SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Category: Sembang Editor


Beberapa Berita Terkini

14 April, 2008 (10:10) | Sembang Editor | Oleh: MK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca SembangKomputer.com. Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari yang indah ini, dan kerana kita masih mampu bernafas dengan selesa.

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana tiada sebarang entri pada 3 hari yang lepas, dan tidak membalas sebarang komen yang diberi. Sebenarnya saya sedang mengikuti latihan Askar Wataniah sepanjang 3 hari tersebut.

Saya juga telah menerima banyak soalan dari pengunjung, samada dari emel mahupun di ruangan komen. Oleh kerana jadual saya yang agak padat sekarang (semester akhir beb.. argh), saya tak mampu nak jawab kesemuanya sekali. Tapi jangan bimbang kerana soalan-soalan anda semua telah disimpan, dan akan dijawab satu-persatu, InsyaAllah.

Walaupun dalam kesibukan yang amat ni, sempat juga saya menjadi penulis jemputan di InfoMalaya.com. InsyaAllah saya akan cuba menyumbang sesuatu yang berinformasi di sana.

Terima kasih kepada semua pengunjung SembangKomputer.com. Tanpa awak semua, siapalah blog ini ^^

Popularity: 26% [?]

Entri Pilihan Bulanan - Mac 2008

1 April, 2008 (16:29) | Sembang Editor | Oleh: MK

Alhamdulillah, bulan Mac telah berlalu dan kini tibalah April 2008. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.

Mulai dari bulan ini, saya akan membuat satu entri khas untuk menyenaraikan entri-entri pilihan sepanjang bulan itu. Jadi, di sini adalah 10 entri terbaik sepanjang Mac 2008:

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kerana sejak kebelakangan ini, saya kurang aktif menulis blog ini berbanding biasa. Sebenarnya saya sudah tamat menjalani latihan praktikal, dan kini telah kembali ke JMTi untuk menyiapkan projek tahun akhir serta beberapa perkara lain bagi mendapatkan diploma saya. InsyaAllah saya akan cuba membahagikan masa dengan bijak. Doakan saya berjaya ya ^^

Popularity: 22% [?]

Salam Maulidur Rasul

20 March, 2008 (22:35) | Sembang Editor | Oleh: MK

12 Rabiulawal adalah detik lahirnya seorang kekasih. Kekasih saya, kekasih anda, kekasih kita semua. Kekasih Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jom, luangkan sedikit masa kita untuk memperingati sebuah kisah baginda:

Teruskan membaca »

Popularity: 17% [?]

Gomen Nasai >_<

4 March, 2008 (09:42) | Sembang Editor | Oleh: MK

Saya ingin meminta maaf kepada pengunjung SembangKomputer.Com yang ada menghantar emel kepada saya. Berlaku sedikit kekacauan jiwa pada komputer saya dan akibatnya, semua emel dalam Microsoft Outlook saya telah hilang >_<. Saya terpaksa restore semula fail Ghost selepas itu.

Terdapat beberapa emel yang belum saya balas lagi di situ. Malangnya, saya tak ingat elamat emel tersebut. Jika anda salah seorang daripadanya, sila hantarkan kembali soalan anda ke khairul@sembangkomputer.com

Harap maaf. Gomen Nasai~~

P/S: Lepas ni saya nak guna Opera je untuk baca emel, barulah tak hilang emel-emel tu. Huhu.

Popularity: 18% [?]

George W. Bush Adalah Satu Kegagalan

25 February, 2008 (15:38) | Laman Web, Sembang Editor | Oleh: MK

Okay adik-adik, mari kita cuba aktiviti ni:bush-failure

Sememangnya banyak yang boleh kita pelajari dari teknologi ^^

[Dari MakeUseOf]

Popularity: 19% [?]

