Cukur Kepala Demi Meraih Sumbangan

Sewaktu saya belajar di Pulau Pinang, saya selalu terserempak dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Ada yang merayau di stesen bas, meminta sedekah dari seorang ke seorang yang lain. Ada yang menyelongkar tong sampah, mencari apa sisa makanan yang tinggal.

Namun satu situasi yang paling membuat saya sebak, apabila saya terlihat seorang ibu bersama anak-anaknya duduk di kaki lima. Ayah tiada. Si ibu hanya duduk memandang ruang kosong. Anak-anak yang tidak berselipar, tidak berbaju, dan berseluar lusuh berlari-lari sambil ketawa. Sunggih naif, mereka tak sedar apa nasib yang bakal menimpa.

Saat itu, hati saya merintih. Kalaulah saya boleh membantu. Kalaulah saya boleh hulurkan tangan dan pimpin anak kecil itu, beritahu dia “semuanya akan baik-baik sahaja. Kamu akan dapat ke sekolah macam budak-budak yang lain. Kamu akan dapat bermain dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kamu. Kamu akan belajar rajin-rajin dan jadi seorang yang berjaya”

***

Namun, memang mudah untuk kita lupa akan nasib kanak-kanak sebegini. Kita terlalu taksub dengan hal diri sendiri – tentang baju baru yang perlu dibeli, tentang kasut paling latest dan stailo sekali, tentang burger baru di McD. Sedangkan di luar sana ada kanak-kanak yang ditelanjangkan kerana mencuri buah untuk dimakan.

Jadi saya seru sekalian pembaca, sedarlah dari ketaksuban kita, dan cubalah buat sesuatu untuk membantu. Setiap kanak-kanak yang lahir di dunia ini berhak mendapatkan pelajaran, tidak kira status, agama, atau bangsa mereka.

Ahad ini, 28 Mac 2010, saya akan menyertai Operation Botak demi meraih derma buat menampung pelajaran untuk kanak-kanak di Tuaran dan Kota Belud, Sabah. Kepala saya akan dicukur licin demi menyatakan sokongan.

Saya menyeru para pembaca untuk turut sama menghulurkan bantuan kepada Operation Botak ini dengan menyumbang di akaun bank berikut:

Nama Akaun: World Vision Malaysia Berhad
Nombor akaun Maybank: 5146 0013 9710

P/S: Maaf, sebenarnya saya emo waktu menulis entri ni. Tapi waktu tangkap gambar tu kena senyum. Sebenarnya saya emo, tau.

Kemaskini: Gambar saya setelah botak

29 thoughts on “Cukur Kepala Demi Meraih Sumbangan

    • Kat KL aku tak tau la nak cakap apa. Kadan2 rasa ibu2 tu mempergunakan anak2 dia pulak, sebab tengok ibunya badan sihat je, takkan tak boleh pergi cari kerja. Entahlah,

  1. walaupun lama tak jumpa ang, aku dah tengok kepala botak ang tuh.. wakakaka.. tapi kehebatan mengurat aweks tetap pada ranking tertinggi.. hohoho..

  2. syukur alhamdulilah…niat yg baik..semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat…sebenarnya ramai lagi mrk yang di luar sana..sama2 kita doakan mereka..insyaAllah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">