SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Category: Tips Windows


Install Windows XP Secara Automatik Dengan Unattended Windows

30 March, 2008 (10:59) | Perisian, Tips Windows | Oleh: MK

Sebagai seorang pelajar jurusan komputer, kami seringkali diminta untuk install Windows XP ke dalam PC di bengkel. Namun proses install Windows XP ini biasanya mengambil masa, lebih - lebih lagi pada PC lama.

Jadi, saya telah burn satu CD Windows XP yang akan memasukkan nama, no siri, serta menetapkan tarikh dan masa secara automatik. Dengan ini, saya hanya perlu format hard disk dan tetapkan saiz partition sahaja manakala proses yang selebihnya akan diuruskan oleh Windows. Saya tidak perlu lagi tunggu di hadapan komputer untuk menekan butang Next satu - persatu. Kaedah ini dipanggil sebagai Unattended Windows Installation.

Untuk membuat CD ini, anda boleh menggunakan software nLite. Download dan install nLite, dan ikuti langkah - langkah berikut:

Teruskan membaca »

Popularity: 61% [?]

Tetapkan Drive Letter Bagi USB Drive Anda

29 March, 2008 (14:57) | Tips Windows | Oleh: MK

Setiap kali anda memasukkan USB drive kepada PC, drive letter bagi USB drive tersebut akan berubah-ubah. Contohnya, kadang - kadang USB drive anda berada pada H:, dan kadang - kadang ia berada pada I:. Keadaan ini berlaku kerana Windows akan meletakkan mana-mana drive letter yang tidak digunakan kepada USB drive tersebut.

Tahukah anda bahawa anda boleh menetapkan USB drive anda kepada satu drive letter khas? Ini sangat berguna jika anda selalu membuat backup terhadap USB drive anda. Ikuti langkah - langkah di bawah.

Teruskan membaca »

Popularity: 37% [?]

5 Cara Untuk Lajukan Windows XP

23 March, 2008 (00:37) | Masalah Komputer, Tips Windows | Oleh: MK

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:

Teruskan membaca »

Popularity: 100% [?]

Windows XP: Hiberfil.sys, Pagefil.sys Membebankan Harddisk

22 March, 2008 (06:43) | Masalah Komputer, Tips Windows | Oleh: NoktahHitam

Ini adalah entri undangan dari en. NoktahHitam

Pernahkah anda tertanya, kenape drive C: nampak kecil, sedangkan file semuanya di drive lain? Mungkin juga anda tertanya, kenape Hiberfil.sys dan Pagefil.sys ni sangat besar pada drive C:? Apakah fungsi mereka?

Hiberfil.sys ini adalah file sementara ketika Windows XP sedang hibernate (atau idle). Ia wujud untuk menangkap gambaran system sebelum proses hibernate. Biasenye file ni sebesar 400Mb - 1.5 Gb .

Manakala Pagefil.sys ni pula adalah file sementara (Virtual Memory) Windows XP ketika ia sedang beraksi. Ini ‘kononnya’ dapat mempercepat lagi Windows anda. Lazimnya saiz file ini adalah 500Mb - 3 Gb.

Sebelum apa-apa, biar saya terangkan kenape file-file macam ni tak patut ada.

  1. Membebankan hard disk anda kerana saiznya besar
  2. Lambat untuk buka ‘My Computer’ atau ‘My Document’
  3. Hard disk anda akan cepat ‘kong’
  4. Space atau ruang ini dapat digunakan untuk file lain

Cara Nak Lupuskan atau Kurangkan Hiberfil.sys dan Pagefil.sys

Teruskan membaca »

Popularity: 68% [?]

Bagaimana Nak Menggunakan Komputer Tanpa Mouse: Gunakan MouseKeys

13 March, 2008 (15:13) | Masalah Komputer, Tips Windows | Oleh: MK

Pernah tak anda mengalami keadaan di mana, anda harus menggunakan komputer tanpa mouse? Mungkin mouse anda hilang, mmungkin juga ianya rosak. Sekiranya ia berlaku, jangan lupa untuk rujuk kembali artikel ini, tentang cara-cara nak menggunakan komputer tanpa mouse.

