Jika anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting. Seperti yang saya dah terangkan sebelum ini, berikut merupakan sedikit penerangan tentang domain dan hosting:

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Bagaimana nak mendapatkan domain dan hosting?

Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya ialah DataKL. Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Biasanya, bayaran secara online akan dibuat menggunakan kad kredit atau PayPal. Tapi jangan bimbang jika anda tidak mempunyai kad kredit atau PayPal, kerana anda juga boleh membuat bayaran secara bank-in di cawangan Maybank yang berdekatan.

Saya dah ada domain dan hosting. Apa seterusnya?

Ok, sekarang anda dah sedia untuk lancarkan laman web anda agar boleh dilawati oleh seluruh dunia. Jika anda ingin membuat laman web dengan cara mudah, anda boleh menggunakan CMS seperti Joomla!, Zen Cart, Drupal, dan sebagainya. Jika anda ingin membuat blog, Wordpress adalah pilihan yang terbaik. Sekiranya segala kandungan laman web anda sudah siap, letakkan ia kepada hosting anda menggunakan perisian FTP, ataupun melalui cPanel.

Apa benda pula CMS, Joomla, dan cPanel ni ya? Jangan risau, semuanya akan saya terangkan lagi dalam artikel yang akan datang. Jadi, pastikan anda setia mengikuti SembangKomputer.com ye ^^

Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

74 Responses


  1. kita on 10 Aug 2008

    fuhhh siap cakap lagi link affiliate tu….tak per ler kalau tak cakap pun kan :)

    • MK on 10 Aug 2008

      @kita: kena cakap.. etika

    • nmsh on 30 Oct 2008

      @kita, molek jugak royat!!!!jurus katakan.

  2. abdusfauzi on 10 Aug 2008

    hurm.. saya nk ade hosting sendiri.. nk jugak. ade org nak sponsor? saya bleh byar dlm bentuk tenaga kerja. :D

    Entri terkini abdusfauzi: Tagged by Topotato.com (Erk?)

  3. aeropama dot com on 11 Aug 2008

    secara ikhlas, kau adalah antara blogger yang memberi inspirasi kepada ku untuk punya hosting dan domain sendiri. sekarang aku dah ada kedua-duanya dan aku amat berpuas hati dengan hasilnya

    aku masih jahil pasal CMS. aku harap kau boleh terangkan dengan details tentangnya…

    • MK on 12 Aug 2008

      @aeropama dot com: uit, aku memberi inspirasi ke. terharu dengar, huhu. tak sia-sia buat blog ni

  4. Extremist Thinker on 11 Aug 2008

    huuuuu. fav blog ku :p

    Entri terkini Extremist Thinker: TREND Hantaran Kahwin Yang Tinggi, Setinggi IQ Saya.

  5. mahsyar90 on 11 Aug 2008

    im trying to make it..
    haha..so sembangkomputer ni dpt la sikit nanti insyaAllah
    truskan usaha murni mu inep..

  6. Uncle G on 12 Aug 2008

    pakcik plak memang dah ade domain/hosting lain… tapi nie ler 1st time pakcik beli domain/hosting tok jadi seorang blogger… sib baik belum jadi blogger tegar lagi…

    • MK on 12 Aug 2008

      @Uncle G: oh pakcik memang dah biasa la buat laman web ni ye..

  7. blogmenjerit on 13 Aug 2008

    bm guna bantuan luar je, kahkah. bayar je kat dia

    Entri terkini blogmenjerit: Menukar default gravatar Wordpress

  8. [...] lepas, saya telah menerangkan dengan panjang lebar tentang cara-cara untuk memasang Wordpress pada domain dan hosting anda sendiri. Ini merupakan cara yang manual. Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, anda [...]

  9. mefranz on 24 Aug 2008

    apa hosting paling best ye ?

    • MK on 26 Aug 2008

      @mefranz: hmm hmm, saya pun tak sure la. saya guna DataKL, syuxx lak guna Fivio, best gak katanye. Exabytes pun macam ok gak reputasi die

  10. Blood Elves on 03 Sep 2008

    BAGI STEP BY STEP NK BWT NYE

  11. shandye on 07 Oct 2008

    hurm… thinking of getting myself a domain…
    tapi mcm too much hassle aje… kan?
    klu blog aku a grand-hitter macam blog ko takpela…
    blog aku nk cecah 10 visitors per day pun payah…
    huhu…

    • MK on 09 Oct 2008

      @shandye: hm, terpulang. yang penting, kepuasan diri (and actually it’s not much a hassle at all ^^)

  12. nmsh on 30 Oct 2008

    x reti nok buat lagi nih!!!! dpt info gini pandai kot lps ni..tanx 4 segala usaha mu ini. tabik…

  13. Hanep on 27 Nov 2008

    time kaseh byk2 atas post ni. senang aku nk terang pada newbie. huhu

    • MK on 28 Nov 2008

      @Hanep: sama2 :)

  14. [...] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pelbagai pakej web hosting mampu milik dan premium untuk individu serta syarikat [...]

