Enso Launcher, Lebih Baik Dari Launchy?

Setelah menggunakan Launchy, sukar untuk saya meninggalkannya kerana ia telah membantu saya menggunakan komputer dengan lebih pantas. Namun, nampaknya kini Launchy ada pesaing yang berpotensi.
Enso Launcher
Memperkenalkan Enso Launcher, application launcher yang dihasilkan oleh Humanized. Beberapa ciri-ciri yang membuatkan ianya unik adalah seperti:

  • Anda harus hold (tekan, jangan lepas) Caps Lock untuk melancarkan Enso. Apabila anda lepaskan Caps Lock, Enso akan melancarkan program yang ditaip.
  • Anda boleh menetapkan arahan sendiri untuk membuka fail, folder, atau laman web tertentu.
  • Enso juga boleh minimize, maximize, serta menutup program. Namun Windows sendiri ada shortcut keys untuk ini.
  • Enso mampu mengenal Tab! Dalam Opera dan Firefox misalnya, ada banyak tab yang dibuka. Dengan Enso, anda boleh pergi ke tab yang anda mahu dengan pantas.


Enso masih dalam peringkat beta, jadi ia masih banyak kekurangan berbanding Launchy. Namun, potensi yang Enso ada mampu menandingi Launchy, dan tidak mustahil saya juga akan tinggalkan Launcy yang tercinta itu nanti ^^

7 thoughts on “Enso Launcher, Lebih Baik Dari Launchy?

  1. hoho…aku igtkan blog aku overflow ke ape…ekeke…lawa la plak blog aku bila dilihat dr tingkap windows..hihi…
    btw, perisian camni mmg best dlm mana2 platform pun…aku guna mac ada quicksilver…aku guna ubuntu ada gnome do..haha…best btul..

    • melayubuntu » lawa ye, promosi percuma.. kuang3x. tu la denagr2 gak pasal quicksilver, launcher paling mantap stakat ni. sayang quicksilver ada kat mac je

      uhm sure aku download gnome dulu bile dah ada linux nanti

  2. Pingback: Semak Ejaan Dan Cari Makna Perkataan Dengan Enso Words | SembangKomputer.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">