SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Cara Nak Dual Boot Windows Dan Linux

5 April, 2008 (12:55) | Linux | Oleh: MK

Kaizen ada bertanyakan tentang cara-cara nak Dual Boot Windows dan Linux. Apa itu Dual Boot? Secara ringkas, Dual Boot membolehkan anda mempunyai dua OS di dalam sebuah komputer.

Oleh kerana GNU/Linux mempunyai banyak jenis distro, di sini saya akan memilih distro yang paling popular sekarang, iaitu Ubuntu. Jika ada permintaan untuk tutorial sebegini bagi distro yang lain, sila nyatakan di ruangan komen. Baiklah, mari kita mula:

Langkah Pertama: Tetapkan Partition dalam Hard Disk

Sebelum install GNU/Linux ke dalam komputer anda, pastikan bahawa terdapat ruang kosong yang mencukupi untuk install OS tersebut. Jika anda mempunyai hard disk tambahan, sudah tentu perkara ini takkan menjadi masalah. Sebaliknya jika anda mempunyai satu hard disk sahaja, anda mungkin perlu delete mana-mana partition untuk menyediakan ruang kosong. Ikuti langkah ini untuk memeriksa ruang dalam hard disk:

  • Right-click pada My Computer dan pilih Manage
  • Pergi kepada Disk Management

Perhatikan hard disk anda. Ruang kosong dalam hard disk akan ditanda dengan perkataan Unallocated. Sekiranya tiada sebarang ruang kosong, delete mana-mana partition (kecuali partition C: yang mengandungi Windows). Tinggalkan ruang kosong ini kira-kira 10 GB untuk install GNU/Linux.

dual-boot-01

* Peringatan: Apabila anda delete satu-satu partition, segala data di dalamnya akan hilang. Sila buat backup terlebih dahulu jika anda tidak mahu kehilangan data tersebut.

Langkah Kedua: Install Ubuntu ke dalam Hard Disk

Sekarang, masukkan CD Ubuntu (download Ubuntu 7.10 di sini) ke dalam CD-ROM dan restart komputer. Pastikan anda telah terlebih dahulu menetapkan boot sequence komputer anda kepada CD-ROM.

  1. Skrin Ubuntu akan dipaparkan. Pilih “Start or Install Ubuntu”
    dual-boot-02
  2. Double click pada ikon Install. Proses install akan dimulakan.
  3. Step 1 of 7 (Welcome): Klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-01
  4. Step 2 of 7 (Where are you?): Pilih kawasan anda di atas peta dan klik Forward.
    Screenshot-Install-02
  5. Step 3 of 7 (Keyboard layout): Klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-03
  6. Step 4 of 7 (Prepare disk space): Pilih “Guided - use the largest continuous free space”. Dengan ini, ia akan install Ubuntu ke dalam ruang kosong yang telah disediakan tadi, tanpa menganggu sebarang partition yang lain.
    Screenshot-Install-04
  7. Step 5 of 7 (Migrate Document and Settings): Anda akan ditanya sekiranya anda mahu import mana-mana akaun dari Windows. Jika tidak, klik sahaja pada butang Forward.
    Screenshot-Install-06
  8. Step 6 of 7 (Who are you?): Isi nama serta password yang anda ingin gunakan untuk login ke dalam Ubuntu.
    Screenshot-Install-06
  9. Step 7 of 7 (Ready to install) : Ringkasan mengenai pilihan yang telah anda buat akan dipaparkan. Klik pada butang Install.
    Screenshot-Install-07
  10. Setelah proses install selesai, satu kotak mesej akan dipaparkan. Keluarkan CD Ubuntu dari CD-ROM anda dan restart komputer.

Langkah Ketiga: Nikmati GNU/Linux Anda!

Apabila anda ON komputer selepas ini, satu skrin GRUB akan dipaparkan. Di sinilah anda boleh memilih untuk masuk ke dalam Windows ataupun GNU/Linux yang telah dipasang.

dual-boot-03

Popularity: 47% [?]

Entri berkaitan

RSS feed | Trackback URI

30 Comments »

Comment by kita
2008-04-05 15:09:45

komputer kita memang ada 2 os..satu windows xp n satu lagi ubuntu…apa yg saya dapat komen…dua-dua os ini ada kelebihan dan kekurangan masing….tapi aku tetap sokong 2 os ini.

kita’s last blog post..Sebagai Seorang Bloggers

Comment by MK
2008-04-05 15:23:33

ya.. saya sendiri pun bercadang nak pakai GNU/Linux tak lama lagi ^^

 
 
Comment by Syahid A.
2008-04-05 18:22:22

Boleh juga guna any partition software spt partition magic utk resize partition yg sedia ada utk Linux.

 
Comment by azkaban
2008-04-07 09:21:22

ermmm….kite xperlu buat swap disc utk linux ker?

Comment by MK
2008-04-07 09:34:24

bila pilih “Guided - use the largest continuous free space” tu, dia akan automatik buat swap untuk Linux..

tapi kalau nak buat sendiri, boleh pilih “Manual”

 
 
Comment by kaizen
2008-04-07 10:20:16

Terima kasih pada saudara MK kerana sudi menjawab soalan saya .:)kalau kita x de partition free kita boleh buat partition guna gparted tak.saya ada tengok dalam youtube tapi x beraopa paham.boleg tunjukkan tak.

