SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Category: Firefox


Membuat Carian Dengan Mudah Dalam Firefox dan Opera

19 August, 2008 (00:00) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Tahu tak, ada cara yang mudah untuk membuat carian mudah tentang apa-apa perkataan yang anda jumpa di laman web? Biasanya, kita akan buka Google dan taip perkataan tersebut, tapi kali ini saya ingin tunjukkan anda cara yang lebih mudah. Tips ini boleh digunakan pada pada Firefox dan Opera:

Teruskan membaca »

Popularity: 4% [?]

Firefox 3 Pecahkan Rekod Dunia Dengan 8 Juta Download

19 June, 2008 (07:01) | Firefox | Oleh: MK

Firefox

Tidak menjadi kejutan apabila Firefox 3 berjaya memecahkan rekod dunia sebagai perisian yang menerima jumlah download paling banyak pada hari pertamanya. Sehingga kini, Firefox 3 telah dimuat turun sebanyak 8 juta kali, dah jumlah itu masih meningkat dengan laju.

Sebenarnya rekod dunia ini sudah pasti milik Mozilla kerana ini merupakan kali pertama rekod sebegini dicatatkan. Namun begitu pencapaian Firefox 3 memang menakjubkan dan menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap perisian Open Source. Berikut adalah antara ciri-ciri baru pada Firefox 3:

Teruskan membaca »

Popularity: 36% [?]

Jadikan Firefox atau Opera Sebagai Browser Utama

5 June, 2008 (09:00) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Soalan dari Amir:

Bagaimana nak jadikan Firefox sebagai Web Browser utama? Nak guna IE, lembab ah..

Hakikatnya, Internet Explorer memang tak syok. Bak kata Affuan - IE tak best, tak lemak berkrim, dan lembab! Sudah sampai masanya anda bertukar kepada Firefox ataupun Opera. Ya, sekarang juga.

Baiklah, bagi menjawab soalan Amir, saya akan tunjukkan cara-cara untuk menjadikan Firefox atau Opera sebagai Web Browser yang utama. Ikuti langkah-langkah yang diberikan:

Teruskan membaca »

Popularity: 30% [?]

Cari Teks Dalam Firefox dan Opera

27 March, 2008 (08:25) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Dalam entri ringkas ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk mencari teks dengan mudah dalam Firefox dan Opera.

Cara Nak Cari Teks Dalam Firefox

  1. Tekan Ctrl + F dan taipkan perkataan yang anda ingin cari. Firefox akan highlight perkataan yang pertama dijumpai, secara automatik.
  2. Tekan Ctrl + G untuk pergi kepada perkataan yang seterusnya.

search-firefox

Cara Nak Cari Teks Dalam Opera

  1. Tekan butang / dan taipkan perkataan yang anda ingin cari. Opera akan highlight perkataan yang pertama dijumpai, secara automatik.
  2. Tekan Ctrl + G untuk pergi kepada perkataan yang seterusnya.

search-opera

* Nota: Anda juga boleh menggunakan Ctrl + F atau butang . untuk mulakan carian.

Popularity: 36% [?]

Cara Nak Save Bookmarks Dalam Firefox dan Opera

19 March, 2008 (10:21) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Firdee ada bertanyakan tentang cara-cara nak save Bookmarks dalam Firefox. Tujuan beliau nak save Bookmarks ini adalah supaya ia dapat dimasukkan kembali ke dalam Firefox setelah komputer diformatkan.

Sebagai menjawab soalan Firdee, di sini saya akan terangkan cara-cara nak save Bookmarks dari Firefox, dan juga Opera:

Teruskan membaca »

Popularity: 33% [?]

5 Sebab Mengapa Opera Mendahului Firefox

20 February, 2008 (17:49) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Saya memang seorang pencinta Opera. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sukakan Firefox. Malah, saya fikir Firefox adalah satu browser yang bagus kerana mengikut standard web yang ditetapkan.

Namun, saya geram apabila setiap kali ada fungsi yang diperkenalkan oleh Firefox, semua orang menghebahkannya seperti Firefox lah yang telah menciptakannya dulu. Sebagai seorang pengguna Opera yang agak lama, saya nak kongsi 5 sahaja ciri-ciri pada Opera yang mendahului Firefox:

Teruskan membaca »

Popularity: 54% [?]