SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Cari Teks dalam Banyak Fail

25 January, 2008 (02:33) | Perisian | Oleh: MK

Bagi pengaturcara - pengaturcara di luar sana, anda mungkin sudah biasa dengan Notepad++. Editor serba boleh ini menyokong banyak bahasa pengaturcaraan di samping fungsi - fungsi yang pelbagai. Di sini saya ingin menunjukkan satu tips yang amat meudahakan bukan sahaja kepada pengaturcara, malah juga kepada pengguna biasa.


Fungsi tersebut adalah mencari teks dalam banyak fail. Ini boleh diakses dari menu Search > “Find in files…”; atau tekan sahaja Ctrl + Shift + F. Apabila paparan Find keluar, anda boleh memasukkan teks carian anda pada bahagian “Find what”. Filter pula digunakan untuk menapis jenis fail yang anda tidak ingin sertakan dalam pencarian. Directory adalah fungsi yang terpenting di sini, di mana anda boleh nyatakan folder manakah yang akan dicari. Apabila anda menekan Enter, Notepad++ akan mencari teks tersebut, di dalam fail-fail yang terdapat di kesemua direktori yang dinyatakan.

Saya amat kagum dengan kepantasan Notepad++ melakukan tugas ini. Sebelum ini saya mencuba WinGrep kerana telah digembar-gemburkan ia mampu melakukan fungsi ini dengan lebih pantas, tetapi saya kecewa apabila ia tidak melihat pun ke dalam fail PHP walaupun telah dinyatakan. Nasib baik ada Notepad++

Selain pantas, Notepad++ memaparkan hasil carian dalam bentuk yang amat memudahkan. Seperti yang anda lihat pada rajah di atas, setiap fail yang dijumpai akan ditanda dengan warna hijau. Anda boleh dwi-klik pada barisan tersebut, dan keluarlah hasil-hasil yang dijumpai. Seterusnya, anda dwi-klik pada mana-mana hasil carian (contohnya “Line 135 : …” pada rajah) dan anda akan dibawa kepada teks tersebut. Notepad mempunyai fungsi tab, jadi fail tersebut akan dibuka pada satu tab yang baru.

Popularity: 14% [?]

Entri berkaitan

RSS feed | Trackback URI

4 Comments »

Comment by Azhar Ahmad
2008-01-25 02:46:41

Saya guna satu perisian lagi untuk prgramming. TextPad nama dia… Kena install. Hummm, dia bagus pasal sokong 5 bahasa utama, C dan seangkatan dengannya, pengaturcaraan internet, text, Bahasa aras rendah sepeti MASM, dan yang paling penting, dia ada function untuk tukar dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. PHP -> C, C -> MASM dan sebagainya…

 
Comment by rightbrainer
2008-01-25 09:25:48

Oh, terima kasih atas info tu. Saya pun baru lagi dalam programming ni =)

 
Comment by NoktahHitam
2008-03-12 05:20:17

Dreamweaver pon ade function macam ni jugak, siap bole replacekan lagi. Nanti aku cube Notepad+++ ni

 
2008-07-27 03:22:29

[...] anda selalu bermain dengan coding, ketahui bagaimana untuk mencari teks dalam sejumlah fail yang banyak dengan [...]

 
Nama (diperlukan)
Emel (diperlukan - tidak akan disiarkan)
URI
Dapatkan maklumbalas komen melalui emel
Komen anda (smaller size | larger size)
Anda boleh gunakan <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> dalam komen anda.

Jika anda kali pertama komen, komen anda akan dilihat terlebih dahulu, sebelum disiarkan.