Dapatkan Kembali Fail Yang Telah Hilang

Apabila anda delete satu-satu fail, kemudian anda kosongkan Recycle Bin, adakah fail tersebut sudah hilang buat selama-lamanya? Tidak sama sekali. Malah, kalau anda format hard disk sekalipun, masih ada lagi jalan yang boleh diambil untuk mendapatkan kembali fail tersebut.

Sebenarnya, apabila anda delete fail tersebut, Windows hanya akan menyembunyikannya dari pandangan anda. Fail itu masih ada dalam hard disk, selagi fail baru belum masuk. Setelah anda memasukkan fail baru ke dalamnya, peluang untuk mendapatkan kembali fail yang lama tadi semakin susah.

Untuk mendapatkan kembali data-data yang telah hilang ni, anda memerlukan recovery software. PC Inspector File Recovery merupakan satu software percuma yang bagus bagi tujuan ini. Ia menawarkan tiga jenis recovery, iaitu:

  1. Fail yang anda telah delete.
  2. Fail yang hilang akibat format Hard Disk, PC hang, dan sebagainya.
  3. Partition yang hilang secara tiba-tba

pci-recovery

Jika anda hanya ingin mendapatkan kembali fail yang anda baru sahaja delete (mungkin secara tidak sengaja), Restoration merupakan pilihan yang baik. Ia juga sangat pantas dan berkesan dalam mencari fail.

Apa pun, perlu diingat bahawa recovery adalah merupakan pilihan terakhir anda. Ini kerana, tidak semua proses recovery adalah mudah dan terjamin. Lebih baik anda sediakan backup pada dokumen-dokumen anda sebelum menyesal di kemudian hari ^^

30 thoughts on “Dapatkan Kembali Fail Yang Telah Hilang

    1. MK Post author

      @syikin: boleh, asalkan awak baru je lepas format. sebab kalau awak dah lama format, lepas tu awak banyak simpan/buang fail dalam parition tu, kemungkinan nak recover file tu amat tipis

      Reply
  1. MOHD NIZAM

    saya format komputer saya tapi nak cari balik data yang hilang apabila format tak tau ? boleh ajar saya tak ? thank…

    Reply
  2. bloom

    sye bru format pc. dh install pcrinspector tp xbole digunakan. kenape & care atasi. atau ade alternatif lain utk recovery fail yg hilang? terima kasih.

    Reply
    1. MK Post author

      @bloom Easy Recovery Pro bagus, tapi ianya perisian berbayar. Kalau yang free, PC Inspector je yang paling ok.

      Reply
  3. Pingback: Dapatkan Data Yang Telah Hilang Dengan PC Inspector File Recovery | Sembang Komputer

  4. shima

    Saya ada mencuba pc inspector file recovery bagi mendapatkan semula fail f: yang telah hilang setelah pc hang tetapi sebahagian fail tidak didapati… dengan menggunakan words bagi mengembalikan serta membaiki fail damaged pula tidak berjaya. ada cara lainkah?

    Reply
  5. imah

    nak tanya…kalau file yg hilang tu kita dah delete dengan menggunakan anti-virus sbb file tu detect memang ada virus,bleh x kita dapatkan semula fail tersebut

    Reply
  6. lee

    saya dah recover fail yang telah di delete. tapi knpa xleh buka pulak..ada ke cara nak buka fail tersebut…harap ada yang sudi tolong

    Reply
  7. eiisya

    adik sy tformat external..cmne nk dpt blik fail yang hilang?tlong la…dlm 2 ade esgmnt yang perlu diantar..huhuhu…

    Reply
  8. ismail

    salam, saya dah cuba recover fail tang terdelete, tapi kenapa selepas recover fail jadi nama “cluster”? contohnya nak buka word tak bole baca coz file dh terconvert jadi format lain. tlg bagi tips. tq

    Reply
  9. falaknaz

    yang tak dapt buka dan hanya sebahagian file dapat restore…korang cuba restore kan file tu di DVD atau cd..jgn save balik dlm pc ..pengalamn i, bila dah save d DVD baru all data saved dan successful recover..
    ” sharing is sexy”..ehhhee

    Reply
  10. zulkefli

    saya dah ter clone hardisk D guna software Migrate Easy..adakah cara untuk saya mendapatkan balik data yang telah terformat di D tu..tq

    Reply
  11. lana

    hello…
    sy ada sedikit masalah dgn external hdd sy..
    sy menggunakn windows xp.. bila sy smbungkn external ke laptop, ia nye x keluar nme external tu tp keluar nme Local Disk. .ble di klik utk membukanye, keluar error and kena format sblm buka.. ada x cara mudah utk dapatkan data2 semula dari external tersebut sblm format? sume data tersebut amat2 penting… harap dpt membantu.. thanks

    Reply
  12. einzam

    saya dah cut semua file2 & paste dlm pendrive..mslh pendrive hilang..ada harapan x dapatkan balik?

    Reply
  13. khairul

    salam..saya ingin minta bantuan anda..ada sesiapa boleh bantu saya..saya delete data dalal external hardisk melalui laptop..now saya ingin data tu kembali..macmna nak buat yer?apa solution perlu saya lakukan?sy guna windows 7&laptop ni belum diformat lagi…please..

    Reply
  14. Cik LuLu

    kalu tpon pya cena lak?
    saya terformat tpon pas2 suma data ilang.
    suma bnda pnting ada dlm tue…

    Reply
  15. nisa

    salam.sy nak tanye.sy terformat laptop tanpa buat backup.bagaimana sy nak recover balik semua file sebab ade file penting.thanks :)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>