  • Tekan Win + R bagi melancarkan kotak Run. Taipkan "access.cpl" dan tekan Enter.
  • mousekeys-02 
  • Accessibility Options akan terbuka. Tekan Ctrl+Tab untuk pergi ke tab MouseKeys.
  • Tandakan pada kotak "Use MouseKeys" dengan menekan space pada keyboard anda. Tekan Enter.
  • mousekeys-01

Kini anda boleh menggerakkan mouse anda dengan menggunakan Numeric Key Pad anda, iaitu bahagian nombor yang terletak pada kanan keyboard. Gunakan nombor 1 hingga 9 untuk menggerakkan mouse ke arah masing-masing. Untuk klik pula, gunakan:

  • 5 untuk left-click
  • + untuk double-click
  • - untuk right-click, diikuti dengan 5
  • / untuk kembali kepada left-click

numpad

Numpad, gambar asal dari Wikipedia (klik untuk besarkan)

Tunggu lagi pos saya akan datang tentang cara-cara nak ‘hidup’ tanpa menggunakan mouse, hehe. Tunggu ya ^^

Popularity: 49% [?]

Hibernate, Dan Biarkan PC Anda Tidur

22 February, 2008 (04:45) | Istilah Komputer, Tips Windows | Oleh: MK

hibernateIni satu fakta: saya tak pernah Shut Down PC saya. Ops, adakah itu bermakna PC saya terpasang 24 jam tanpa henti? Tidak sama sekali! Kalau saya biarkan ia terpasang saja sepanjang hari, dah tentu saya akan menyumbang kepada pembaziran elektrik. Dan membazir itu amalan syaitan, tak elok ^^

Teruskan membaca »

Popularity: 75% [?]

Membaiki “MSVCP71.dll was not found”

14 February, 2008 (23:47) | Masalah Komputer, Tips Windows | Oleh: MK

Masalah: Setiap kali saya nak buka (perisian), satu message box keluar:

“This application has failed to start because MSVCP71.dll was not found. Re-installing the application may fix this problem. ”

Penyelesaian: Download MSVCP71.dll dan letakkannya di dalam C:\Windows\system32

Popularity: 36% [?]

Cara Nak Buang Eksplorasi.exe

14 February, 2008 (02:31) | Masalah Komputer, Tips Windows | Oleh: MK

Pagi ni, saya ON kan komputer pejabat, dan keluarlah satu message box:

eksplorasi01.png

Jika PC anda dapat message box yang sama, bererti ia pernah dijangkiti oleh virus Brontok. Kalau anda dah scan PC tersebut dengan antivirus, anda tidak perlu risau lagi kerana message box itu hanyalah tinggalan virus Brontok dalam registry.

Untuk membuang message box ini dari terus muncul dalam Windows, ikuti langkah-langkah berikut:

Teruskan membaca »

Popularity: 59% [?]

Ketahui Alamat IP Anda Dengan Mudah

8 February, 2008 (08:50) | Laman Web, Perisian, Tips Windows | Oleh: MK

Kalau anda nak mengetahui alamat IP anda, ada dua cara mudah yang ingin saya kongsi:

  1. Layari laman web What is My IP dan alamat IP anda akan terus terpampang di bahagian atas laman web tersebut.
  2. Gunakan perisian IP2. Hanya klik pada butang “Find My IP addresses” dan IP2 akan memaparkan alamat IP bagi LAN IP dan WAN IP anda.

Popularity: 36% [?]

Bagaimana Untuk Mencari Nama Driver

6 February, 2008 (19:16) | Masalah Komputer, Perisian, Tips Windows | Oleh: MK

Setelah anda format Windows, perkara pertama yang harus dipasang sudah tentulah driver. Tapi, ops, apa nama driver saya ye? Oleh kerana Windows baru sahaja format kembali, sudah tentu ia tidak akan memaparkan kad grafik (graphic card) atau kad bunyi (sound card) apakah yang anda sedang guna. Jadi, macam mana nak tahu apakah nama driver dalam komputer?

Teruskan membaca »

Popularity: 41% [?]