Category Archives: Perisian

Jadikan Evernote sebagai gedung ilmu peribadi anda

Untuk mencatat nota, saya lebih gemar aplikasi ringkas seperti Notational Velocity dan ResophNotes berbanding Evernote yang tampak sedikit kompleks. Lebih penting lagi, Notational Velocity dan ResophNotes mempunyai fungsi carian yang pantas. Sambil anda menaip carian, hasil carian dipaparkan secara serta-merta.

Baru-baru ini saya kembali mencuba Evernote, dan alangkah berbunganya hati apabila melihat fungsi carian pantas ini telahpun dibina ke dalam Evernote. Kini apa yang saya perlu adalah belajar menggunakan Evernote secara minimalistik—menggunakan fungsi yang berguna sahaja dan meninggalkan yang lain. Di sini saya akan berkongsi kelebihan Evernote dalam memudahkan urusuan harian anda. Continue reading

Matikan fungsi semakan ejaan pada Word 2010

microsoft-word-2010

Microsoft Word 2010 didatangkan dengan fungsi semakan ejaan serta nahu. Fungsi ini berguna jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Inggeris, namun boleh jadi menjengkelkan jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Malaysia.

Selain itu, terdapat juga fungsi AutoCorrect yang akan membetulkan ejaan secara automatik, contohnya perkataan ‘komputer’ akan ditukar kepada ‘computer’ walaupun ianya disengajakan.

Ikuti langkah mudah di bawah untuk mematikan fungsi-fungsi ini pada dokumen anda.  Continue reading

Layari Internet tanpa gangguan iklan dengan AdBlock

Apabila anda membuka satu-satu laman web, akan keluarlah iklan pelbagai rupa. Ada yang kecil, besar, berkelip-kelip, dan yang berbunyi macam kad raya. Ada kalanya, iklan lagi banyak daripada kandungan laman web itu sendiri.

Lihat sahaja perbezaan laman web The Star dengan dan tanpa iklan di bawah:

thestar-dengan-iklan

Faulty traffic lights cause massive jam near Sprint-Damansara toll - Google Chro_2011-11-16_22-07-59

Untuk menyekat iklan-iklan tersebut, anda boleh menggunakan AdBlock. Ia adalah sebuah plugin yang boleh dipasang pada kebanyakan pelayar web termasuklah Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox.

Ikuti pautan di bawah bagi memasang AdBlock pada setiap pelayar web:

Pasang dan aktifkan sahaja AdBlock ini dan anda akan dapat melayari Internet tanpa diganggu oleh iklan-iklan lagi.

Bawa koleksi buku anda pada apa jua peranti dengan Kindle

Semenjak hari pertama saya mengenal buku digital, saya tetap berpegang teguh pada pendapat yang ia tidak mungkin dapat menggantikan buku sebenar. Mana mungkin perasaan memegang, menyelak, membaca buku fizikal itu dapat digantikan dengan buku digital, kan?

Namun semenjak saya cuba untuk mengamalkan gaya hidup minimalis, kelebihan e-book semakin terserlah. Bukan sahaja ia membantu dalam menyelamatkan alam sekitar, malah dapat menjimatkan ruang apabila saya gantikan semua buku fizikal yang ada dalam bilik saya dengan versi digital.

Walaupun begitu, masih sukar untuk saya beralih kepada buku digital sepenuhnya sehinggalah saya berjumpa dengan aplikasi Kindle. Continue reading

Terokai muzik secara visual dengan Aweditorium [iPad]

IMG_0058

Disebabkan saiz skrin sentuhnya yang luas, iPad membuka pelbagai potensi bagi aplikasi yang berteraskan visual. Aplikasi seperti IMDB dan Fliboard adalah paling memuaskan jika dimainkan pada iPad (ataupun tablet yang serupa), bukan pada telefon pintar mahupun komputer. Saiz thumbnail yang besar, gambar/antaramuka berkualiti tinggi, serta ketiadaan elemen-eleman web yang menganggu; membuatkan kita lebih menghargai dan menikmati pengalaman menggunakan aplikasi tersebut.

Biasanya saya jarang mencuba aplikasi pada iPad (saya hanya menggunaka iPad untuk membaca Kindle), namun baru-baru ini saya secara tidak sengaja telah memasang Aweditorium. Ianya merupakan aplikasi untuk meneroka muzik yang baru. Continue reading

Sembunyikan aplikasi anda dengan Tray It

Sewaktu bekerja dengan pelbagai aplikasi yang dijalankan, saya dapati tugas yang paling membazirkan masa saya adalah bertukar di antara tetingkap. Saya menggunakan kekunci pintas Alt+Tab, dan kadang-kadang taskbar untuk mencari tetingkap yang ingin saya buka, namun masih sukar.

