Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Launchy: Lancarkan Program dengan Pantas

26 December, 2007 (07:10) | Perisian | Oleh: MK

Bagaimana anda membuka notepad? Sudah tentu anda akan klik pada Start, All Programs, dan Accessories, barulah sampai pada Notepad. Leceh sungguh.

Launchy adalah sejenis application launcher, di mana ia akan memudahkan anda untuk melancarkan apa-apa program di dalam komputer. Anda tak perlu fikir lagi ke mana letaknya program tersebut, hanya taip sahaja pada Launchy.

Hanya tekan Alt + Space dan taipkan nama program anda. Anda tidak perlu taip nama penuh, kerana Launchy akan mengesan nama program tersebut secara automatik. Launchy juga tahu program mana yang anda selalu guna,  dan akan mengutamakan program tersebut.

Sebagai contoh, saya hanya perlu taip “ope” untuk mendapatkan Opera. Setelah Launchy tahu yang Opera ini aplikasi kegemaran saya, hanya taip huruf ‘O’ pun dah cukup untuk membuka Opera! Kan senang tu.

Launchy ini juga sangat cerdik. Katakanlah saya nak buka Microsoft Office Picture Manager, kan panjang kalau saya nak taip semua tu. Tapi dengan Launchy, hanya taip “mc img” dan dengan pandainya Launchy meneka program yang betul ^^

Dapatkan Launchy di sini.

Popularity: 12% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari ImamKhalid
Masa: February 19, 2008 pada 3:06 pm

Ai, macam mana aku nak download software nih? Takde link pun? :)

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

ImamKhalid » eit, boleh pulak aku lupa nak masukkan. ahaha.
ok, link dah dimasukkan.

Pingback dari RocketDock: Launcher Gaya Vista Untuk Desktop Anda | SembangKomputer.Com
Masa: March 7, 2008 pada 1:53 pm

[...] menggunakan Launchy, ia talah menjadi sebahagian besar dari hidup komputer saya dan sukar untuk saya mencari pengganti [...]

Pingback dari 7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki | SembangKomputer.Com
Masa: April 16, 2008 pada 7:54 pm

[...] Launchy [http://www.launchy.net/] [...]

Komen dari Ardzham
Masa: April 30, 2008 pada 11:09 am

Sy dh download launchy, dah install. tp x leh nak run. knp ye? Bila klik start> all programme> Launchy > Launchy, takde apa pun yg keluar.
Begitu juga bila tekan Alt + Space. Pening gak tu…. saya dah uninstall, kendian instal balik pun macam tu jugak.
Saya yang bodoh ke pc saya yang bodoh ni……

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@ardzam:cuba awak pastikan dalam running processes (buka Task Manager > Process) , ada tak Launchy?

Pingback dari Hanya Taipkan Nama Lagu, Dan Teruskan Mainkan MP3 | SembangKomputer.com
Masa: July 21, 2008 pada 2:18 am

[...] cara ini, kita akan menggunakan software Launchy. Download dan install perisian tersebut. Kemudian, tekan Alt+Space untuk membuka Launchy. Klik [...]

Komen dari Jeffry
Masa: July 21, 2008 pada 3:35 pm

aku ni berpuas hati,..pasal kalau tak korek-punya korek jenis gatal tangan tak jumpa aku ruangan bab blog. sembang komputer.com. Setakat ni alhamdulillah aku memang berpuas hati. Setakat ni ruangan ni memahirkan aku dalam bab-bab pengunaan safe komputer. untuk pengetahuan aku gak dah melanggan masuk email kat aku. Terima kasih banyak

[Balas komen ini]

Pingback dari Lajukan Hari Anda Dengan FARR | SembangKomputer.com
Masa: September 10, 2008 pada 12:55 am

[...] Launchy merupakan sebuah perisian yang juga sama fungsinya dengan FARR. Saya telah menggunakan perisian popular ini buat sekian lama, dan sukar untuk meninggalkannya. Namun saya dapat FARR mempunyai lebih banyak fungsi dari Launchy. [...]

Berikan komen