Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Digsby: Buka IM, Emel, dan MySpace Dengan Satu Perisian

9 February, 2008 (15:53) | Perisian | Oleh: MK

DigsbySaya ada menceritakan tentang Miranda IM pada entri yang lepas-lepas, iaitu sebuah klien IM yang mampu menghubungkan anda dengan pelbagai servis IM seperti Yahoo Messenger, MSN, dan ICQ. Perisian semua-dalam-satu seperti Miranda IM ini sangat memudahkan kerana anda tidak perlu membuka banyak aplikasi untuk IM yang berbeza-beza.

Kini ada perisian yang lebih menarik, iaitu Digsby. Saya sangat tertarik dengan Digsby kerana ia bukan sahaja boleh menghubungkan anda dengan pelbagai servis IM, malah ia mampu menguruskan emel-emel serta Myspace/Facebook anda!

Digsby masih berada pada tahap percubaan, dan masih banyak bug yang perlu dibaiki. Penggunaan memori Digsby juga agak tinggi.

Namun buat sementara ini, apa kata anda lihat ciri-ciri menarik yang ada pada Digsby:

IM (Instant Messenger)

  • Anda boleh membalas IM terus pada paparan kecil di bahagian bawah skrin.
  • Digsby

  • SMS boleh dihantar melalui IM.
  • Semua perbualan IM disusun dalam tab, tidak perlu buka Window lain bagi setiap perbualan.
  • Perbualan IM anda direkodkan oleh Digsby dan boleh dibuka kembali.

Emel

  • Digsby akan memberitahu anda sekiranya terdapat e-mel baru.
  • Digsby

  • Anda boleh menghantar, membalas, dan memadam emel (serta banyak lagi fungsi) terus dari Digsby.
  • Digsby

  • Jika anda boleh mempunyai dua akaun pada Gmail, anda boleh login kedua-duanya sekali. Tidak terhad kepada Gmail, malah pada semua emel yang disokong oleh Digsby.

Myspace / Facebook

  • Bagi MySpace dan Facebook, anda akan diberitahu jika ada mesej baru, komen, friend request sama seperti MySpace IM.

Servis-servis yang disokong oleh Digsby setakat ini:

  • IM: AIM, MSN Messenger, Yahoo! Messenger, Google Talk, ICQ, dan Jabber.
  • Emel: Hotmail, Gmail, Yahoo! Mail, AOL Mail, serta mana-mana emel POP atau IMAP.
  • Social Network: MySpace dan Facebook

Buat masa ini, anda memerlukan jemputan sekiranya ingin menggunakan Digsby. Anda boleh mendapatkan jemputan dari blog Digsby sendiri, atau gunakan jemputan dari TechMalaya atau DownloadSquad.

Popularity: 9% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari senyuman
Masa: February 9, 2008 pada 5:09 pm

em,ini yg aku suka..bagus, teruskan mengulas perisian2 berguna dan menarik untuk dikongsi berdama.

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

senyuman » terima kasih… love your blog

Komen dari Khai
Masa: February 10, 2008 pada 1:40 pm

tapi pada pendapat khai, x perlulah penulis ingin menggunakan 100% bahasa melayu iaitu pada kata nama yang dah biasa kita dengar..

contohnya, motherboard bila ditukarkan kepada melayu, akan jadi papan ibu.. di mana itu sangat jarang digunakan.. bahkan bukan jarang, malah tidak digunakan oleh sesiapa pun..

so lebih baik kekalkan ayat yang kita semua tahu, ianya apa dan bila diulas dalam melayu, pening plak rasanya…

sesungguhnya bahasa melayu tidak sesuai digunakan untuk bahasa2 komputer.. setuju?

Apa pun blog macam ni memang bagus.. letak la satu dua iklan.. untuk tambah2kan duit.. advertlets ada.. nuffnang ada.. neway good luck!!!

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

Khai » erk, yang payahnye, nak menentukan mana yang “kita semua tahu” dan mana yang “kaki komputer tahu”. dilema jugak sebenarnye. i’ll try my best, thanks for the support ^^

Komen dari shandye
Masa: February 10, 2008 pada 1:49 pm

waa…

baguslah software digsby nie..
bagi avid user of ym/myspace/gmail myself… mende nie memang sangat berguna…
sblom nie kn pakai firefox ingat dh ala2 tersusun dah semua tetingkap dalam satu window
sekarang lebih mudah ble ada digsby…
muahahaha…

alamatnya bertambah2 malas la saya nk wat design2 baru utk kerja2 saya…

larik!!!!

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

shandye » betul2..boleh kurangkan semak2 kat desktop, tapi tak elok malas2 taw, huhu.

Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 10, 2008 pada 3:40 pm

Adehhh, saya selesa dengan Nimbuzz

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

Azhar Ahmad » Nimbuzz lak, saya pun tatau

Komen dari fique
Masa: February 11, 2008 pada 5:18 am

bagus la digsby nie….. mcm mana nak down load dr on9 ker? hehehehehehehehehe

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

fique » um awak pergi ke digsby.com tu, pastu masukkan invitation code. invitation code boleh dapatkan dari techmalaya.com

Komen dari ali sabki
Masa: February 17, 2008 pada 9:24 am

setelah aku guna digsby ni, aku rasa dah tak payah nak bukak im lain dah… cuma bagi kita orang mesia, atau asia, friendster adalah satu lagi kemestian. betul tak?

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

ali sabki » betul2, walaupun aku tak paham kenapa >_<. klu dia tambah sokongan pada friendster lagi bagus

Pingback dari Digsby Kini Lebih Baik | SembangKomputer.com
Masa: August 13, 2008 pada 9:08 pm

[...] ada menulis tentang Digsby sewaktu ia baru dikluarkan dahulu. Dengan software ini, anda boleh log-in ke dalam YM, Google Talk, [...]

Komen dari lutt
Masa: August 15, 2008 pada 10:02 pm

bagus2…software ni..leh cuber.

[Balas komen ini]

Berikan komen