Tray It!_2011-10-11_09-58-40

Salah satu cara yang saya cuba untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan menggunakan Tray It, di mana ia dapat menyembunyikan sesebuah aplikasi daripada taskbar, mahupun Alt+Tab. Contoh aplikasi yang saya sembunyikan ialah Windows Media Player, di mana saya masih ingin memainkan lagu tetapi tidak memerlukan tetingkap WMP untuk dibuka.

Untuk menyembunyikan satu-satu aplikasi, hanya klik kanan pada butang Minimize, dan pilih “Place in System Tray”. Untuk mengembalikan tetingkap tersebut,

Windows Media Player_2011-10-11_09-57-17

Untuk mengembalikan tetingkap tersebut kepada asal, pergi kepada Tray It, klik kanan pada ikon yang berkenaan, dan pilih “Restore Window”

Greenshot_2011-10-11_10-01-53

Anda boleh muat turun Tray It di sini.

Tangkap screenshot dengan mudah menggunakan Greenshot

Agak sukar untuk saya mencari perisian screenshot yang bagus dengan harga yang berpatutan. Sebelum ini saya menggunakan FastStone Capture dan SnagIt, namun harga kedua-duanya adalah agak mahal.

Mujurlah baru-baru ini saya berjumpa dengan perisian sumber terbuka yang dipanggil Greenshot. Dari segi fungsi yang ditawarkan, ianya sangat menyerupai FastStone Capture di mana anda boleh:

  • Menetapkan kawasan yang ingin ditangkap secara manual (Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan tetingkap (Alt + Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan skrin (Ctrl + Prt Scr)

_2011-10-10_10-31-03

Greenshot juga menyediakan editor untuk anda menyunting gambar yang telah ditangkap. Anda boleh menambah anak panah, garisan, perkataan, dan banyak lagi.

Greenshot image editor - Greenshot_2011-10-10_10-42-22.png_2011-10-10_10-54-31

Greenshot merupakan sebuah perisian yang sangat fokus dan minimal. Dari segi antaramuka, selain daripada editor, antaramuka Greenshot hanyalah sebuah ikon pada taskbar. Dari segi fungsi pula, Greenshot hanya memiliki fungsi yang penting sahaja dan tidak menyemakkan dirinya dengan fungsi-fungsi lain yang kurang berguna (seperti apa yang berlaku pada SnagIt). Yang paling penting sekali, Greenshot adalah percuma dan sumbernya adalah terbuka, sebab itulah ia menjadi perisian screenshot pilihan saya kini.

Apa yang saya harapkan pada versi Greenshot yang akan datang, adalah ia membenarkan anda untuk mengubah tetapan hotkey, serta menambah fungsi resize pada editor.

Adalah boleh muat turun Greenshot di sini.

Cari makna perkataan dengan WordWeb

Daripada pengalaman saya, untuk mahir dalam Bahasa Inggeris, adalah lebih elok bila kita merujuk kepada kamus Inggeris-Inggeris berbanding dengan Inggeris-Melayu. Ini kerana ia akan melatih kita untuk membiasakan diri dengan struktur ayat serta bagaimana perkataan tersebut digunakan, bukan hanya sekadar terjemahan tersebut perkataan sahaja.

Untuk mencari makna sesuatu perkataan, biasanya kita menggunakan Google. Hanya taipkan ‘define: perkataan’ dan Google akan memaparkan maksudnya dalam Bahasa Inggeris.

Namun jika anda mahukan perisian yang boleh berfungsi tanpa sambungan Internet, gunakan WordWeb. Bukan sahaja ia lebih pantas, malah ia boleh dilancarkan dari mana-mana aplikasi lain dengan menekan kekunci: Ctrl + Klik kanan (pada perkataan yang anda ingin cari maknanya).

SNAGHTML8d4996f

WordWeb adalah perisian kamus Inggeris ke Inggeris. Selain menerangkan maksud perkataan, ia juga memaparkan sinonim, antonim, serta perkataan yang hampir sama maksudnya (thesaurus).

Gunakan WordWeb untuk membantu anda memahirkan diri dalam Bahasa Inggeris. Cara paling berkesan untuk tujuan tersebut adalah dengan banyakkan membaca. Tidak kiralah samada anda minat novel, berita, ataupun artikel berkenaan teknologi – hanya teruskan membaca!