Category Archives: Windows

Lancarkan program yang memerlukan kebenaran admin pada startup

Sesetengah program seperti Everything dan ClipX tidak dapat dimasukkan ke dalam senarai startup kerana ia memerlukan kebenaran admin.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh menggunakan Task Scheduler iaitu sebuah fungsi terbina dalam Windows yang bertugas untuk menjalankan apa-apa program mengikut jadual yang tertentu.

Dengan Task Scheduler, kita akan melancarkan program seperti Everything dan ClipX secara automatik setiap kali Windows dimulakan. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Continue reading

Cara berkongsi folder dalam network yang sama

Servis cloud storage seperti Dropbox semakin popular kini bukan sahaja untuk kegunaan peribadi, malah di tempat kerja. Dengan Dropbox, satu pejabat boleh berkongsi dokumen-dokumen melalui Internet. Namun servis seperti ini mempunyai had ruangan, contohnya akaun percuma Dropbox hanya boleh menyimpan sekitar 5GB ke 18GB. Jadi biasanya ia digunakan untuk berkongsi fail bersaiz kecil seperti dokumen Word, Excel, dan PDF.

Jika anda mempunyai folder bersaiz besar untuk dikongsi terutamanya bagi foto dan video, adalah lebih mudah jika anda kongsikannya menggunakan fungsi folder sharing yang memang sedia terbina dalam Windows. Bukan sahaja cara ini percuma, malah tiada had dikenakan pada saiz folder. Kongsilah sebanyak mana yang boleh selagi termuat dalam hard disk anda.

Cara ini membolehkan perkongsian folder bagi komputer yang berada dalam LAN/WLAN yang sama, bukan melalui Internet seperti Dropbox. Sebab itulah ianya sesuai digunakan di rumah dan pejabat di mana kesemua komputer berada dalam satu network. Ikuti langkah-langkah berikut:

Continue reading

Cara-cara install Windows 8

Windows 8 merupakan Windows terbaru dari Microsoft yang dilancarkan kepada orang ramai pada Oktober 2012 yang lalu. Ia membawa banyak perubahan, terutamanya dalam menyelaraskan user experience pada komputer, tablet, dan smartphone. Windows 8 juga memperkenalkan user interface baru yang dibina berdasarkan “Metro”.

Jika anda masih menggunakan Windows yang terdahulu, anda mungkin tertanya-tanya, mengapa anda perlu upgrade? Apa kelebihannya Windows 8? Apa yang saya boleh katakan adalah selain daripada sekuriti dan prestasi yang lebih baik, user interface “Metro” itu sendiri berbaloi untuk dicuba.

Cara terbaik untuk mengetahui betapa bagusnya sebuah operating system adalah dengan mencubanya sendiri. Artikel kali ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 8 (anda juga boleh download artikel ini dalam bentuk PDF). Anda boleh upgrade Windows anda dengan mudah tanpa membuang dokumen anda, namun pastikan anda telah membuat backup terlebih dahulu. Mari kita mula:

Nota: Anda juga boleh melihat video tutorial untuk cara install Windows 8 di sini.

Nota 2: Jika anda ingin install Windows menggunakan USB drive, baca artikel ini.

Continue reading

Padam monitor secara automatik sambil meneruskan download

Bagi peminat tegar filem seperti saya, saya suka membiarkan komputer terpasang pada waktu malam untuk download filem menggunakan jDowloader. Namun silau daripada monitor adalah tidak baik untuk dibawa tidur ya adik-adik. Jadi saya tetapkan supaya monitor dipadam secara automatik sambil membiarkan muat-turun dijalankan.

Untuk membuat tetapan ini, buka Control Panel dan cari “Edit power plan”. Atau jika anda menggunakan laptop anda boleh tekan pada ikon bateri di Taskbar, dan pilih “Power Options”, kemudian pilih “Change plan settings”.

power-options-settings

Pada tetingkap yang seterusnya, ubah tetapan mengikut kesesuaian. Seperti contoh yang saya letakkan di atas, saya tetapkan “Turn off the display” kepada 5 minit. Pastikan “Put the computer to sleep” diletakkan pada ‘Never’ kerana anda masih ingin membiarkan proses download berjalan.

Bagaimana nak mengetahui kata laluan Wi-Fi yang telah dimasukkan dahulu

Biasanya apabila anda sudah mendapatkan kata laluan bagi rangkaian Wi-Fi, ianya akan dimasukkan secara automatik setiap kali anda berada di kawasan tersebut, jadi anda tidak perlu mengingatnya lagi.

Bagaimana pula juga anda igin berkongsi kata laluan tersebut dengan orang lain? Senang sahaja, anda boleh mendapatkannya kembali. Mula-mula tekan pada ikon Wi-Fi pada taskbar anda, dan pilih ‘”Open Network and Sharing Center”.

_2011-11-18_12-32-01

Dari sidebar kiri, pilih “Manage wireless networks”

network-sharing-center-02

Klik kanan pada rangkaian Wi-Fi yang ingin anda ketahui, dan pilih ‘Properties’.

network-sharing-center-03

Pergi ke tab ‘Security’, dan tandakan pada kotak “Show characters”. Anda akan dapat melihat kata laluan yang telah dimasukkan bagi rangkaian Wi-Fi tersebut.

network-sharing-center-04

Selesaikan masalah komputer yang asyik restart dalam Safe Mode

Jika komputer anda asyik restart dalam Safe Mode dan anda tidak tahu apa sebabnya, anda boleh membaikinya kembali dengan mudah, ikuti langkah di bawah:

1. Klik pada Start Menu, dan taip Run.

2. Taip msconfig dan klik OK.

Taip 'msconfig' ke dalam kotak Run

3. Pada tab Boot, kosongkan kotak “Safe boot” dan klik OK.

Buang tanda pada kotak 'Safe boot'

Restart komputer anda dan Windows akan masuk kembali seperti biasa, tanpa Safe Mode.