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-18 18:16:58

@kaizen: kalau takde partition free, awak bole buat menggunakan gParted. tapi pastikan ada banyak ruang kosong di partition lain

 
 
Comment by kaizen
2008-04-07 10:25:55

Saudara MK saya selalu hantar komen selalu tak masuk.

kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken

Comment by MK
2008-04-07 14:56:19

erk, saya pun tak pasti nape komen awak slalu masuk spam

 
 
Comment by kaizen
2008-04-07 12:31:21

Saudara MK,thanks jawap soalan yang saya tanye.:).boleh tunjukkan cara nak buat partition guna Gparted atau pun partition magic.Sy cadang nakbuat dual boot tapi partition Unallocated x de.HD saya banyak free lg.Thanks…

 
Comment by kaizen
2008-04-07 12:35:29

saya ada jantar komen tapi masuk spamla.boleh tunjukkan cara guna Gparted untuk buat partition dlm window,dan PING buat ghost.klu boleh yang FREE tp dipanggil application killer.:)

kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken

Comment by MK
2008-04-07 15:00:04

saya baru je buat post mengenai GParted. awk nak cara2 klon hard disk guna PING kan?

 
 
Comment by kaizen
2008-04-07 16:41:36

aah kalau boleh post tentang PING.X perlulah kita guna yang pirate punya cd kan.kos company pun dapat dikurangkan.:)

kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken

 
Comment by zedy
2008-04-07 20:40:37

problem bila bila install laptop acer yg baru untuk windows xp.
sound dan modem x detect,..dah mcn cara buat,tp x jadi gak..
kalau windows vista semua ok..ada cadangan mcn mana nak install windows xp untuk laptop baru acer…coz windows vista slow sgt le…

zedy’s last blog post..Smallville Kara Was survival

Comment by MK
2008-04-07 20:42:45

sesetengah driver untuk vista, tak sesuai untuk xp..
mungkin awk perlu cari driver xp untuk laptop awak tu di internet, sbb biasanya dalam cd mmg ada driver vista je

 
 
Comment by jerry
2008-04-10 21:37:09

mmm,abis xpyh install driver ke 4 ubuntu tu????

Comment by MK
2008-04-11 08:15:41

biasanya ubuntu akan install driver secara automatik. kalau tak, awak kena download dari internet dan install secara manual

 
 
Comment by loque
2008-04-20 03:19:10

sy dah pun pakai mac os…
best gaks!

 
2008-05-06 10:55:39

[...] Cara Nak Dual Boot Windows Dan Linux [...]

 
Comment by exinco
2008-05-12 22:21:54

thnaks, previously i use open suse.

next issue is how we uninstall it, just in case you don’t want it any more?

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-12 23:01:12

@exinco: the easy way - you can just delete the linux partition, then reset the MBR using any MBR tool

 
 
Comment by abdusfauzi
2008-05-16 15:48:51

hm.. for those who like to try this distro.. u may use WUBI - stands for Windows Ubuntu Installer.. it lacks of several capability such as hibernate.. but surely it is enough to try Ubuntu.. furthermore, you are bot partitioning your hard disk, but rather creating a virtual image file, but load from startup and be able to use as normal installation. any uninstalling can be made through window control panel as other software does. have a try!

abdusfauzis last blog post..a new record : geo assigment works it magic!

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-16 19:47:38

@abdusfauzi: thanks for the info. i’ll make a review about wubi soon

 
 
Comment by abu ammar
2008-05-18 08:35:45

bagaimana cara nak gunakan window xp dgn linux kubuntu?

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-18 18:13:40

@abu ammar: hm, saya pun tak pernah try kubuntu ni. tapi saya rasa sama saje dgn ubuntu, sebab kubuntu ni adalah ubuntu yang menggunakan KDE sebagai antaramuka dan software

 
 
Comment by izna Subscribed to comments via email
2008-07-13 16:03:38

salam..bolehkah saudara MK terangkan dgn jelas LINUX OS. Saya merupakan student communication engineering,salah stu subjek saya ialah communication network dimana dlm subjek ni saya terpaksa mempelajari LINUX OS/GNU. Masalahnya sekarang saya masih buntu lg tentang LINUX OS/GNU. kenape penggunaan LINUX tidak meluas seperti windows?apakah perbezaan antara LINUX and windows? Dlm lab sye terpakse menggunakan LINUX yg selame ni sye xpnah guna,sukar bg sye untuk menerokai LINUX kerana setiap ‘command’nye berbeza dgn windows.

 
Comment by SHAM
2008-08-11 12:57:14

sy pengguna vista tp masih x bleh tinggalkan XP.adakah langkah2 di atas bleh dilakukan untuk install XP di dalam laptop sy yg menggunakan vista?

Comment by MK
2008-08-11 13:56:16

@SHAM: awak terus install windows xp macam biasa.. kalau laptop awak tak detect hard disk, tengok cara ni

 
 
Comment by Fakhri Subscribed to comments via email
2008-08-19 16:41:14

sy nk tau mcm mane nk install fedora dgn suse..
klu dh install,driver untuk hardware tu mcm ne?
pc biasa blh ke install mac?

Comment by MK
2008-08-19 21:21:16

@Fakhri: fedora dengan suse lak eh. kalau awak pernah install Ubuntu, rasenye takde masalah nak install Fedora dengan Suse, sebab tak banyak bezanye. biasanya, part yang agak rumit dalam install Linux ni adalah waktu nak set up partition je.

kalau mengikut undang-undang, tak silap saya, PC biasa takleh install Mac. tapi memang ada caranya, cuba awak rujuk kat blog Ubuntu for Malaysian, di situ ada cara-cara untuk install Mac di PC

 
 
Nama (diperlukan)
Emel (diperlukan - tidak akan disiarkan)
URI
Dapatkan maklumbalas komen melalui emel
Komen anda (smaller size | larger size)
Anda boleh gunakan <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> dalam komen anda.

Jika anda kali pertama komen, komen anda akan dilihat terlebih dahulu, sebelum disiarkan.