Entri Pilihan Bulanan - April 2008
Bulan April baru sahaja berlalu, dan seperti biasa, saya akan menyenaraikan artikel-artikel yang terbaik sepanjang bulan tersebut. Mungkin pembaca semua perasan bahawa saya tidak lagi mengemaskini blog ini setiap hari. Dan keadaan ini mungkin akan berlarutan sehingga hujung bulan Mei. Ini kerana saya masih sibuk dibebani dengan tugasan Projek Tahun Akhir di JMTi ini. Harap maklum ^^. Baiklah, kita teruskan dengan empat entri terbaik sepanjang April 2008:
Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP
Install semula Windows merupakan jalan penyelesaian terakhir terhadap semua masalah komputer. Ia juga merupakan cara yang paling mudah, dan digunakan oleh tauke-tauke kedai komputer yang malas berhampiran anda. Jadi, mengapa habiskan RM 40 pada kedai komputer tersebut, sedangkan anda boleh lakukan sendiri?
Ikuti panduan ini untuk format hard disk dan install semula Windows XP. Juga boleh didapati dalam bentuk PDF.
7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki
Saya ditanyakan tentang 7 perisian yang menjadi kegemaran saya. Jadi dalam artikel ini, saya persembahkan kepada anda, 7 perisian yang paling kerap saya gunakan dalam urusan harian. Ini termasuklah FreeCommander, CCleaner, dan Picasa.
Blog merupakan sebuah medium yang kian meningkat pengaruh dan popularitinya kini. Pelbagai topik yang dibincangkan termasuklah politik, hiburan, teknologi, mahupun catatan peribadi. Anda juga harus mempunyai blog!
Masih kurang jelas tentang apa itu blog? Baca artikel ini untuk mendapatkan penerangan ringkas dan mudah mengenai blog.
Cara Nak Dual Boot Windows Dan Linux
Semakin hari, semakin ramai yang bertukar kepada Linux kerana sudah jemu dengan karenah Windows yang menyusahkan. Namun, ada antara kita yang masih belum sedia untuk melepaskan Windows sepenuhnya. Jika anda salah seorang daripadanya, ikuti panduan ini untuk memiliki kedua-dua Windows dan Linux dalam komputer anda.
Popularity: 31% [?]
Entri berkaitan:
bro. untuk Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP mmg jalan, kewl…arigato…
HEs last blog post..Siang atau Malam
perghhhh aku tak pernah cuba dual boot. takut. hehe :)
KNizams last blog post..B-Shaped Pool at Bukit Merah Laketown Resort
aku pernah dual boot xp sama vista.. =) linux byk kali aku nak cuba pakai, tp mcm x lekat di’hati.. hehe