PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

  1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
  2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
    1. Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
    2. Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
    3. FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.
  3. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.
    pci-recovery-01
  4. Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
    pci-recovery-02
  5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.
    pci-recovery-03
  6. Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.
    pci-recovery-04

Muat-turun: PC Inspector File Recovery

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

66 Responses


  1. Uncle G on 21 Feb 2009

    terima kasih.. info yang sangat sangat berguna.. thanks again

    • MK on 21 Feb 2009

      @Uncle G, no problem! ^_^

  2. pendit on 21 Feb 2009

    informasi yg sgt bagus..
    terima kasih bnyak2…

  3. Kujie on 21 Feb 2009

    Km, kalau terdelete email
    ada tak cara utk dptkan semula…tapi kat ‘tong sampah’ tu dah kosong

    • MK on 21 Feb 2009

      @Kak Jie, emel kat mana ni Kak Jie? Kat desktop client ke, atai web based macam GMail tu?

      • kujie on 21 Feb 2009

        @MK, kat yahoo

        mana le tau…kita boleh cari balik email yg kita terdelete tu

        • MK on 22 Feb 2009

          @Kak Jie, hmm hmm.. tatau lak saya, kalau ada pun, huhu… Dah lama tak pakai Yahoo.

      • wwiras on 01 Mar 2009

        Salam Kak Jie. Untuk mencari email yang terdelete bergantung kepada perisian yang digunakan oleh Kak Jie. Jika Kak Jie menggunkan Outlook atau seangkatan dengannya, ia boleh diperoleh dengan kita recover balik imej hard disk Kak Ji dan menggunakan perisian seperti FTK 2.0 (mahal tau software nie) atau Sleuthkit, PTK, pyFlag (yang nie free tapi memerlukan kemaihran yang tinggi untuk nak setupnya tu), kita berupaya untuk mendapatkan email yang dah terdelete. Kedua, jika akak menggunakan web base email (seperti yahoo, gmail dan bla,bla..), akak perlu menggunakan kaedah yang sama seperti yang diterangkan (imej kan hard disk) tetapi yang bezanya adalah kita perlu mencari menggunakan history web page tersebut di mana kita perlu menggunakan kata kunci yang rasanya mungkin dapat menyemak balik email yang dah terdelete tu. Katakan tajuk email tu “Resepi”, taipkan resepi pada carian perisian yang diberikan di atas, InsyaAllah, akan terpaparlah butiran email yang akak nak tu.

  4. Eriyza on 21 Feb 2009

    Tqvm. :)

  5. Merah&hitaM on 22 Feb 2009

    Huhu MK info yang sangat berguna jika Windows corrupt..hehehe…
    tapi nak tanya ni MK… Kalau guna perisian “Recover My Files” lebih bagus atau yang ini?
    Just nak tanya pandangan orang hebat² ni.. hehehe…

    • MK on 22 Feb 2009

      @Merah&Hitam, Recover My Files bukan percuma. Kalau perisian berbayar, saya lebih suka guna EasyRecovery Pro

  6. SaudagarMimpi on 22 Feb 2009

    @Kak Jie,
    rasanya tak boleh.
    Storan fizikal email Yahoo tersebut kita tak control, berlainan macam storan HD kita.

    • Kujie on 22 Feb 2009

      @SaudagarMimpi, terimakasih……tanya kot2 boleh..sbb terdelete email penting..

      btw – TQ

  7. jimixz on 22 Feb 2009

    slam..klau kte da hpuskan fail yang kte dlete2 dngn revo uninstaller bleh dptkan blik ke fail tuh…

  8. kita on 22 Feb 2009

    macam-maca sekarang kan….benda dah buang pun leh ambil balik…tu ler kelebihan teknologi…tapi satu jer teknologi tak leh buat…..mengembalikan orang yang mati :)

    • MK on 22 Feb 2009

      @kita, teknologi ibarat setitis air, di tengah lautan ilmu Tuhan yang Maha Luas… :)

  9. flip9 on 22 Feb 2009

    bagus gak ni..
    boleh nak recover balik file yg terdelete guna Shift+Delete.
    tapi selalunya kalau dah delete tu mmg tak nak guna dah.. :-)

  10. zool on 22 Feb 2009

    Wah bagus info ni..
    Tq

  11. hamba AllaH on 23 Feb 2009

    SAMEKOM…BRO!KALAU FILE TU DAH DUA TAHUN????

    • MK on 23 Feb 2009

      @hamba Allah, bagi salam elok2 sket boleh..

      Kalau fail dah sampai dua tahun, susah dah nak recover balik, sebab dah banyak proses read/write pada Hard Disk, melainkan hard disk tu memang tak digunakan sejak dua tahun lepas..

