Bagaimana anda membuka notepad? Sudah tentu anda akan klik pada Start, All Programs, dan Accessories, barulah sampai pada Notepad. Leceh sungguh.

Launchy adalah sejenis application launcher, di mana ia akan memudahkan anda untuk melancarkan apa-apa program di dalam komputer. Anda tak perlu fikir lagi ke mana letaknya program tersebut, hanya taip sahaja pada Launchy.

Hanya tekan Alt + Space dan taipkan nama program anda. Anda tidak perlu taip nama penuh, kerana Launchy akan mengesan nama program tersebut secara automatik. Launchy juga tahu program mana yang anda selalu guna,  dan akan mengutamakan program tersebut.

Sebagai contoh, saya hanya perlu taip “ope” untuk mendapatkan Opera. Setelah Launchy tahu yang Opera ini aplikasi kegemaran saya, hanya taip huruf ‘O’ pun dah cukup untuk membuka Opera! Kan senang tu.

Launchy ini juga sangat cerdik. Katakanlah saya nak buka Microsoft Office Picture Manager, kan panjang kalau saya nak taip semua tu. Tapi dengan Launchy, hanya taip “mc img” dan dengan pandainya Launchy meneka program yang betul ^^

Dapatkan Launchy di sini.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

11 Responses


  1. ImamKhalid on 19 Feb 2008

    Ai, macam mana aku nak download software nih? Takde link pun? :)

    • Muhammad Khairul on 19 Feb 2008

      ImamKhalid » eit, boleh pulak aku lupa nak masukkan. ahaha.
      ok, link dah dimasukkan.

  2. [...] menggunakan Launchy, ia talah menjadi sebahagian besar dari hidup komputer saya dan sukar untuk saya mencari pengganti [...]

  3. [...] Launchy [http://www.launchy.net/] [...]

  4. Ardzham on 30 Apr 2008

    Sy dh download launchy, dah install. tp x leh nak run. knp ye? Bila klik start> all programme> Launchy > Launchy, takde apa pun yg keluar.
    Begitu juga bila tekan Alt + Space. Pening gak tu…. saya dah uninstall, kendian instal balik pun macam tu jugak.
    Saya yang bodoh ke pc saya yang bodoh ni……

    • Muhammad Khairul on 30 Apr 2008

      @ardzam:cuba awak pastikan dalam running processes (buka Task Manager > Process) , ada tak Launchy?

  5. [...] cara ini, kita akan menggunakan software Launchy. Download dan install perisian tersebut. Kemudian, tekan Alt+Space untuk membuka Launchy. Klik [...]

  6. Jeffry on 21 Jul 2008

    aku ni berpuas hati,..pasal kalau tak korek-punya korek jenis gatal tangan tak jumpa aku ruangan bab blog. sembang komputer.com. Setakat ni alhamdulillah aku memang berpuas hati. Setakat ni ruangan ni memahirkan aku dalam bab-bab pengunaan safe komputer. untuk pengetahuan aku gak dah melanggan masuk email kat aku. Terima kasih banyak

  7. [...] Launchy merupakan sebuah perisian yang juga sama fungsinya dengan FARR. Saya telah menggunakan perisian popular ini buat sekian lama, dan sukar untuk meninggalkannya. Namun saya dapat FARR mempunyai lebih banyak fungsi dari Launchy. [...]

  8. [...] kerana tak ingin membuang masa untuk klik folder satu-persatu melalui My Computer. Dengan kombinasi Launchy untuk melancarkan program, penggunaan komputer saya menjadi lebih [...]

  9. [...] mencari segala jenis fail dalam masa nyata, tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengindeks. Launchy pula boleh melancarkan aplikasi dengan lebih [...]


Tinggalkan komen anda