“Kenapa masih ada orang yang tidak berumah, tidur di tepi jalan.”
“Kenapa harga tol selalu sangat naik”
“Kenapa nasi lemak ni makin lama makin sikit, padahal harga sama je”
Setiap hari kita menyuarakan rasa tidak puas hati kita. Bukan kerana kita suka mengadu, tapi kerana kita inginkan sesuatu yang lebih baik.
Namun kalau kita hanya duduk dan pandai berkata-kata sahaja, ianya tidak akan membawa sebarang perubahan. Jadi, saya ingin bertanya kepada semua pembaca yang berumur 21 tahun dan ke atas: sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?
Jika sudah, tahniah buat anda kerana mengambil berat ke atas negara ini. Jika belum, saya ajak anda mengambil tindakan hari ini juga untuk mendaftar sebagai pengundi. Walaupun pilihanraya umum mungkin masih jauh lagi, adalah penting untuk anda mendaftar awal kerana prosesnya memakan masa.
Mungkin ada yang berfikir politik itu terlalu kotor dan kompleks buat mereka, dan mereka tidak mahu terlibat dengannya. Tapi ingatlah anda sendiri yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada anda. Jadilah orang yang bertindak.

3 dan 4 April ini (Sabtu dan Ahad), beberapa kaunter akan dibuka di e@Curve, Subang Parade, dan Amcorp Mall untuk mendaftar anda sebagai pengundi. Hanya 5 minit sahaja diperlukan untuk mengisi maklumat anda. Malah, anda juga akan mendapat langganan percuma MalaysiaKini selama 3 bulan. Maklumat lanjut boleh diperoleh dari laman web E.P.I.C.
Jadi, buatlah pilihan anda sekarang :)
Nota:
- Jika anda tidak dapat datang ke kaunter E.P.I.C pada tarikh tersebut, anda masih boleh mendaftar sebagai pengundi pada bila-bila masa di mana-mana Pejabat Pos.
- Langganan percuma MalaysiaKini adalah khas untuk yang berdaftar di kaunter E.P.I.C sahaja.
- E.P.I.C adalah sebuah badan bukan kerajaan yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Matlamat E.P.I.C adalah supaya semua rakyat Malaysia menyuarakan pendapat mereka.
- Sembang Komputer juga tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Sembang Komputer hanyalah penyokong tegar Windows. Bagi peminat setia Apple, anda boleh melayari Sembang Mac.
`mari sama-sama kita daftarkan diri~
ko confirm dah cukup umur kan aman, daftar jangan tak daftar
aku belum cukup umo ag..haha
Tahun depan dah cukup umur kan, jangan lupa daftar ^_^
yess~~ baru aku ingat aku dah bole mengundi..
kena mendaftar gak ni huhu
Haa pegi daftar cepat, jangan tangguh-tangguh :P
ya, saya sudah mendaftar… :)
Bagus! Memang kena dengan nama belia muda, haha.
belum register even dah 2 tahun cukup umur..nak gak last2 minit tunggu PRU baru nak register..haha
sebut psl pengundi ni, aku still blm dftr lg..hukhuk umur dh 23 dh ni..mls aku nk gi mengundi..buang ms je..hehe
dah reg masa BTN :)
bila plak sembanglinux ?
Sembanglinux takde penulis lagi la buat masa ni. Nak jadi penulis ke? :P
alhamdulillah…sudah mendaftar. tapi pasti lagi samaada nama sudah tersenarai sebgai pengundi atau tidak.
dah daftar dah….
dua kali dah pun mengundi…dan undi apa? undi adalah rahsia
1:40.. pe kes ni bro? ramai lg yg tak sedar akan tanggungjwab ni.