SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Category: Wordpress


Install Wordpress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico

19 August, 2008 (01:00) | Buat Blog, Wordpress | Oleh: MK

Pada entri yang lepas, saya telah menerangkan dengan panjang lebar tentang cara-cara untuk memasang Wordpress pada domain dan hosting anda sendiri. Ini merupakan cara yang manual. Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, anda bolehlah menggunakan Fantastico De Luxe.

Nota: Bergantung kepada syarikat yang menyediakan hosting untuk anda, aplikasi Fantastico ini mungkin ada ataupun tidak. Semak dengan pakej yang beli dari syarikat tersebut terlebih dahulu.

Fantastico De Luxe akan menjalankan sebahagian besar proses pemasangan Wordpress secara automatik. Anda tidak perlu download fail Wordpress dan upload ke server, buat database dan sebagainya. Apa yang perlu anda buat hanyalah isi beberapa maklumat, dan blog Wordpress anda akan siap sedia untuk digunakan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menjalankan proses pemasangan Wordpress melalui Fantastico:

Teruskan membaca »

Popularity: 4% [?]

Cara-Cara Nak Buat Blog Pada Domain Sendiri Dengan Wordpress

10 July, 2008 (23:27) | Buat Blog, Wordpress | Oleh: MK

blog-wordpress-00
(Kredit imej kepada raydawg88)

Dalam isu yang lepas, saya telah menerangkan tentang apa itu blog dan betapa mudah untuk memiliki blog anda sendiri. Anda boleh membuat blog secara percuma di Wordpress.com ataupun Blogspot. Namun jika anda betul-betul serius dengan blog anda, anda patut dapatkan domain anda sendiri. Dan, ianya tidaklah semahal atau sesusah yang anda sangka! Jom ikut panduan di bawah:

Dapatkan Domain dan Hosting

Ok, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah membeli domain dan hosting. Domain adalah alamat untuk blog anda, contohnya di www.nama-saya.com. Hosting pula adalah tempat anda simpan segala fail dan data bagi blog.

Anda boleh dapatkan domain dan hosting ini dari DataKL, atau mana-mana syarikat yang lain. Pakej paling murah di DataKL sekarang hanya RM60 (hosting) + RM30 (domain). Ini bermakna anda hanya perlu bayar RM90 sahaja, untuk setahun. Ok la tu, topup handset pun tak murah camtu :p 

Terdapat pelbagai cara untuk membuat bayaran, kalau nak senang pergi ke mesin deposit Maybank dan masukkan duit ke dalam akaun Maybank DataKL. DataKL akan memberi anda user name dan password untuk laman web anda.

Teruskan membaca »

Popularity: 36% [?]

7 Plugin Wordpress Untuk Memudahkan Kerja Anda

11 June, 2008 (07:36) | Wordpress | Oleh: MK

Produktiviti merupakan satu kata kunci yang penting bagi seorang penulis blog. Sekiranya ada jalan yang membolehkan kami bekerja dengan lebih pantas (walaupun bezanya hanya beberapa saat), itu lebih baik. Nasib baiklah Wordpress menyediakan pelbagai plugin yang akan dapat memudahkan kerja anda. Di sini saya ingin perkenalkan tujuh plugin Wordpress yang akan dapat membantu penulis blog supaya lebih cekap dan efisien:

Teruskan membaca »

Popularity: 37% [?]

Pindahkan Blog Dari Blogspot Ke Wordpress

17 May, 2008 (17:13) | Buat Blog, Wordpress | Oleh: MK

blogger-wp
Imej: Tantek

Shandye ada bertanyakan tentang cara-cara nak memindahkan blog beliau dari Blogspot ke Wordpress. Ini sememangnya bukan satu masalah. Anda boleh memindahkan kesemua entri yang telah ditulis dalam Blogspot ke dalam blog baru di Wordpress (samada Wordpress.com atau Wordpress.org). Anda juga boleh membuatkan pengunjung yang melawat blog lama anda supaya dibawa kepada blog baru secara automatik. Ikuti langkah-langkah berikut:

Teruskan membaca »

Popularity: 43% [?]

Apa Itu Blog?

20 April, 2008 (03:08) | Buat Blog, Istilah Komputer, Laman Web, Wordpress | Oleh: MK

Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.

viking

imej: ©athrine

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

Teruskan membaca »

Popularity: 89% [?]

