Dalam menguji laman web yang anda bangunkan (biasanya di localhost) pastinya anda perlu membuat tugas yang sama berulang-kali seperti mendaftarkan pengguna, melengkapkan borang, dan banyak lagi.
Biasanya bila dah malas, mulalah anda isikan borang ini dengan maklumat merepek, seperti rajah di bawah ini.

Sebenarnya anda boleh jalankan proses ini secara automatik dengan menggunakan Selenium IDE. Ia merupakan sebuah add-on untuk Firefox yang membolehkan anda merakam aktiviti pada laman web anda, dan jalankannya semula bila-bila masa yang anda mahu. Konsepnya lebih kurang sama dengan macro yang terdapat pada Microsoft Office.
Lancarkan Selenium IDE dan ia akan terus mula merakam aktiviti anda. Untuk menghentikan rakaman, tekan Actions > Record. Anda boleh simpan rakaman ini dan gunakannya kembali pada bila-bila masa.

Di sini saya sertakan beberapa fungsi yang mungkin berguna buat anda sebagai penguji aplikasi web:
- open(url) – Pergi ke alamat yang dinyatakan. Biasanya digunakan untuk memulakan skrip Test Case anda.
- type(locator, value) – Isi borang secara automatik.
- pause(waitTime) – Berguna untuk laman web yang menghalang anda dari menghantar borang secara serta-merta. Pada IDE, letakkan Command sebagai `pause` dan Target sebagai `3000`, iaitu 3 saat.
- clickAndWait – Tekan sesuatu butang dan tunggu sehingga halaman yang seterusnya dipaparkan, biasanya digunakan pada butang ‘Submit’.
Download add-on untuk Firefox: Selenium IDE