Copy Banyak Teks Dan Fail Dengan CLCL

clcl Ctrl+C dan Ctrl+V mungkin merupakan Shortcut Key yang paling kerap kita gunakan seharian. Fungsi kedua-dua Shorcut Key ini adalah untuk Copy dan Paste, samada teks, imej, ataupun fail. Apabila anda Copy satu-satu teks/fail, ia akan disimpan dalam Clipboard supaya anda boleh paste ia kemudian.

Malangnya, Clipboard dalam Windows hanya boleh menyimpan satu benda sahaja dalam satu masa. Jika anda Copy satu benda baru, benda yang lama akan hilang. Saya sendiri sering hilang teks yang saya belum paste lagi, kerana tak sengaja tertekan Copy.

CLCL befungsi untuk menyimpan segala teks, fail, dan imej yang anda telah Copy. Anda boleh simpan sehingga 30 benda, dan nilai ini boleh diubah. Hanya tekan Alt+C dan CLCL akan memaparkan senarai benda yang anda telah Copy.

CLCL adalah program yang ringan, menggunakan memori yang sedikit, serta sesuai dibawa bersama USB drive anda.

[Dari gHacks]

11 thoughts on “Copy Banyak Teks Dan Fail Dengan CLCL

  1. Lagi best tekan Alt+C dari Ctrl+C, lagi dekat plak tu!

    Sampai sekarang aku syok lg kt launchy! Mabelous.

  2. Assalamualaikum Bro..Pose ke..

    emm..bro..heng ade poblem la..nape tiap kali men lagu..tibe2 je brenti..then bile nk change MP3 to WAVE..lagu tu jd lju sgat(sore katon lak..)cmne ekk..bro can help me atasi bende ni..2x da 4mat still da same poblem…

    • @yuzeka_Heng:
      W’salam..
      maksud awak, komputer awak langsung tak boleh main mp3 ke?
      u, tukar mp3 ke wav tu guna software pe ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">