Tips Google Chrome: Buat Carian Khusus Laman Web Terus Dari Address Bar

Seperti yang anda telah ketahui, address bar pada Google Chrome bukan sahaja berfungsi untuk menaip alamat URL, malah boleh digunakan untuk membuat carian Google (atau mana-mana enjin carian pilihan anda).

Namun tahukah anda bahawa anda boleh membuat carian bagi laman web itu sendiri? Sebagai contoh, anda mungkin selalu pergi ke YouTube dan mencari video menggunakan kotak carian yang disediakan. Namun anda boleh lakukan semua ini terus dari address bar pada Google Chrome.

Caranya adalah dengan menaip URL laman web dan tekan tab. Perkataan pada address bar akan bertukar kepada “Search (nama laman web)” dan anda boleh masukkan apa yang ingin dicari, dan terus tekan Enter.

Fungsi ini tampak kecil, namun ia telah menjimatkan satu langkah dalam urusan Internet harian anda. Bayangkan berapa banyak masa dan tenaga dapat anda jimatkan apabila fungsi ini digunakan selalu.

Nota: Untuk memastikan fungsi ini berfungsi bagi laman web yang ingin dicari, pastikan anda telah menggunakan kotak carian yang asal di laman web tersebut sekurang-kurangnya sekali.

5 thoughts on “Tips Google Chrome: Buat Carian Khusus Laman Web Terus Dari Address Bar

  1. accidentally tahu tentang benda ni masa nk cari something kat youtube the other day.

    extremely useful as it saves a lot of time sbb boleh search terus dari address bar daripada kena pg ke that actual website dan taip pada search box-nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">