Aplikasi untuk screenshot adalah kawan terbaik bagi seorang blogger.
Ok, mungkin kawan kedua terbaik selepas milo panas buat peneman sewaktu anda menaip.
Pada Windows dan Mac, jika anda ingin software untuk screenshot yang cukup fungsinya, biasanya ia adalah sangat mahal (contohnya SnagIt pada Windows dan LittleSnapper pada Mac). Mujurlah buat pengguna Linux, aplikasi Shutter adalah percuma.
Bagi tugas menangkap screenshot, anda boleh memilih bahagian yang anda ingin tangkap secara manual ataupun pilih mana-mana window secara automatik. Anda juga boleh menangkap menu daripada aplikasi yang lain.
Bagi tugas edit screenshot pula, fungsi-fungsi asas untuk menyunting imej adalah disediakan termasuklah crop, menambah teks, dan melukis anak-panah.
Anda boleh dapatkan Shutter untuk Linux di sini.






