Bagi operasi copy dan paste, Windows hanya membenarkan anda copy satu fail/teks sahaja dalam satu masa.
Katakan anda ingin menyalin username dan password dari satu fail ke dalam pelayar web anda. Anda perlu copy username, paste ke dalam browser, kembali kepada fail untuk copy password, dan paste semula ke dalam browser. Operasi yang berulang ini membazirkan masa.
Dengan ClipX, anda boleh copy berapa banyak teks/fail sekaligus. Kemudian anda boleh pilih untuk paste mana-mana teks/fail tersebut dengan klik Ctrl+shift+V. Semudah itu sahaja.
Bagi orang yang tidak pernah menggunakan utiliti pengurusan clipboard seperti ClipX, biasanya mereka menganggap ianya sebagai tidak perlu. Namun setelah menggunkannya, ia menjadi satu alat yang paling diperlukan dalam urusan kerja seharian.
[Laman web: ClipX]

wah, cam memudahkan keje je tu
sememangnya bagus utilities ini. dah lama aku cari jgk ni. fikir xde. hehehhe
Yang susah pasti ada senang nya.. hehe.. macam2 dah kemudahan dah ada sekarang.. tinggal kita je nak memilihnya.
Menarik,memang sangat-sangat bagus untuk menjimatkan masa
baru tau..nice info
terpegaruh sikit ngan fungsi
iphone.ade copy&paste.hehehe….
Eh ramai gak yang suka utiliti macam ni ek, terharu la aku hihi ^_^
biasa pakai alt+tab utk tukar2 window, then copy paste. huhu
Haha tu lah, aku dulu pun biasa alt+tab jugak, sampai sakit jari sebab banyak sangat tekan keyboard :p
macam menarik jerk, kena cuba ni. :)
tak berapa paham dgn fungsinya yg mcm ne.. kalo ada video kan senag :)
Cet nak mintak video tu la eh eh eh. Nanti la kalau aku rajin, huhu~~