Disk Heal: Baiki PC Anda Setelah Terkena Virus

Sejak kebelakangan ini, banyak virus tempatan yang muncul dan merebak dengan cepat. Virus tempatan yang saya maksudkan ini berasal dari Indonesia dan Malaysia seperti Brontok, Flash 10, JambanMu, dan macam - macam lagi.

Apa yang menjadi masalah dengan virus - virus ini adalah, walaupun setelah dicuci dengan antivirus namun kesannya masih tertinggal. Apabila anda cuba membuka satu – satu drive, kotak “Open With” pula yang muncul. Folder Option hilang, Task Manager dan Registry Editor tidak dapat dibuka adalah contoh – contoh lain yang biasa.

Jika anda seorang pengguna komputer yang berpengalaman, masalah ini mudah diselesaikan hanya dengan utiliti Windows sedia ada seperti Group Policy Editor, Registry Editor, dan Command Prompt

Namun jika anda mahu cara yang lebih mudah, gunakan Disk Heal. Pastikan anda telah mencuci komputer anda menggunakan AntiVirus terlebih dahulu sebelum membaikinya dengan Disk Heal. Fungsi utama Disk Heal adalah untuk membaiki Windows yang telah terkena jangkitan virus, serta terdapat pelbagai pilihan untuk tweak Windows.

Antara fungsi Disk Heal yang paling berguna:

  • Membaiki masalah ”Open With” yang selalu berlaku pada drive
  • Mengembalikan Folder Options
  • Membaiki Registry Editor dan Task Manager yang tidak boleh dibuka
  • Menukar ikon bagi drive anda
  • Mengembalikan Search dan Run

Banyak lagi fungsi yang ada pada Disk Heal yang boleh anda gunakan. Muat turun Disk Heal di sini. Disk Heal juga boleh dibawa di dalam USB Drive (anda cuma perlukan aplikasi utamanya sahaja)

Dari Raymond.

49 thoughts on “Disk Heal: Baiki PC Anda Setelah Terkena Virus

  1. um x boleh. defrag tu untuk susun atur kembali fail dan folder dalam windows je.

    virus – virus ni biasanya buat kacau dalam registry, jadi kena kalau secara
    manualnya kena pakai regedit atau gpedit.msc. secara automatiknye guna Disk Heal ni la

  2. Ehm. Gabungan Ace utilies dan Nod32 adalah antara gabungan yg terbaik pernah aku buat. So far. Kalau ada antivirus. Pakai yg full version. free version? Susah nak cakap. Pat jam kene attack virus masuk internet.

  3. titan: yup2, AV free ni boleh buang virus2 je la. klu nak firewall ke anti-spyware kena tambah len plak… aku pun teringin gak nak beli nod32 punya full version, best antivirus so far

  4. sejak aritu, pc sy kena worm. dh try clean semua tp still xmo hilang. bila scan antivirus, dia ckp xde virus. tp bila open/explore harddisk C, tibe2 je virus tu ade. pastu xleh delete. payah betul lah.

  5. ermmm..kalau bab virus n antivirus ni memang banyak menyusahkan org coz ia adalah satu bisness paling senang dan menguntungkan

  6. kak atirah: um, virus pe tu agaknye ye. fyi, open/explore harddisk masih tak selamat kalau pakai double-click/right-click/enter. kena guna pane sebelah kiri tu baru selamat

    zuriaf: trimas… datangla selalu ^^

    kita: betul2.. untungkan depa, kita sebagai pengguna la rugi… tapi virus dari malaysia & indonesia ni biasanya bukan untuk keuntungan, tapi untuk suka2… nak meraih nama je

    • cara mudah scan virus dalam pendrive(utk hidden/ system hidden aktif shj)
      1- aktif hidden dan system hidden terlebih dahulu
      2 – open pendrive di address/ explorer
      3 – nampak pelik2 terus delete (ex restore,system, autorun.inf, files kelabu2(or tersembunyi)..
      4 – klik menu seach taip .exe, search..
      5 – pastikan icon word, folder, petak terpapar delete..

      note – icon petak terpapar pastikan nama files n nama location di hujung sama. bila dah sama confirm virus,terus delete..

      kaedah ni guna dah 3thn lebih,tanpa guna antivirus.. bila guna internet mmg kena guna laa

  7. Terima kasih. Terima kasih… Tambah le lagi maklumat-maklumat berguna. Buat saya yang tak berapa paham bahasa omputeh ni, website awak ni amat bermakna sekali. Majulah MELAYU untuk negara.

