Cuil Ingin Menandingi Google? Mungkin Lambat Lagi

July 30, 2008 |  by MK  |  Laman Web  | 

cuil

Baru je sehari Cuil dilancarkan, ia telah mendapat liputan yang meluas di blog-blog teknologi. Cuil digembar-gemburkan sebagai mampu menandingi enjin carian nombor satu di dunia, iaitu Google.

Cuil mempunyai paparan yang agak unik berbanding mana-mana enjin carian yang lain. Hasil carian dipaparkan dalam tiga kolum, dan imej kecil juga disertakan pada setiap laman web yang tersenarai. Mungkin gaya persembahan ini dapat memudahkan pengguna untuk melihat hasil carian dengan seimbas lalu. Cuil juga menyediakan cadangan bagi kata kunci yang ditaipkan.

Namun prestasi yang ditunjukkan oleh Cuil agak mengecewakan. Hasil carian yang dipaparkan pada muka pertama tidak memberi laman web yang relevan. Sebagai contoh, artikel Wikipedia tidak disenaraikan langsung bagi perkataan yang berkaitan dengan ilmiah. Kemudian, saya cuba taipkan “Sembang Komputer” ke dalam Cuil, dan hanya 1 muka surat saja terhasil, itupun Blog HE yang keluar.

Sebab utama Cuil begitu hangat diperkatakan pada hari pertama perlancarannya ialah, ianya diasaskan oleh bekas pekerja Google sendiri. Namun masih banyak lagi yang perlu Cuil lakukan untuk bersaing dengan Google, mahupun Yahoo dan Live Search.

Bookmark and Share
 


8 Comments


  1. awal lagi bro, relax.

    at least ade gak orang nak lawan google.

    • @NoktahHitam: banyak lagi competitor yang muncul untuk melawan Google, tapi Cuil ni yang dapat PR paling banyak sekali. My expectation was high then, but got disappointed by the search results

      there’s a lot more Cuil can improve, for certain. bagus gak ada persaingan sihat ni

  2. huah. not bad. the speed is excellent, but the results are not. so, keep up your target cuil.com!

    Entri terkini abdusfauzi: 2008 Winter Holiday Diaries

  3. CUIL…nama tak berapa mesra, GOOGLE tetap best…

  4. erk.. sounds like KUIL… hehehehe..

  5. diorang ni kuat berangan.. 1st impression aku nengok je, dah buat aku taknak masuk lagi.. hahaha..

    hasil search ntah ape ape… web clone pon boleh kat 1st page.. sengal nyee..

    Entri terkini khai: 0308 – Allah selamatkan kamu

  6. wah2..cuil..igtkan pe td..ade ke name cuil..haha

    lawak2..

    nape website ni bru first day launch dh ramai yg tau..mmg ade publisiti ea?

Trackbacks

  1. Cuil - Bad Search Engine Name | Noktah Hitam

Leave a Reply