Membuat Carian Dengan Mudah Dalam Firefox dan Opera

Tahu tak, ada cara yang mudah untuk membuat carian mudah tentang apa-apa perkataan yang anda jumpa di laman web? Biasanya, kita akan buka Google dan taip perkataan tersebut, tapi kali ini saya ingin tunjukkan anda cara yang lebih mudah. Tips ini boleh digunakan pada pada Firefox dan Opera:


Membuat Carian Dengan Mudah Dalam Firefox:

Dalam Firefox, anda hanya perlu pilih pada perkataan tersebut,klik kanan, dan pilih “Search Google”. Firefox akan membawa anda ke hasil carian Google secara automatik.

firefox-search

Membuat Carian Dengan Mudah Dalam Opera:

Dalam Opera, anda boleh pilih atau dwi-klik pada perkataan tersebut dan pilih Search. Opera akan membawa anda ke hasil carian Google secara automatik.

opera-search

Namun, dalam Opera pilihan anda tidak terhad kepada Google sahaja. Seperti yang anda dapat lihat pada pilihan yang dipaparkan, anda boleh:

  • Menggunakan enjin carian lain seperti BitTorrent (jika anda nak fail yang boleh anda download) dan Amazon (jika anda nak cari barang untuk dibeli) dengan memilih Search With.
  • Mencari makna bagi perkataan tersebut dengan memilih Dictionary.
  • Membuat carian di Wikipedia dengan memilih Encyclopedia.
  • Membuat terjemahan ayat dan perkataan dengan memilih Translate.

Ok, apa kata anda cuba tips yang dah saya berikan ini dengan perkataan: tempe. Highlight perkataan tersebut dan lihat apa yang anda dapat cari. Selamat mencuba ^^

7 thoughts on “Membuat Carian Dengan Mudah Dalam Firefox dan Opera

    • @kita: yang best nye kalau pergi kat website Google, dapat tengok logo dia yang berubah-ubah tu. nak lagi waktu olimpik ni, macam-macam jenis logo ada

  1. as additional info jer, mgkin ramai yang dah tau cara kat bawah nie…
    intext: (tulis ape kita nak cari)
    cth; intext: determination of H1N1

    inurl: (tulis url seakan2 yang kita nak,tapi kita tak ingat sepenuhnyer url tersebut)
    cth; inurl: sembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">