    • Mustaffa on 06 Dec 2008

      @Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain and Web Hosting, Hope service ok!!

  15. [...] anda telah mempuyai domain sendiri dan berjaya memasang Wordpress. Tahniah! Mungkin anda masih baru dalam Wordpress.org ini, [...]

  16. penie on 29 Dec 2008

    dataKL ni ok x??

    • MK on 30 Dec 2008

      @penie, boleh la tahan. tapi kadang2 down gak. IPServerOne mungkin ok kot.

  17. kurt on 29 Dec 2008

    Takat yg aku guna..Datakl personal mmg ok..uptime bagus..support pun agak ok.Klu x de masalah stay je aku ni..hehe

  18. penie on 03 Jan 2009

    aku xphm dgn bandwitdh la..
    kalo 100gd setahun cukup x nak support..
    kalo lebih bandwitdh camne?

    • MK on 05 Jan 2009

      @penie, kalau lebih bandwith, syarikat penyedia hosting akan block akses ke website, menyebabkan orang ramai tak dapat tak dapat view website macam biasa

  19. aleh49 on 08 Jan 2009

    apa yg perlu di titik beratkan ketika memilih web hosting?

  20. penie on 10 Jan 2009

    agak2.. brape gd cukp untuk tampung bandwith slama sthn?

    • MK on 10 Jan 2009

      @penie bergantung pada jenis website/blog awak. kalau awak letak mp3 untuk orang download, cepat la habis bandwith. kalau tak, bandwith 5GB sebulan pun takkan terhabisnye.

  21. penie on 10 Jan 2009

    oo..ok..trima kasih…

  22. agus on 26 Jan 2009

    thanks alot..
    nice info!!

  23. bootye on 30 Jan 2009

    erm.nak tny..nk wt web ni ad byrn ke..

  24. syafix on 06 Feb 2009

    klu nak buat website, lepas install joomla ape yg akan ade?

    • MK on 07 Feb 2009

      @syafix, er.. ada Joomla la. Joomla tu awak bleh la ubah2 dan isi kandungannya, macam WordPress gak.

  25. ijamidayu on 12 Feb 2009

    Jujur bro.. :D

  26. faridah on 16 Feb 2009

    mana dulu harus ade blog atau domain dan hosting?

    • MK on 16 Feb 2009

      @faridah, kalau awak nak buat blog kat website percuma, takyah domain dan hosting pun takpe. Tapi kalau nak buat blog kat alamat sendiri (contoh: http://www.faridah.com) kena la ada domain dan hosting dulu.

      • MuNkY on 25 Feb 2009

        @MK, agak2nyer la kan brape ribu nk kena siap nk ade domain dgn hosting nih?? cam blur2 jer lagi nih..

        • MK on 27 Feb 2009

          @MuNKy, tak sampai ribu2 pun.. kalau nak murah, bawah seratus pun boleh dapat.

          • MuNkY on 27 Feb 2009

            @MK, erm..
            dah dpt email tu..
            ahaha erm jadinyer datakl tu kire cam pilihan terbaik lah yer..???

          • MuNkY on 06 Mar 2009

            @MK, kalo yang ade email tu plk ape benda nyer..?? leh terangkan skit x??

  27. faishrull on 07 Mar 2009

    ada tak kat sini yang pandai guna joomla atau mamboo untuk buat web? jom la kita kongsi pengalaman.

    • MuNkY on 14 Mar 2009

      ha bgs2 tu..huhuh sbbnyer aku pun baru jek nk start guna joomla nih…bab2 nk install dah lepas cuma nk guna plk tak reti n tak phm..ahaha

      kot kalo ade yg ble tlg cantik gak..

      • MK on 14 Mar 2009

        @MuNky, aku pun pernah gak guna Joomla dulu, waktu projek tahun akhir. Hm, setakat ni Sembang Komputer tak cover lagi bab-bab web development kecuali yang berkaitan dengan blog. Tapi ko boleh bertanya kat Forum SK :)

        • MuNkY on 16 Mar 2009

          huhuh jgn marah yer…ahaks..
          tapi mintak2 la nnti SK ade sembang sal web development plk yer..

  28. reyza on 23 Mar 2009

    salam..bro, aku da upload kt datakl….tp tp x klua kt web aku…apsal aaaa…

  29. reyza on 23 Mar 2009

    aku da pon upload dlm cpanel…still under constuction…apsal aaaa?