Buat Blog Peribadi Dan Simpan Dalam Komputer Anda Sendiri, Tak Perlu Siarkan Di Internet

3 March, 2008 (16:20) | Laman Web, Perisian, Wordpress | Oleh: MK

Pernahkah anda terfikir ingin memiliki blog peribadi? Maksud saya, blog yang disimpan di dalam komputer anda, dan boleh edit secara offline. Blog ini tidak akan tersiar di Internet, kerana ianya adalah milik anda seorang sahaja.

Antara dua kegunaan blog peribadi ini:

  • Sebagai diari atau jurnal. Fungsinya sama seperti diari yang anda tulis dalam Microsoft Word. Cuma dalam blog Wordpress, ianya lebih cantik. Dan anda mudah untuk menyusun entri-entri anda mengikut kategori-kategori yang tertentu.
  • Pandu uji Wordpress. Jadikan blog peribadi ini sebagai tempat untuk menguji plugin dan theme. Dengan ini, anda boleh membuat pelbagai pengubahsuaian terhadap Wordpress tanpa perlu risau ia akan merosakkan blog anda.

Cara nak buat blog Wordpress peribadi ini mudah sahaja. Anda hanya perlu install server dan Wordpress di dalam komputer anda. Ops, bunyi macam susah je. Ok, ada satu cara yang lebih mudah. Kita akan menggunakan WOS Portable. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Teruskan membaca »

Popularity: 74% [?]

Sila Klik Untuk Besarkan Gambar, Terima Kasih

28 February, 2008 (09:12) | Wordpress | Oleh: MK

rightbrainer-128 Adakah gambar yang disertakan dalam entri SembangKomputer.Com terlalu kecil? Ops, jangan susah-susah tenung monitor tu dekat-dekat, nanti rosak mata ^^. Anda hanya perlu klik pada gambar tersebut, dan imej yang lebih besar akan dipaparkan.

Fungsi ini dicapai menggunakan plugin Thumbnail Viewer untuk Wordpress. Bagi yang ingin tahu, berikut adalah kelebihan menggunakan Thumbnail Viewer dalam blog teknologi macam SembangKomputer.com ni:

Teruskan membaca »

Popularity: 42% [?]

Balas Komen Dengan Brian’s Threaded Comments

19 February, 2008 (18:08) | Wordpress | Oleh: MK

brian_comments Tahu tak betapa malasnya saya nak skrol komen-komen pada satu-satu blog, hanya kerana nak lihat jika komen saya dibalas atau tidak? Ya, memang saya malas. Sehinggalah saya terlihat ruangan komen pada blog Bro Mael dan terfikir, “Wow, menarik!”

Brian’s Threaded Comments membuatkan ruangan komen pada blog anda lebih mudah dibaca. Balasan terhadap satu-satu komen akan dipaparkan terus di bawah komen tersebut. Cara ini dapat memudahkan pembaca mengikuti perbincangan dalam komentar yang diberikan. Berminat? Ikuti langkah-langkah berikut untuk install Brian’s Threaded Comments pada Wordpress anda:

Teruskan membaca »

Popularity: 45% [?]

Jom Tulis Blog Dengan Windows Live Writer!

17 February, 2008 (15:20) | Perisian, Wordpress | Oleh: MK

windows_live01 Walaupun anda seorang anti-Microsoft, kini ada satu produk dari mereka yang harus dicintai. Um, kalau anda seorang penulis blog la. Ianya sudah tentulah Windows Live Writer! Perisian ini membolehkan anda menulis blog dalam suasana WYSIWYG (What You See Is What You Get). Ini bermakna, apa yang anda tulis pada Windows Live Writer, macam tu lah yang akan keluar pada blog anda. Saya dah gunakan perisian ini untuk platform Wordpress, dan hasilnya sangat memuaskan ^^

Teruskan membaca »

Popularity: 40% [?]

Cara-cara Menukar Tema Wordpress

5 February, 2008 (17:24) | Wordpress | Oleh: MK

Jadi, anda telah mempuyai domain sendiri dan berjaya memasang Wordpress. Tahniah! Mungkin anda masih baru dalam Wordpress.org ini, tercari-cari dan terkapai-kapai kebingungan. Jangan risau, anda juga seperti saya seminggu yang lepas, bermula dari sifar ^^”. Pada kali ini, saya ingin tunjukkan cara menukar tema pada Wordpress. Tidak seperti Wordpress.Com, Wordpress.Org memerlukan kita untuk muat turun dan pasang tema secara manual. Jom mula!

Teruskan membaca »

Popularity: 32% [?]