Edit Foto Secara Online Dengan FotoFlexer
FotoFlexer membolehkan anda mengubahsuai gambar secara online untuk menghasilkan foto yang berkualiti tinggi. Anda boleh mendaftarkan diri dengan FotoFlexer, atau anda boleh terus upload dan mula mengubahsuai gambar anda. Ia bukan sahaja mempunyai pelbagai fungsi, tetapi juga amat mudah digunakan serta mesra pengguna.
FotoFlexer menawarkan pelbagai fungsi dalam photo editing, dari operasi yang asas seperti Crop, Resize, dan Rotate; hinggalah kepada teknik yang lebih kompleks contohnya Curves, Morph, dan Adjust. Bagi pengguna Photoshop, tentu anda akan menghargai fungsi Layer yang juga terdapat dalam FotoFlexer.
Anda inginkan kesan yang mudah dan pantas? Tekan tab Effects dan pilih dari mana-mana satu efek yang diberikan. Hanya klik sahaja pada efek ini, dan imej anda akan bertukar. Contoh di atas tu adalah transformasi yang menggunakan efek Pop Art.
Foto yang telah siap boleh diposkan secara automatik ke laman web tertentu seperti Picasa dan Flickr. Anda juga boleh memilih untuk dowload foto ini ke dalam komputer anda. Cubalah, pasti seronok ^^
Popularity: 9% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari melayubuntu
Masa: February 19, 2008 pada 6:01 pm
wah…makcik pun angkat ek..lg bahaya..haha
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 20, 2008 pada 2:14 am
Saya masuih gunakan offline punya, IrfanView
Komen dari ecahkoop
Masa: February 20, 2008 pada 8:10 am
sy de prob ckit pki flexer ni coz tiap kali send gamba ke emel..eror je..hm.. :(
February 20th, 2008 at 9:12 am
null » owh ye ke, semenjak ada photo sharing macam flickr, saya tak pernah dah anar gambar melalui emel… lembab >_<
Komen dari sYaH
Masa: September 13, 2008 pada 12:40 pm
hallooo ….sy org baru kat cni… bri tnjuk aja k…
February 19th, 2008 at 4:29 pm
melayubuntu » haha kantoi. awek pe jadahnye, itu makcik angkat