      • SaudagarMimpi on 28 Feb 2009

        @MK,
        betul,betul,betul.

        bak timbunan fail dalam stor usang, memang seksa nak cari kalau arkib dah lama =)

    • wwiras on 01 Mar 2009

      @hamba AllaH, Sebenarnya ia bergantung kepada perisian “recovery” dan keluasan hard disk yang digunakan oleh hamba Allah. Semakin besar saiz hard disk, semakin besarlah keupayaan storannya. Ini bermakna bukan setakat dua tahun, malah lebih dari itu pun mampu di”recover” kembali. Purata seseorang menggunakan PC adalah 5 tahun. Saya yakin InsyaAllah, bukan setakat 2 tahun, malah lebih dari itu kita mampu kembalikan fail yang sudah terdelete sekian lama. Paling mudah adalah membuat imej kepada keseluruhan hard disk. Gunakan perisian percuma dd yang mana ia berasaskan linux. Cadangan saya, gunakan Ubuntu. Dengan menggunakan “dd” kita mampu membuat carian dengan segera kerana perisian ini berhubung terus dengan imej hard disk. Setakat ini, saya telah berjaya mendapatkan fail-fail yang terdelete hampir tujuh tahun. Bayangkanlah kemampunannya ?? Perisian yang direcommend oleh MK pun ok cuma saya kurang pasti adakah ia mampu mencari fail yang terdelete dengan menggunakan carian kata kunci (keywords). Tak perlulah cari satu persatu. Diharap MK dapat memberitahu kita jika PC Inspector mempunyai fungsi carian tersebut.

      • MK on 02 Mar 2009

        @wwiras, betul2 command dd tu sangat powerful kalau tau guna. Saya tak tau >_<

        Pasal PCI Recovery ni, kemampuan dia agak terhad. Kena tunggu dia scan sampai habis, baru boleh search fail berdasarkan kata kunci.

  12. s@w!e on 23 Feb 2009

    memang2 sangat berguna….thankz bnyak2 bro…

  13. blowie on 23 Feb 2009

    sgt best! boleh recover gambar yang terdelete dlm thumbdrive :D
    ps : “slient reader” sudah keluar :P

    • MK on 24 Feb 2009

      @blowie, kalau nak recover gambar, PC Inspector Image Recovery is perfect for the job.
      ps: thanks :)

  14. syahid a on 23 Feb 2009

    bagus! boleh juga guna recuva utk recover semua file. tapi kalau semua boleh recover, tak private-lah kan!

    so utk delete fail sehingga tak dapat di-recover oleh perisian seperti ini, gunakan lah aplikasi File Shredder.

  15. neoryzer on 24 Feb 2009

    anda juga boleh guna perisian tunu up 2008 utk orang lain tdk boleh recovery blk…

    byk antara perisian yg leh recovery antaranya yg pernah sy guna recuva, photorecover, pci_us_smartrecovery, pci_filerecovery, eIMAGE Recovery…

    • SaudagarMimpi on 28 Feb 2009

      @neoryzer,
      menarik. kalau rajin, MK buat la perbandingan..mana yang lebih efisyen.

  16. bloom on 24 Feb 2009

    salam. thnx a lot. u’ve help tons. may Allah bless u.

  17. adol on 25 Feb 2009

    sofware nie freeware ke?

    • MK on 27 Feb 2009

      @adol, ye, freeware.

    • MK on 27 Feb 2009

      @adol, ye software ni freeware.

  18. aman on 27 Feb 2009

    wah..
    best-best..
    thanks for the info..hehe

  19. alone on 01 Mar 2009

    yeah. Alhamdulillah.. ada gak solution =D

    thanks for info =)

  20. IFA on 02 Mar 2009

    Kalau hard disk kita dah rosak boleh cari lagi tak?

    • MK on 04 Mar 2009

      @IFA: Bergantung pada tahap kerosakan dia. Kalau dah rosak sangat sampai bunyi ‘tak tak’ tu, susah la nak recover dah.

  21. Khusairi on 03 Mar 2009

    Jumaat minggu lepas, saya belajar format laptop jenama IBM R40 yang dah ketinggalan zaman sikit. Saya guna Driver max. Memang menyenangkan tugas saya. Tapi ada masalah sikit dengan CD driver sebab bila nak install software guna CD, kerja tak siap lagi dah eject automatik. Rasa apa masalah tu? Saya taklah pandai sangat komputer ni tapi byk juga saya cuba hingga berjaya. Tu yang laptop tu kena format balik. Lagi satu saya ada Acer Aspire Desktop model M1641 dan dah dipasang dengan Internet Security Kapersky 3 users dengan harga RM159. Memang bagus. Tapi baru-baru ni ada trojan dah attack. KIS2009 tak dpt nak solve kan problem tu. Jd saya install free avira. Dah ok sikit. Tak nampak trojan tu. Tapi tetap risau. Ada kawan yang kata avast paling ok. Ada tauke ciber cafe ckp defender yang ok. Jd saya nak tanya pendapat dari pakar sembang komputer, mana satu yang tersangat baik. Lagi satu, saya selalu ke laman ni, boleh dikatakan setiap hari utk sedikit ilmu. Tp hingga kini bila sy buka aje, mesti dengan artikel PC Inspector File Recovery bertarikh 21 Februari 2009. Bila lagi ada bahan baik.

