Dalam mencari imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog, biasanya saya akan menggunakan Google Image Search. Namun, perlu diingat bahawa tidak semua dari imej ini boleh digunakan secara sah kerana masalah hak cipta. Silap haribulan, boleh kena saman kalau silap pilih imej. Foto stok pula menawarkan imej yang semuanya boleh digunakan secara sah, tetapi biasanya pilihan adalah terhad.
Jadi saya beralih kepada Compfight, iaitu enjin carian imej untuk Flickr. Kalau anda belum tahu apa itu Flickr, ia adalah laman perkongsian foto yang paling popular di dunia.
Compfight memaparkan hasil carian dalam bentuk thumbnail. Ini sangat berkesan kerana anda hanya mahu melihat imej tersebut tanpa sebarang teks-teks lain yang tidak diperlukan. Anda juga boleh menapis imej-imej tersebut kepada Creative Commons ataupun komersil.
Sayangnya, Compfight tidak dapat dipaparkan dalam Opera. Buka Firefox anda untuk menggunakan laman web ini.
Oh,tak semua gambar kt Google Image tu boleh amik eh? erk~
Saya baru nak try letak gambar kt blog.. maklum la sblm ni saya sgt malas nk cari gambar dan letak kat entri. hehe
ixoras last blog post..Nama-nama bayi.
@ixora: um, tak semua. ada image yang copyright
lama tak nampak ixora ^^