Firefox

Tidak menjadi kejutan apabila Firefox 3 berjaya memecahkan rekod dunia sebagai perisian yang menerima jumlah download paling banyak pada hari pertamanya. Sehingga kini, Firefox 3 telah dimuat turun sebanyak 8 juta kali, dah jumlah itu masih meningkat dengan laju.

Sebenarnya rekod dunia ini sudah pasti milik Mozilla kerana ini merupakan kali pertama rekod sebegini dicatatkan. Namun begitu pencapaian Firefox 3 memang menakjubkan dan menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap perisian Open Source. Berikut adalah antara ciri-ciri baru pada Firefox 3:

Antaramuka Baru

Skin bagi Firefox adalah berbeza-beza mengikut OS supaya anda selesa menggunakan Firefox baik dalam Windows XP, Vista, Mac, mahupun Linux.

Firefox 3

Add-ons Manager

Kini anda boleh cari dan install add-on, extension, theme dan plugin terus dari kotak Add-ons Manager.

Firefox 3

Smart Location Bar

Apabila anda mula menaip pada address bar, Firefox akan terus memaparkan alamat laman web yang pernah anda lawati sebelum ni. Fungsinya sama seperti Quick Find dalam Opera, cuma Firefox tidak mampu memaparkan kandungan dalam laman web tersebut, hanya alamat sahaja.

Firefox 3

Lindungi Anda Dari Laman Web Yang Merbahaya

Klik pada favicon satu-satu laman web dan Firefox akan memaparkan maklumat mengenainya. Sekiranya laman web berikut mempunyai unsur phishing, malware, dan sebagainya, Firefox akan memberi amaran.

Firefox 3

Pelayaran Web Lebih Pantas

Rendering engine yang telah diperbaiki, serta peningkatan pada Javascript, grafik dan teks.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

21 Responses


  1. Affuan on 19 Jun 2008

    Aku adalah salah seorang yang download. Tanpa aku, siapa lah FireFox tuh. Ahaha.

    Affuans last blog post..Cara Mendaftar di Blogger/ Blogspot

    • MK on 19 Jun 2008

      @Affuan: tanpa Affuan, Firefox tidak bermakna.. T_T

  2. EiNS on 19 Jun 2008

    Yeah, firefox 3…Over 8 Millions of downloads in one day..

    Imej

    Aku dh create certificate ntuk kenang-kenangan:

    Imej

    EiNSs last blog post..Download Firefox 3.0 Final : Jom Cipta Rekod Dunia

  3. life4hire on 19 Jun 2008

    hampagas btol..aku dh download ari pertama gak tp x dpt pon cert..tensen btol…xde la kenang-kenangan aku…hehe…

    • MK on 19 Jun 2008

      @life4hire: kenangkan je la dalam hati.. huhu

    • paan on 29 Jun 2008

      Aku pun tak dpt cert… Tak tau plak aku bleh dpt cert.. Nih yang geram nih…

      ps: bila tick commentluv jer.. aku dpt mysql error.. kena aa tulis balik comment nih…

      • MK on 29 Jun 2008

        @paan: um, ada problem upenye sistem komen ni ek. nanti aku betulkan

  4. fahmi on 19 Jun 2008

    nak tanye??? nape realplayer11 xleh dunlud video??? kalau ff2 ok jer..tp bile install ff3 xbleh plak???

  5. ecahkoop on 19 Jun 2008

    ade gak donlod firefox 3…siap ade certificate lagi…wee!!!

    ecahkoops last blog post..langkawi..best ke?

  6. XGizuman on 20 Jun 2008

    Tul tu fahmi.kalau guna firefox 3 realplayer11 x boleh download video.Jadi aku buang firefox 3 guna balik firefox yg vesion lama punya.

  7. Busby Seo Challenge on 20 Jun 2008

    aku baru donlod….pastilah tambah recorndnya

    Busby Seo Challenges last blog post..Busby seo challenge Boobs are Fantastic.flv

  8. amir on 20 Jun 2008

    ha ah…xleh pkai ah real 1 player,xleh nk support lak…ak pon bg gak,pkai yg lme…huhuhu,tp teringn nk pkai frfox3…..xde cre laen ke??

  9. shandye on 20 Jun 2008

    musang berapi ittew sungguh dahsyat!!!

    hehe… sangat best pakai firefox walaupun layout utk opera sangat chantek…

    haih…

    shandyes last blog post..once bitten twice shy?

  10. alonqexe on 23 Jun 2008

    Wah! Kenapa sy tak dapat cert pun?
    Puas hati dengan Firefox 3.

    Eh, cert tu buat sendiri ke?

  11. Sham on 10 Jul 2008

    Bagi saya.. jasa mozilla firefox yang buat saya beralih dari OPERA ialah kerana fungsi ZOOM dia.. sebab saya nie menggunakan pc dari atas katil.. jadi jarak pandangan yg jauh buat tulisan2 nampak kecil dengan lcd 17 inci.. so dengan ada zoom saya boleh baca dengan lebih jelas lagi unless… saya diberi skrin baru 22 inci la…hahahaha..

    terima kasih firefox 3

    • MK on 10 Jul 2008

      @Sham: Opera ada fungsi Zoom yang lebih mudah diakses berbanding Firefox

  12. [...] peringkat percubaan. Apabila dipertingkat lagi, Google Chrome mampu memberikan saingan hebat kepada Firefox, mahupun web browser lain seperti Opera dan Internet [...]

  13. amir on 19 Nov 2008

    firefox saya x bole download.die kluar box “security zone policy”. kenape ar??
    plz reply.

  14. ijan on 21 Dec 2008

    aku masih sokong broswer veteran + classic = internet explorer & nestcape ! walaupun firefox ni canggih

  15. amoi on 27 Mar 2009

    Firefox 3 is horrible for me. Pc asyik heng sejak ada Firefox 3, IDM tak sapot Firefox 3 even amoi dh reintegrate kat IDM. last2 amoi pakai version dua punya…ngaaaa

  16. pisang on 23 Aug 2010

    saya nk sembang ckit pasal pa browser firefox 3 asyik hang,,,,, apabila dia hang dia akan keluar tab stop skirp,,, apa tah,,,, leh terang ckit pasal pa….??????


Tinggalkan komen anda