  30. hazaldin on 07 Apr 2009

    saya sudah ada domain dan hosting web saya di wordpress http://hazis.wordpress.com..saya telah membeli domain dari datakl untuk domain http://www.hazis.com saya telah cuba untuk..memindah kan hazis.wordpress.com ke http://www.hazis.com …bagaimana untuk melakukan itu..jika saudara buka sekarang http://www.hazis.com.ia kosong..bagaimana untuk memindahkan.. sekian tk..

  31. TMUkmkd on 15 Apr 2009

    MK – K nak daftar domain, how? kalau ada ym lagi bagus kot :)

    mudah nak berbincang.. kalau nak guna link bawah MK pun tak kisah mana :D

    • mohd on 16 Apr 2009

      salam MK.Tanye skit kt sifu nie…saya ade beli domain & hosting dari syarikat yg berlainan.camne nak pointkan hosting ke domain tu ?

      timakasih

      • MK on 19 Apr 2009

        @mohd: Hm, tak silap saya, awak kena point-kan nameserver yang disediakan oleh syarikat domain awak, kepada setting pada hosting. Apa-apa pun, awak boleh mintak tolong syarikat hosting awak terus, dorang boleh tolong.

    • MK on 16 Apr 2009

      @K, ok, dah add kat ym :)

  32. myindie on 12 May 2009

    Bagaimana pula kalau blog saya menggunakan blogspot? Adakah saya juga memerlukan web hosting? Dan bagaimana nak lancarkan blog ke hosting baru dari blogspot?

    • MK on 15 May 2009

      @myindie: Blosgpot tak memerlukan hosting.

  33. bujang susah on 31 May 2009

    salam bro..gua baru jer nak kenal2 dgn lu bro.. tp gua mmg respect lu.. cuma gua mintak izin kat lu klau nanti gua copy apa2 entri lu, baik yg selepas atau sebelum. caya luuu…

    • MK on 03 Jun 2009

      @bujang susah: Tak perlu copy entri, sertakan link sahaja dah cukup :)

  34. bujang susah on 31 May 2009

    Salam bro.. kat domain blog ni x boleh letak follower ke? klau boleh mcmana caranya.. mcm kat blogspot jugak ke? sorry bnyk tnya bro.. gua mmg x power langsung dalam bab2 blog ni. klau lu dan jawab soalan gua tolong hantar reminder kat shoutbox blog gua bro.. wassalam.

    • MK on 03 Jun 2009

      @bujang susah: Widget follower tu hanya untuk pengguna Blogspot. Kalau tak tempat lain, boleh guna Google Connect.

  35. [...] adalah bahagian-bahagian kecil daripada sebuah domain. Sebagai contoh, “forum.sembangkomputer.com” dan “blog.sembangkomputer.com” adalah [...]

  36. waw on 08 Sep 2009

    terasa nk ade blog domain sndiri,,
    x bes r pkai blog free cam blogspot tu,,
    x bebas..hahaha..

    tp nnt r,,tunggu ade wit bln2

  37. adamwira on 08 Oct 2009

    laptop saya ni slow bila loading dan nak start pun slow gak,adakah caranya agar apabila loading laptop ni ambil masa yang cepat?

  38. roose on 15 Dec 2009

    Salam buat MK, saya sebenarnya baru dalam sembang komputer ni, tapi banyak yang saya belajar dari sini. Bro banyak membantu. Tima kaseh bebanyak pada Bro MK dan semua kengkawan.

  39. cumiciky on 16 Jan 2010

    sangat berguna..thank you!

  40. faz on 25 Jan 2010

    CMS ialah content management system ialah sistem yg telah tersedia dibangunkan oleh golongan atau kumpulan tertentu yg selalu dikenali sebagai ”third party’ yang membolehkan anda menggunakannya bagi membina laman web atau blog dengan mudah. Kumpulan developer tersebut menggunakan pengataturcaraan seperti php, java, asp, dan sebagainya. Sebenarnya wordpress juga adalah satu contoh CMS.

  41. Tinta Luhur on 21 Feb 2010

    aku dh buat sume tu..tp tensen sbb hoster asyik anta notis CPU over usage..ingat nak cari hoster n domain baru..lagi satu..joomla mcm best je..sape blh buat tutor eh?

  42. abangman on 01 Mar 2010

    Salam dan selamat sejahtera bro…
    GOOGLE ADSENSE cam mana pula….Banyak orang cakap pasal Adsens boleh dapat duit.Guna blogspot.com atau wordpress.com atau kita ada laman web sendiri http://www.contoh.com ke dot my ke. Ada tips tak?…

  43. MK on 01 Mar 2009

    @MuNkY, saya pun tak pernah try hosting lain. Yang saya tau, customer service DataKL memang bagus :)

  44. MK on 08 Mar 2009

    @MuNkY, maksud awak, email apa ye? Kalau kita beli domain, memang kita boleh buat email sendiri, contohnya saya@faridah.com, camtu la.

  45. MuNkY on 11 Mar 2009

    oo yeke thanks..


Leave your comment