  8. alamak..saya guna antivirus NOD32 dpt kesan virus..tapi malang nye antivirus 2 lock sistem window … 2 yg terus x leh guna pc 2..on pc terus logoff je.. x dpt buat apa-apa..problem betul..

  9. ruanagan ini mendapat banyak manfaat kpd sy..
    antivirus apa yang kuat utk melawan virus jambanmu.

  10. sy da install da sofewear ni..tp x tau nak gunakan…mintak toleh pada siapa yang tahu,,,bagaimana nk gunakannya???

  11. salam… bagus jgk portable ni…
    ok sket komputer sy pakai yang ni…
    erm.nak tanye pasal AV NOD32
    skrang ni paling latest NOD brp yer?

  12. mas yang jadi masalah setelah terkena virus di komputer saya bukan itu… tapi semua programnya kacau kalau kita klik malah minta “open with” gimana nih cara ngatasinnya

  13. so far so good laman ini..ia banyak memberi maklumat kepada saya …apatah lg saya yang baru menjinak kn diri dalam bidang membaikpulih kom…saya harap laman ini akan terus memberi maklumat

  14. blh tlg tak?sy baru je unistall ms 2003 then nk install balik xblh la…cd nye tak autorun…camne nak wat?help me!!!!

    • aiyak cam tu lak yg disuruh wat nye…apeda…tlg la untuk resolve masalah sy ni…xautorun da 1 hal so sy setup manual double klik pada setup dr CD tu then bile da masukkan key die ni yg kuar “microsoft office setup cannot continue because the installation source has been corrupted”….nape ek?tlg la sy….

  15. Salam. nak mintak tulun. emergency! external hard disk saya tiba2 sahaja corrupted! camane nak buat ek? bleh selamatkan lagi ke segala dokumen yg ada dlm hard disk tu??? pleaseeeee…. nak nangis rasenye… mula2 buka ok. in the middle… terus dia ckp, ‘unrecognised USB’ lebih kurang gitu la… pastu bila cuba on semula, dia ckp ‘disk corrupted’… adoi laaa… assignment aku yg 1 tahun punyeee….waaaaaaaaa

  16. salam MK,

    post ni maybe dah lame…tapi
    aku nak tanye yang terjadi pade pc aku skang ni…
    xtau la same ade kene virus atau ape,aku dah format PC aku tu
    tapi beli nak install software pkai setup terus masuk ke lam notepad,
    aku arap MK boleh bantu aku untuk menyelesaikan masalah berikut..camne nak fix kan masalah tue.. tolong ye…

  17. salam…
    aku nie orang baru dlm laman nie..
    banyak gak aku da berlajar dlm web site nie…
    aku nk tnye…??
    aku pakai ANTI VIRUS ESET SMART SECURITY BUSINESS EDITION ..
    AKU CRAK SOFWARE NIE…AKU PUNYA LESEN SMPAI 24002 HARI…
    rasew2 antivirus nie ok x klau nk pakai..bb anti virus nie xdew penjara virus…anti virus nie akan terus buang jew klau adew virus….
    tolong bgi pendapat dekat sy..????sy niew bru umo 18…banyak lagi yang saya xthu….tlong ye!!!!!

    • huhuhu fahmi2 kate da ko crack eset/nod32.. lame tu expired dia.. xkan mende tu ko x tau best ke x .. heheheh

  18. Saya ada laptop . Ada masalah yg saya tak pasti. Minggu lepas kebetulan anti-virus dah expired. buka internet tengok web macam2 lah. Tetiba laptop seolah2 kena virus. try run anti-virus sebagai langkah awal. tk boleh bukak. pastu keluar macam window suruh update install anti-virus. pada saya dah ada cuma tak expired je. window tu memaparkan ruangan payment untuk beli anti-virus. try buka word atau apa2 perisian tk dapat. tetap keluar window suruh beli anti-virus tersebut.. tk boleh nak buat apa.. tolong saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">