Download Drama Daripada TV3 Menggunakan DownloadHelper

Saya ada menulis tentang DownloadHelper, sebuah add-on Firefox yang membolehkan anda download video dari laman web video popular seperti YouTube, dan Google Video. Sebenarnya, DownloadHelper boleh download video dan Mp3 daripada pelbagai laman web lagi, cuma saya yang selalu tidak perasan.

Baru sebentar tadi saya cuba menggunakan DownloadHelper untuk download video yang dipertontonkan di laman web TV3. Pada mulanya, saya ingat DownloadHelper gagal untuk mengesan video. Rupa-rupanya, video tersebut harus dimainkan terlebih dahulu, barulah ikon DownloadHelper akan beranimasi yang menandakan video tersebut boleh anda download.

dwhelper-01

Setelah ikon DownloadHelper itu berputar, anda boleh klik pada anak panah tersebut dan pilih video mana yang anda ingin download. Anda juga boleh pilih Copy URL sekiranya anda ingin download video tersebut menggunakan download manager yang lain, contohnya Free Download Manager.

P/S: Saya dipaksa oleh seorang kawan saya untuk menonton Nur Kasih, jadi sekarang saya sedang download drama ini, walaupun pada hakikatnya saya jarang tengok TV =_=

25 thoughts on “Download Drama Daripada TV3 Menggunakan DownloadHelper

    • @Kill-Vearn: Takde lawa sangat. Yang penting cerita dia best. Walaupun sebelum ni aku tak berapa gemor drama Melayu, haha.

  1. Salam…
    Komputer saya dah ada RealPlayer yang boleh download apa2 saja video yg sedang dimainkan di skrin. Boleh tak saya boh DownloadHelper sekali dlm komputer saya? Diorg tak konflik ke? Sapa2 tolong jawab sat.

  2. rasanya functionnya sama ngan free music zilla.. bleh download sume lagu atau video yg dmainkan wlaupun xde link utuk download.mungkin tuan buleh cube free music zilla gak

  3. Dlm DH ni ade 2 format, iaitu FLV & MP4.kalo guna DownloadHelper kat YouTube ada kuar format MP4.kat TV3 ada format FLV aje.takde kuar format MP4.kalo download dlm format MP4 bole burn kat CD and dpt view kat DVD PLAYER.kalo FLV tak bole..:(

  4. Salam..boleh dapatkan x drama melayu RTM tajuk ‘Gelora Di Hati Sara’ musim 1 & 2….dengar cerita drama tu memang best giler..skriop yang mantap dari novelis terkenal tanah air Sharifah Abu Salem

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">