Tab Candy Untuk Firefox Menyelesaikan Masalah Tab Yang Terlalu Banyak

Aza Raskin dari Mozilla baru sahaja memperkenalkan Tab Candy, fungsi baru Firefox yang akan membantu anda menguruskan tab yang terlalu banyak.

Dengan Tab Candy, anda boleh mengelaskan tab mengikut kategori tertentu. Sebagai contoh, semua artikel yang anda biarkan terbuka kerana anda ingin membacanya, boleh diletakkan di bawah kategori “untuk dibaca”.

Apabila satu kategori dipilih, hanya tab yang berkaitan sahaja akan dipaparkan, lantas membantu anda untuk fokus kepada tugasan yang ingin dilakukan.

Tab Candy juga memaparkan tab dalam bentuk thumbnail. Gambaran visual ini sangat membantu anda dalam mengenalpasti tab yang dicari.

Malah anda boleh berkongsi tab yang anda buka dengan rakan-rakan (fungsi ini masih dalam pembinaan).

Sememangnya Tab Candy membawakan idea yang bernas untuk meningkatkan fungsi pengurusan tab pada pelayar web. Namun, sejauh manakah kegunaannya? Adakah ia akan menggantikan fungsi aplikasi web seperti Delicious dan Instapaper? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Anda boleh mencuba Tab Candy versi Alpha untuk merasainya sendiri (nota: Tab Candy bukanlah merupakan sebuah extension, tetapi fail yang anda akan download adalah versi Firefox yang masih dalam pembangunan).

20 thoughts on “Tab Candy Untuk Firefox Menyelesaikan Masalah Tab Yang Terlalu Banyak

  1. MK…ada dua soalan nk tnya ni.
    1.berapa size untuk install Ubuntu pada PC?10g atau 7g…

    2. kalau buat dual-boot Windows dan Ubuntu,macam mana nk delete Ubuntu menggunakan Computer Management di Windows. satu lg, mcm mana nak pastikan boot manager reset balik sblm delete Ubuntu tu? saya bimbang Windows pun tak boleh start nanti.

    tlg sngt2 MK…
    p/s: sekarang saya guna Windows 7.

  2. salam MK..nk tny ni..pggunaan cooler fan pada laptop ok x sbnrnya???konpius+rungsing sbb ade yg kate x ok klau pkai cooler fan kt bwh lptp..sbb lptp da ade fan sndiri..nt fan dia xdpt nk brpusing..plezzz xplain to me..!!

  3. MK..
    saya dah tahu cara nak Uninstall Ubuntu tu…
    senang sje.

    tp ade dua masalah lepas install Ubuntu ni..
    Mouse dgn Wireless saya tak berfungsi…
    tolong saya MK…

  4. erm…aku guna firefox…guna toolbar bookmarks,buat 1 folder utk bookmark temp sbb aku suka byk tab…dgn masalah ‘info-guilt’ :P

  5. Wah stail2.
    Asal usul kehadiran tab ni bertujuan untuk mengelakkan keserabutan banyak window browser yg dibuka.

    Skang kena car penyelesaian tab terlalu banyak dibuka plak
    :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">