntu tu ye.
Kalau macam tu, awak boleh terus install Windows Vista, dan waktu nak pilih partition tu, pastikan awak delete partition yang telah dibuat oleh Windows XP dan Ubuntu. (Kalau ada apa2 dokumen yang nak diselamatkan, simpan dulu sebelum install Vista)
saya sebenarnya nak buang Ubuntu tu saja tapi terus gunakan Windows XP seperti biasa. Cadangan MK supaya saya install Windows Vista bkn perlu sekarang dan saya tak berhasrat nak gunakan Vista buat masa ni.Insya Allah di kemudian hari nanti. ok jadi mcm mana nak buang Ubuntu tu? takutla andai kata saya delete partition Ubuntu itu,masa laptop boot nanti,GRUB apa akn jadi? Harap ambil perhatian dan kerjasama anda dihargai.thanks
@HarisMt: Kalau awak nak buang Ubuntu, awak kena reset MBR. Guna apa2 boot CD yang boleh reset MBR ni.
salam..sy menggunakan 2 os..vista dan ubuntu..sy nak tanya macam mane nak create partition untuk ubuntu 9.04..? ini kerana sy tak dapat set kan saiz partition secara manual.
macam mana nak masuk linux dlm apple G4
pc ape yg ok untuk ubuntu?????sya bdak baru kat cni…tunjuk ajar sya k..
@farid: Ubuntu ni keperluan dia rendah je… jadi kalau awak buat PC baru sekarang ni, confirm boleh pakai dengan Ubuntu dah :)
woi!!
ada jga ang kt sini noh…
si capikk,jgn walau apa trjadi,jgn kau berptus asa….
pc ape2 pn xpe.. smu ok jer,, jgn machintosh sdah…
kau tgk sni utk spec ubuntu :
http://www.easy-ubuntu-linux.com/ubuntu-system-requirements.html
MK@ saya setuju dgn anda.Keperluan linux kecik jer. Skrg ni saya maseh guna Dual boot XP&Suse Linux. Klu try netbsd lagi kecik…155Mb jer. Tuh pun cukup utk sebuah pc lama ala2 486 gitu.
@cikgu dee: Kalau nak lagi kecik, DSL pun boleh. Bawah 50MB je ^_^
Soalan saya sama macam saudara kaizen. saya nak buat dual boot vista ubuntu. kne buat partition dulu tapi masalah saya partition xde unallocated space. macam mana nak settle problem ni? nak guna partition magic pun tak compatible vista.
saya ada juga cuba ‘shrink’ hard disk ‘D’ pada komputer saya tp saiz yang boleh ‘shrink’ terlalu kecil. hanya 2520 MB. padahal masih banyak free space pada hard disk saya. harap boleh membantu. thanks,
kalau Windows guna Microsoft Office untuk buat kerja.Kalau Linux guna software apa???tolong ye…
@garry: Linux boleh gunakan OpenOffice.
Macam mana nak buang mesej time boot “Disc error please press any button”?
mcm mna pula dgn FEDORA 11??
adakah sama mcm install ubuntu…???
bagaimana cara nak dual boot fedora 11 dgn ubuntu 9.0???
dan juga open solaris…
saya ade 3 boot dlm laptop saya. windows xp, windows 7x64rtm dan karmic koala. ade x cara saya nk access file dlm karmic koala tu dr windows.. tq
saya dah install ubuntu, masalahnya sound tak ada, saya dah chek kat sound panel semua ok, driver pun takda masalah…pc yang sama saya guna untuk windows(dual boot), tapi dalam windows sound ada memang tiada masalah, jadi jika ada sesiapa yang tahu saya minta tolong.
tq
salam?mane saya nak setup program linux contohnya seperti softwere driver usb moden?
sya ad install ubuntu 9.10…then dye mntk hostland login ngan pssword…mne nk dpt hostland login ngan pssword tu???
nak buat macam mana kalau kita lupa password pc
ble ak plih “Guided – use the largest continuous free space”, die akn automatic install kt partition 10gb yg baru ak buat ke? wlupun, partition ak kt hard disk yg len lg byk space dr yg baru buat tu.
cmne nak install ubuntu kala dah ad window ?????????
Baca balik tajuk entri ni apadia..itulah cara nak install ubuntu, dual boot maksudnya 2 sistem operasi dalam sesebuah komputer.
maz gimana cara mengembalikan dual booting yang install OS pertamanya adalah Linux dan OS yang ke dua adalah Xp atau 7 ?
apakah ada softwarenya atau tidak?
karna OS linuxnya gak bisa kebaca pada waktu awal booting.
makasih……..klaw bisa dibalas ke E-mail maz ya…….
dah buat semua tu tapi selepas restart skrin GRUB tidak dipaparkan dan terus masuk window 7, apa jalan penyelesaiannya eek…
kemungkinan boot loader bermasalah..jadi kena install semula ubuntu atau mengemaskini grub. .saya pernah kena masalah macam ni, tapi bila sudah install balik ubuntu..boleh boot ubuntu tanpa masalah. cubalah
TERASA AKU JADI PAKAR IT BILA MENGETAHUI INFO NI. TQ !!!