Error Itu Muzik Di Hatiku

19 February, 2008 (18:28) | Masalah Komputer, Sembang Editor | Oleh: MK

Bunyi yang dikeluarkan oleh Windows sewaktu berlaku error biasanya memang menyakitkan hati. Namun, nampaknya kini ia telah dijadikan muzik yang amat sedap didengar ^^. Saksikan video YouTube ini:

[Dari DownloadSquad]

Popularity: 21% [?]

8 Perkara Rawak Tentang Muhammad Khairul

19 February, 2008 (14:59) | Sembang Editor | Oleh: MK

Sekali lagi saya telah menjadi mangsa tag, kali ini oleh Soleh.net. Oleh kerana hari ini saya rasa gembira, saya buat tag ni sekali lagi ^^. Jadi, rehatkan fikiran anda dari komputer sebentar, dan bacalah 8 Perkara Rawak Tentang Saya:

Teruskan membaca »

Popularity: 19% [?]

8 Perkara Yang Anda Tak Tahu Tentang SembangKomputer.Com

4 February, 2008 (11:54) | Sembang Editor | Oleh: MK

Ops, kena tag pula oleh Emptyspace. Jadi, di sini saya senaraikan 8 perkara yang anda tak tahu tentang SembangKomputer.Com:

  • SembangKomputer.Com lahir pada 27 Januari 2008. Entri-entri sebelum itu diambil dari SmallMan.Wordpress.Com yang baru berusia 2 bulan lebih.
  • Kenapa abangnya bernama SmallMan.Wordpress.Com? Itu kerana Khairul dalam keadaan terburu-buru ingin membuat satu blog teknologi untuk diiklankan ke dalam Bengkel Membaiki Komputer di JMTi. Tak tahu nak tulis URL pe, main hentam je lah. Nasib baik domain baru ni nama molek sikit ^^
  • Kos untuk domain dan hosting berjumlah RM 155 dan telah menghabiskan satu setengah bulan punya duit belanja. Tapi tak beritahu kat abah pun >_<

Teruskan membaca »

Popularity: 17% [?]

Selamat Datang ke SembangKomputer.Com!

28 January, 2008 (15:15) | Sembang Editor | Oleh: MK

Alhamdulillah, setelah tiga bulan SmallMan.Wordpress.Com didirikan di atas platform Wordpress.Com, saya bercadang untuk memindahkan blog tersebut ke atas satu web hosting. Dan inilah hasilnya, SembangKomputer.Com!

Rumah baru, cat baru la ye tak. Tema yang saya gunakan buat masa ini adalah iTheme dari nDesign Studio. Perhatikan bahawa bar di sisi sebelah kanan blog ini boleh dipindahkan dengan sesuka hati, weee… Anda juga boleh klik butang hijau kecil yang akan menyembunyikan kandungan satu - satu bahagian.

Teruskan membaca »

Popularity: 18% [?]

RM250 untuk sebuah PC, Ada Yang Berminat?

16 January, 2008 (16:06) | Perisian, Sembang Editor | Oleh: MK

Baru sahaja terbaca entri ini dari melayubuntu: bina PC sendiri dengan kos $72 sahaja (dari Popular Science). Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia, PC ini cuma berharga RM 250 sahaja. Dengan CPU jenis Intel Celeron 500Hz, 128MB SDRAM, dan USB Drive (ia tidak memerlukan hard disk), PC ini sudah cukup untuk tujuan menaip dan melayari Internet. OS yang digunakan adalah Damn Small Linux, satu jenis OS Linux yang popular kerana saiznya yang amat kecil.

Bagi saya, kreativiti seperti ini adalah sangat menarik. Oleh kerana ramai orang terlalu mengikut trend dan perkembangan teknologi, mereka berlumba - lumba meningkatkan keupayaan PC masing - masing dengan menambah graphic card, RAM, casing yang canggih, dan macam - macam lagi. Kalau PC tersebut digunakan untuk tugas - tugas yang berat (image processing, video editing) lain cerita, tapi menghabiskan sejumlah duit yang banyak hanya untuk bermain permainan komputer adalah satu perbuatan yang membazir.

Teruskan membaca »

Popularity: 13% [?]