SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Category: Opera


Menggunakan Shortcut Untuk Carian Dalam Opera

20 August, 2008 (07:19) | Opera | Oleh: MK

Dalam Opera, selain dari membuat carian pada kotak yang di sebelah kanan tu, anda juga boleh membuat carian terus dari address bar. Hanya taipkan g diikuti dengan perkataan yang anda ingin cari, dan tekan Enter. Contohnya, jika anda taip ”g tempeh”, Opera akan membawa anda ke laman Google dengan hasil carian tempe.

opera-search-00

Teruskan membaca »

Popularity: 16% [?]

Membuat Carian Dengan Mudah Dalam Firefox dan Opera

19 August, 2008 (00:00) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Tahu tak, ada cara yang mudah untuk membuat carian mudah tentang apa-apa perkataan yang anda jumpa di laman web? Biasanya, kita akan buka Google dan taip perkataan tersebut, tapi kali ini saya ingin tunjukkan anda cara yang lebih mudah. Tips ini boleh digunakan pada pada Firefox dan Opera:

Teruskan membaca »

Popularity: 18% [?]

Semak Ejaan Dalam Opera

15 June, 2008 (17:51) | Opera | Oleh: MK

Soalan dari Mira:

Bagaimana nak menggunakan fungsi spell check dalam Opera?

Jawapan:

Untuk menyemak ejaan dalam Opera, anda hanya perlu download GNU Aspell. Kemudian, download kamus bagi bahasa yang anda kehendaki. Bukan sahaja Bahasa Inggeris, malah kamus Bahasa Melayu juga ada untuk GNU Aspell (sayangnya, Bahasa Melayu hanya untuk Linux sahaja).

Teruskan membaca »

Popularity: 25% [?]

Opera 9.5 Telah Tiba

13 June, 2008 (12:14) | Opera | Oleh: MK

opera 9.5

Setelah lama menunggu, akhirnya Opera Software telah mengeluarkan Opera 9.5! Pelayar web ini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna kerana kepantasannya, serta pelbagai fungsi yang menjadikan pengalaman Internet anda lebih mudah dan produktif. Opera 9.5 memperkenalkan pelbagai ciri-ciri terbaru, antaranya ialah:

  • Opera Link membolehkan anda membuka Bookmarks, Speed Dial, dan Notes anda dari komputer lain, mahupun dari Opera Mini di telefon bimbit anda.
  • Dengan menaip pada Address Bar, anda boleh mencari kandungan pada laman web yang anda telah jelajahi sebelum ini. Fungsi ini dikenali sebagai Quick Find.

    opera 9.5

  • Rendering engine yang baru, yang menjanjikan pelayaran web anda lebih pantas.
  • Skin baru yang menjadi default bagi Opera.

    opera 9.5

    opera 9.5

Teruskan membaca »

Popularity: 28% [?]

Jadikan Firefox atau Opera Sebagai Browser Utama

5 June, 2008 (09:00) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Soalan dari Amir:

Bagaimana nak jadikan Firefox sebagai Web Browser utama? Nak guna IE, lembab ah..

Hakikatnya, Internet Explorer memang tak syok. Bak kata Affuan - IE tak best, tak lemak berkrim, dan lembab! Sudah sampai masanya anda bertukar kepada Firefox ataupun Opera. Ya, sekarang juga.

Baiklah, bagi menjawab soalan Amir, saya akan tunjukkan cara-cara untuk menjadikan Firefox atau Opera sebagai Web Browser yang utama. Ikuti langkah-langkah yang diberikan:

Teruskan membaca »

Popularity: 28% [?]

Cari Teks Dalam Firefox dan Opera

27 March, 2008 (08:25) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Dalam entri ringkas ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk mencari teks dengan mudah dalam Firefox dan Opera.

Cara Nak Cari Teks Dalam Firefox

  1. Tekan Ctrl + F dan taipkan perkataan yang anda ingin cari. Firefox akan highlight perkataan yang pertama dijumpai, secara automatik.
  2. Tekan Ctrl + G untuk pergi kepada perkataan yang seterusnya.

search-firefox

Cara Nak Cari Teks Dalam Opera

  1. Tekan butang / dan taipkan perkataan yang anda ingin cari. Opera akan highlight perkataan yang pertama dijumpai, secara automatik.
  2. Tekan Ctrl + G untuk pergi kepada perkataan yang seterusnya.

search-opera

* Nota: Anda juga boleh menggunakan Ctrl + F atau butang . untuk mulakan carian.

Popularity: 33% [?]

Cara Nak Save Bookmarks Dalam Firefox dan Opera

19 March, 2008 (10:21) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Firdee ada bertanyakan tentang cara-cara nak save Bookmarks dalam Firefox. Tujuan beliau nak save Bookmarks ini adalah supaya ia dapat dimasukkan kembali ke dalam Firefox setelah komputer diformatkan.

Sebagai menjawab soalan Firdee, di sini saya akan terangkan cara-cara nak save Bookmarks dari Firefox, dan juga Opera:

Teruskan membaca »

Popularity: 31% [?]

Gunakan Opera Sebagai Klien Emel Anda

9 March, 2008 (09:52) | Opera | Oleh: MK

Selain dari melayari laman web, Opera juga boleh digunakan sebagai klien emel. Dengan ini, anda tidak perlu lagi melancarkan aplikasi lain bagi menguruskan emel anda. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini untuk menetapkan emel di Opera:

Teruskan membaca »

Popularity: 25% [?]

Isi Maklumat dan Password Secara Automatik Dalam Opera

25 February, 2008 (19:46) | Laman Web, Opera | Oleh: MK

EasyCapture1 Berapa banyak kali anda isi maklumat-maklumat seperti Nama, Alamat, dan Emel dalam sehari? Jika anda banyak mengunjungi blog-blog untuk memberi komen, ataupun selalu mendaftar di laman web - laman web baru, tugas mengisi maklumat seperti ini adalah menjadi rutin harian yang tidak dapat dielakkan. Ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan masa dalam mengisi maklumat seperti ini, dengan menggunakan Opera.

Tekan Ctrl+F12 untuk membuka Preferences dalam Opera. Pergi kepada tab Wand. Di sini, anda boleh isi maklumat-maklumat yang sering diminta oleh laman web-laman web dan blog-blog. Anda boleh melengkapkan bahagian mana yang perlu, jika tidak semua.

Sekarang, mari kita uji fungsi Auto-Complete pada Opera ini. Di bawah kotak komen pada blog saya ni, cuba masukkan nama anda. Hanya dengan satu huruf sahaja, Opera akan memaparkan senarai Auto-Complete yang boleh anda pilih.

Teruskan membaca »

Popularity: 26% [?]

5 Sebab Mengapa Opera Mendahului Firefox

20 February, 2008 (17:49) | Firefox, Opera | Oleh: MK

Saya memang seorang pencinta Opera. Tapi itu tidak bermakna saya tidak sukakan Firefox. Malah, saya fikir Firefox adalah satu browser yang bagus kerana mengikut standard web yang ditetapkan.

Namun, saya geram apabila setiap kali ada fungsi yang diperkenalkan oleh Firefox, semua orang menghebahkannya seperti Firefox lah yang telah menciptakannya dulu. Sebagai seorang pengguna Opera yang agak lama, saya nak kongsi 5 sahaja ciri-ciri pada Opera yang mendahului Firefox:

Teruskan membaca »

Popularity: 49% [?]