  22. hasrie91 on 05 Mar 2009

    macam mana nak dapat software PC inspector file recovery

  23. azwan on 09 Mar 2009

    bestnya … freeware.
    makin byk freeware yang bagus sekarang kan.

    anyway, nak tanya sikit, kau pernah guna roboform untuk manage password? or kau rekomen yang lain yang lebih bagus?
    sorrylah off topik sikit :)

    • MK on 09 Mar 2009

      @azwan, aku tak pernah guna Roboform sebab tak free kan. Selama ni guna built-in function yang ada dalam Opera je. Kalau tak guna Opera LastPass ada untuk Firefox.

  24. matjenin_cyber on 10 Mar 2009

    salam, aku dh try guna sofware ni nk ambik balik brg2 aku mase format…tp xbley gak tu…camne bro? files2 tu aku terdelete mase nk buat partiton…explen ckit… :-C

  25. hasrie91 on 13 Mar 2009

    thank, dimana saya boleh dapat software yg boleh manage printer..or control printer dari pc lain

  26. Nasj on 13 Mar 2009

    Macamana nk dptkn balik file drp hardisk yg tidak dpt diakses dan tak dpt diformat? Mintak tolong sesangat! Byk gambar kenangan dlm tu.. Huhuhu..

  27. JaN-Kedah on 29 Mar 2009

    Salam,
    Saya menggunakan AV Panda,setiap kali scan dia akan detect adware/startpage.ccm location:c:\window\win32.dat.Macam mana saya nak delete atau remove terus adware nie..panda nie detect ja..xbleh buang.

  28. mamat on 16 May 2009

    macam mana saya nak hack email facebook..

  29. rajnan07 on 26 Jul 2009

    saya telah terformat harddisk so bagaimana caranya sya nak dapat kan balik data-data yang telah hilang

  30. rafie on 04 Aug 2009

    sy dh download..
    xpi xtaw gne ye lh……
    blur.
    huhu

  31. rafie on 17 Aug 2009

    tlg2.
    sy ada wat word utl laporn……..l.i…
    xpi sy xtaw tertkn ape…data trus lost…..dh xjmpa….
    mcm mane nk cri eh??
    tlg2 -mk

  32. rafie on 17 Aug 2009

    to MK=nk tnye npe hardisk sy D leh ilng eh??
    nk kna format blik ke??
    n creat bru mcm tu??
    tlg2 urgent.

  33. abd aziz on 21 Sep 2009

    gambar terdelete dari F ( camera digital )macamana yang cari kat PC.td

  34. SyiedaCyg on 13 Oct 2009

    mcm mn sy nak dpt kn balik data yg pernah sy delete dari CD ataupun pendrive tp data yg sy delete 2 xmasuk kat dlm recycle bin? dah mcm2 software sy cuba pakai utk dpt kn balik data 2 tp masih gagal…
    Please tlg saya……

    • MK on 15 Oct 2009

      @SyiedaCyg: Guna software PC Inspector File Recovery ni la. Kalau software yang berbayar dan lebih bagus, guna EasyRecovery Pro.

  35. SyiedaCyg on 13 Oct 2009

    please….

  36. ajie on 02 Feb 2010

    apesal PC Inspector File Recovery ni cari file fat jer.

  37. ajie on 02 Feb 2010

    file ntfs tak leh ker???

    • serd on 10 Feb 2010

      sapa2 boleh tolong ajar guna pc inspector ni x?

  38. serd on 11 Feb 2010

    sapa2 boleh x ajar cara yang betul guna pci ni?? dah try byk kali tp mcm salah je caranye…

  39. hajar on 18 Apr 2010

    tq for the information..tapi bole x softwaRE ni recover file lain yang jarang org guna mcm file xpswmm n hechms(software kejuruteraan air).

  40. elly on 19 Apr 2010

    file document dgn picture dlm pc sya hilang sbb sya telah delete.sya delete tempat utama dia dis simpan.bolehkah saya mendapatkan kembali folder saya.

    • MK on 20 Apr 2010

      Boleh, kalau awak gunakan software recovery macam yang dah dinyatakan dalam entri ni.

  41. i have lost my old email address when i get new email
    problem now as i want to get e-mailme back becouse all my email sent by my old email

  42. abeye85 on 18 May 2010

    Stress giler laaa….. harddisk 250Gb yg penuh dgn data ku tersalah format masa nak reinstall windows…

    Harap2x sofware ni dpt membantu…

  43. rosli on 06 Jul 2010

    salam …saya bru cuba guna pc inspertor ni … nak tnya la sikit … saya tak berapa pahan dgn cara pengunan ya blh tlg terngkn lebih lanjut lgi …..sebb saya bru berjinak2 dlm it ni

  44. din on 02 Aug 2010

    assalammualaikum bro mk.. nk tnye skit no 4 kat logical drive tu, npe x dapat nk mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut… boleh bagi tahu x mcm mne nk setting.. software ni leh scan file system NTFS x?…


Tinggalkan komen anda