the_dog Biasanya jika kita ingin mencari satu-satu fail dalam komputer, kita akan menggunakan fungsi Search dalam Windows dengan menekan Ctrl + F. Maka keluarlah karakter animasi anjing yang akan membantu kita untuk mencari fail. Fungsi Search dalam Windows XP ini adalah sangat lambat, dan tidak cekap untuk membantu urusan harian anda. Lagipun karakter anjing itu agak menjengkelkan :p

Kemudian, saya terbaca ulasan di Freeware Genius tentang sebuah software yang menakjubkan (ayat tak bleh blah, tapi betul ni ^^), iaitu Everything. Seperti namanya, Everything mampu mencari segala fail yang terkandung dalam komputer anda. Sebaik sahaja anda menaipkan nama fail yang ingin anda cari, Everything akan terus memaparkan hasil carian.

everything

Kebiasaannya, software seperti ini akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks semua fail yang terkandung dalam PC anda, contohnya Google Desktop dan Locate32. Namun, Everything melakukannya dalam masa yang singkat, tak sampai 10 saat di komputer saya. Ini membuatkan saya hairan dan kagum dengan kepantasan yang ditunjukkan oleh Everything.

Kini, saya bukan sahaja menggunakan Everything untuk mencari fail yang saya tak tahu mana letaknya; malah saya juga turut menggunakannya untuk melancarkan fail atau folder dengan cepat, kerana tak ingin membuang masa untuk klik folder satu-persatu melalui My Computer. Dengan kombinasi Launchy untuk melancarkan program, penggunaan komputer saya menjadi lebih produktif!

Everything hanya berfungsi dengan partition yang menggunakan NTFS. Anda boleh dapatkan Everything di sini.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

19 Responses


  1. usri on 30 Nov 2008

    Menarik jugak software ni. Tp komputer aku pakai FAT32, boleh ke?

    • MK on 30 Nov 2008

      @usri: kalau pakai FAT32, kena convert dulu la kepada NTFS.

  2. Amirul on 30 Nov 2008

    Cam best jer software ni…. Thanks for da info….. :D

  3. Apiez on 30 Nov 2008

    wah.. bagus banget ni…. boleh saja gue gune ni..

  4. anip on 30 Nov 2008

    senangnye gune everything. cepat tul. *leh ajarkan cara nak format n install windows vista x?

  5. Amran on 02 Dec 2008

    thanks… pantas dan cepat utk dptkan file

  6. mrahfa on 02 Dec 2008

    dulu masa memula Bill Gates launch Vista, dia kata vista akan menyelesaikan masalah “Where are my stuff?”.

    Hehehe, tak selesaikan masalah le pulak, lagi rasa macam nak jadi org Linux ada la. Err, ada support ke utk Linux everything nih?
    Thanks for the info.

    • MK on 02 Dec 2008

      @mrahfa: hm, kalau Windows boleh implement algorithm yang Everything guna ni kan bagus.

      Developer Everything ni takde support Linux lagi, lagipun algorithm Everything menggunakan kelebihan NTFS, tak berkesan pada file system yang lain. Kalau untuk Linux, macam Launchy tu ada la. Tapi kena index la, lambat.

  7. aman on 02 Dec 2008

    Hmm…takyah indeks, wow..hebat. Nak kena cuba nie. Hoho.

  8. cyberfly on 03 Dec 2008

    thanks..mmg best kl yg pakai win xp :)

  9. pembebel on 03 Dec 2008

    mk memang suka pakai spender free, eh bukan. suka pakai software free. hehe.

    *makasih wei untuk software neh. :)

    • MK on 03 Dec 2008

      @pembebel: sape yang tak suke software free hahah.

  10. nuwara on 15 Dec 2008

    saya dah install…sangat mudah cari fail..makasihhhh

  11. adil on 09 Jan 2009

    kenapa tidak berjaya download CCleaner utk PC dirumah…., tetapi saya download PC kat ofis boleh plak… apa masalaahnya ye…t.k

  12. [...] ini saya ada menulis tentang Everything – sebuah perisian yang boleh mencari apa sahaja fail dalam komputer anda dalam sekelip mata. Kini [...]

  13. wati on 04 May 2009

    Nape bleh search C drive je? kat pc saya ada banyak drive,camna nak set untuk search drive lain?

    • MK on 04 May 2009

      @wati: Dia boleh search partition NTFS je. Mungkin partition lain tu guna FAT 32, awak convert je pada NTFS.

  14. Kelas Al-Quran on 27 May 2009

    Salam,

    Thanks… jauh lagi cepat dpd ctrl + F
    ada portable version lagi. :)

    Jangan lupa ikuti kelas-kelas pengajian Al-Quran, Tajwid & Bahasa Arab secara percuma di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

    http://kelasquran.blogspot.com/search/label/Kelas%20Al-Quran

    http://kelasquran.blogspot.com/

  15. sein on 28 Dec 2009

    apa bezanya everything dengan launchy dan find and run robot?


Leave your comment