
Bagi kebanyakan pengguna Internet di Malaysia, sambungan Internet biasanya adalah tidak stabil. Ada masanya laju, ada masanya sangat perlahan. Jika anda sedang mengalami sambungan Internet yang perlahan ini, anda boleh lajukan masa untuk membuka laman web dengan menghalang imej daripada dipaparkan, menggunakan add-on ImgLikeOpera.
Seperti namanya, ImgLikeOpera diinspirasikan daripada fungsi yang sudah terbina dalam Opera. Melalui butang kecil yang diletakkan di Status Bar, anda boleh menghalang imej dari dipaparkan, atau hanya paparkan imej yang pernah dimuat-turun sebelum ini, ataupun hanya paparkan imej dari laman web tertentu sahaja.
P/S: Anda juga boleh rujuk entri mengenai Image Block di Ghacks
bagi K ini kelebihan utama firefox. mampu disesuaikan dengan kehendak pengguna. walaupun sebenarnya ada pilihan didalam option/preference. namun pengguna boleh memilih untuk menambah fungsi. tetapi setiap itu ada
‘harganya’. ruang memori T__T
memang ada perbezaan r kalo kite halang imej kuar…
masa webpage loading lebih laju…tapi xcntik coz xde gmbr.
@war10ck: Ha ah, nampak pelik sikit la sebab takde gambar, huhu.
imej sentiasa menjadi penghalang.keadaan internet kadang-kadang tidak stabil.
xde la lagi iklan kopi janda…..huhu
@Pokkoman: Hahah, tak pernah lagi aku jumpa iklan kopi janda ke, kopi jantan ke, nasib baik :P
Add-on nih ade bagi ape2 kesan kat video tak???
(mcm youtube)