Find and Run Robot adalah sebuah software yang direka khas untuk para pengguna tegar keyboard. Fungsi utamanya adalah untuk memudahkan anda membuka apa-apa program atau dokumen dalam komputer anda pada bila-bila masa.

Selalu tak anda tercari-cari program yang anda ingin buka melalui Start Menu? Jika ya, anda memang memerlukan FARR. Dalam FARR, anda tak perlu tercari-cari di mana program tersebut berada, hanya taipkan namanya dan ia akan dibuka secara automatik.

Cara Menggunakan FARR

Cara menggunakan FARR mudah sahaja, hanya tekan butang Pause dan taipkan nama bagi program atau dokumen yang anda ingin buka. FARR akan terus memaparkan hasil carian berdasarkan huruf yang anda telah taip.

farr-01

Tambahkan Folder Untuk Dikesan oleh FARR

Selain dari program yang terdapat pada Start Menu, anda boleh tambahkan folder supaya ia akan dikesan oleh FARR. Sebagai contoh, saya tambahkan folder D:\Tools supaya semua program saya yang terletak dalam folder tersebut akan dicari oleh FARR. Anda boleh tambahkan folder dari ruangan Options. Anda juga boleh tetapkan samada folder di dalamnya dikesan atau tidak, serta fail jenis apa yang dikecualikan.

farr-03

Mainkan MP3 Dengan Pantas

Anda juga boleh menggunakan FARR untuk memudahkan anda membuka dokumen dalam komputer anda. Sebagai contoh, anda boleh gunakan FARR untuk mainkan mp3 dengan pantas. Hanya tambahkan folder mp3 anda ke dalam FARR, dan anda boleh terus taipkan nama lagu yang anda ingin mainkan.

farr-04

Keluarkan Menu Right-Click Biasa

Selain dari membuka fail atau dokumen tersebut, anda juga boleh keluarkan menu right-click yang biasa. Hanya klik kanan pada program atau dokumen tersebut, pilih Shell Context Menu.. dan menu right-click yang biasa akan dipaparkan.

farr-05

Perbandingan dengan Launchy

Launchy merupakan sebuah perisian yang juga sama fungsinya dengan FARR. Saya telah menggunakan perisian popular ini buat sekian lama, dan sukar untuk meninggalkannya. Namun saya dapat FARR mempunyai lebih banyak fungsi dari Launchy.

Sebagai contoh, FARR mempunyai “Launch History”. Apabila anda membuka FARR tanpa menaip apa-apa ke dalamnya, ia akan memaparkan beberapa program terkini yang anda telah buka.

FARR juga mempunyai fungsi “live search” berbanding launchy yang mencari dari database yang telah dibina. Ini bermakna, sesuatu program boleh terus dilancarkan dari FARR walaupun anda baru sahaja install software tersebut. Namun pada Launchy, program tersebut haruslah dimasukkan ke dalam database terlebih dahulu. Database dalam Launchy boleh dikemaskini secara manual dengan memilih “Rescan Catalog”

FARR juga membolehkan anda mengeluarkan fungsi right-click pada hasil carian anda. Fungsi ini berguna apabila saya ingin klik pada Open With.. dan buka fail tersebut dengan program yang tertentu.

Namun begitu,  kelemahan FARR menggunakan “live search” adalah ianya sedikit lambat, berbanding Launchy. Antaramuka FARR juga agak kompleks berbanding Launchy yang lebih mesra pengguna.

Kesimpulan

FARR sememangnya sebuah software yang dapat meningkatkan produktiviti dalam urusan komputer saya, terutamanya apabila hendak membuka satu-satu fail atau dokumen. Terdapat banyak lagi fungsi yang belum saya terokai dalam FARR, kerana ia mempunyai banyak bahagian yang boleh diubah-ubah. Jika anda inginkan urusan harian komputer anda lebih cekap, dapatkan FARR di sini (Windows 9X/2K/XP/Vista).

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

10 Responses


  1. melayubuntu on 10 Sep 2008

    makin byk lak perisian cam ni…bagus jgk..hehe

    Entri terkini melayubuntu: Tshirt ubuntu : Update Harga!

    • MK on 10 Sep 2008

      @melayubuntu: sayang FARR takde Linux version.. kalau Launchy tu ada le

  2. mahsyar90 on 10 Sep 2008

    aku sebelum ni pakai launchy..
    dan aku rasa aku nak pakai launchy jugak lagi.
    malas nak download yang baru..heheh

  3. aeropama dot com on 10 Sep 2008

    aku mahu donlod software ni. nk test samada berkesan dlm penggunaan seharian aku atau tidak. thanks for the info bro!

  4. KNizam on 10 Sep 2008

    memang berkesan ke ek ?

    • MK on 10 Sep 2008

      @KNizam: memang berkesan..

  5. smaelz83 on 10 Sep 2008

    Bagusnya.. selama ni aku suka je mencari-cari dgn cara manual. Biar ku cuba plak mende nih…

    Entri terkini smaelz83: Download Everything For Free

  6. Fahmi on 12 Sep 2008

    Emmm….aku pun tak penah pakai benda nie. Tapi mgkn leh cuba. Mana tau syoook ke.. :D

  7. iEhSan on 12 Sep 2008

    ooooooo..baru ku tahu..
    thanz MK… :)

  8. kita on 13 Sep 2008

    kalau vista dah ada funsi macam ni


Leave your comment