
Jika anda merupakan salah seorang dari pengikut setia blog Ubuntu for Malaysian, pastinya anda sudah membaca e-Maj yang telah diterbitkan oleh saudara Zul. Dan mengikut laporan terkini dari saudara Zul, jumlah download bagi e-Maj tersebut kini telah mencecah sehingga 2260 kali! Ini merupakan satu berita gembira yang menunjukkan bahawa kesedaran tentang penggunaan komputer dan perisian Open Source semakin meningkat, baik di kalangan rakyat Malaysia mahupun jiran kita di Indonesia.
Sebagai menyokong usaha Ubuntu for Malaysian, saya juga akan turut meletakkan fail e-Maj ini di SembangKomputer.com untuk anda download. Dapatkannya di ruangan muat turun.
Pandangan saya tentang e-Maj ini? Bagi saya, kandungan di dalamnya memang padat, dan penuh dengan maklumat. Seseorang yang memang berminat dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang Linux dan Ubuntu pastinya puas dengan segala informasi yang telah disediakan. Namun bagi pengguna komputer biasa, mungkin agak sukar bagi mereka untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang apa itu Ubuntu.
Dari segi rekabentuk pula, saya memang berpuas hati dengan hasil kerja saudara Zul. Walaupun ada di beberapa tempat, perletakan teks agak mengelirukan, namun keseluruhan rekabentuk e-Maj ini memang menarik, sedap je mata bila membaca.
Tahniah diucapkan kepada Ubuntu for Malaysian. Semoga usaha mempertingkatkan kesedaran dalam penggunaan komputer ini dapat diteruskan bersama.

Komen oleh melayubuntu · 16/05/2008 · 9:59 PM
ahha…thanks bro..
aku sgt hargai sokongan bloggers cam ko…huhu
melayubuntus last blog post..Memasang Nautilus Script dalam Ubuntu
Balas komen ini
Komen dari Muhammad Khairul
16/05/2008 pada 10:12 PM
@melayubuntu: no sweat.. ^^
Balas komen ini
Komen oleh sarah · 17/05/2008 · 4:06 AM
jom kita sama-sama perkembangkan linux kat negara kita ni.hidup open source
sarahs last blog post..Kemunculan Blog Politik mewarnai blogger malaysia
Balas komen ini
Komen oleh hairieusoff · 28/05/2008 · 4:40 PM
thx…sgt menghargai…pemberian seperti ini/…
hairieusoffs last blog post..Jika Orang Lain Boleh, Kenapa Tidak Kita
Balas komen ini