Saya ada menceritakan tentang Miranda IM pada entri yang lepas-lepas, iaitu sebuah klien IM yang mampu menghubungkan anda dengan pelbagai servis IM seperti Yahoo Messenger, MSN, dan ICQ. Perisian semua-dalam-satu seperti Miranda IM ini sangat memudahkan kerana anda tidak perlu membuka banyak aplikasi untuk IM yang berbeza-beza.
Kini ada perisian yang lebih menarik, iaitu Digsby. Saya sangat tertarik dengan Digsby kerana ia bukan sahaja boleh menghubungkan anda dengan pelbagai servis IM, malah ia mampu menguruskan emel-emel serta Myspace/Facebook anda!
Digsby masih berada pada tahap percubaan, dan masih banyak bug yang perlu dibaiki. Penggunaan memori Digsby juga agak tinggi.
Namun buat sementara ini, apa kata anda lihat ciri-ciri menarik yang ada pada Digsby:
IM (Instant Messenger)
- Anda boleh membalas IM terus pada paparan kecil di bahagian bawah skrin.
- SMS boleh dihantar melalui IM.
- Semua perbualan IM disusun dalam tab, tidak perlu buka Window lain bagi setiap perbualan.
- Perbualan IM anda direkodkan oleh Digsby dan boleh dibuka kembali.

Emel
- Digsby akan memberitahu anda sekiranya terdapat e-mel baru.
- Anda boleh menghantar, membalas, dan memadam emel (serta banyak lagi fungsi) terus dari Digsby.
- Jika anda boleh mempunyai dua akaun pada Gmail, anda boleh login kedua-duanya sekali. Tidak terhad kepada Gmail, malah pada semua emel yang disokong oleh Digsby.


Myspace / Facebook
- Bagi MySpace dan Facebook, anda akan diberitahu jika ada mesej baru, komen, friend request sama seperti MySpace IM.
Servis-servis yang disokong oleh Digsby setakat ini:
- IM: AIM, MSN Messenger, Yahoo! Messenger, Google Talk, ICQ, dan Jabber.
- Emel: Hotmail, Gmail, Yahoo! Mail, AOL Mail, serta mana-mana emel POP atau IMAP.
- Social Network: MySpace dan Facebook
Buat masa ini, anda memerlukan jemputan sekiranya ingin menggunakan Digsby. Anda boleh mendapatkan jemputan dari blog Digsby sendiri, atau gunakan jemputan dari TechMalaya atau DownloadSquad.
em,ini yg aku suka..bagus, teruskan mengulas perisian2 berguna dan menarik untuk dikongsi berdama.
senyuman » terima kasih… love your blog
tapi pada pendapat khai, x perlulah penulis ingin menggunakan 100% bahasa melayu iaitu pada kata nama yang dah biasa kita dengar..
contohnya, motherboard bila ditukarkan kepada melayu, akan jadi papan ibu.. di mana itu sangat jarang digunakan.. bahkan bukan jarang, malah tidak digunakan oleh sesiapa pun..
so lebih baik kekalkan ayat yang kita semua tahu, ianya apa dan bila diulas dalam melayu, pening plak rasanya…
sesungguhnya bahasa melayu tidak sesuai digunakan untuk bahasa2 komputer.. setuju?
Apa pun blog macam ni memang bagus.. letak la satu dua iklan.. untuk tambah2kan duit.. advertlets ada.. nuffnang ada.. neway good luck!!!
Khai » erk, yang payahnye, nak menentukan mana yang “kita semua tahu” dan mana yang “kaki komputer tahu”. dilema jugak sebenarnye. i’ll try my best, thanks for the support ^^
waa…
baguslah software digsby nie..
bagi avid user of ym/myspace/gmail myself… mende nie memang sangat berguna…
sblom nie kn pakai firefox ingat dh ala2 tersusun dah semua tetingkap dalam satu window…
sekarang lebih mudah ble ada digsby…
muahahaha…
alamatnya bertambah2 malas la saya nk wat design2 baru utk kerja2 saya…
larik!!!!
shandye » betul2..boleh kurangkan semak2 kat desktop, tapi tak elok malas2 taw, huhu.
Adehhh, saya selesa dengan Nimbuzz
Azhar Ahmad » Nimbuzz lak, saya pun tatau
bagus la digsby nie….. mcm mana nak down load dr on9 ker? hehehehehehehehehe
fique » um awak pergi ke digsby.com tu, pastu masukkan invitation code. invitation code boleh dapatkan dari techmalaya.com
setelah aku guna digsby ni, aku rasa dah tak payah nak bukak im lain dah… cuma bagi kita orang mesia, atau asia, friendster adalah satu lagi kemestian. betul tak?
ali sabki » betul2, walaupun aku tak paham kenapa >_<. klu dia tambah sokongan pada friendster lagi bagus
Pingback: Digsby Kini Lebih Baik | SembangKomputer.com
bagus2…software ni..leh cuber.
timer kasih sbb bg byk info…
*macamana nak elak kan YM dari pada kena boomb atau kena hacker dari kengkawan yg tak berguna tu.. sekali kena penuh scream monitor aku…. pening arr mcm ni.. tolong selesaikan masalah ini..*
@aYiie: kena bom atau hacker? Er, ni mesti guna SweetIM ni, uninstall je benda tu.
Ya Allah cm ne la na wt IM…
Tlg bgi p’Tunjuk…