Seorang blogger biasanya banyak menangkap screenshot tentang laman web untuk dimuatkan ke dalam entri blog mereka. Web designer pula mengumpul screenshot tentang laman web yang menarik untuk dijadikan bahan rujukan.
Bagi pengguna Firefox, anda boleh gunakan Fireshot untuk kerja-kerja seperti ini. Ia boleh menangkap kawasan yang kelihatan pada browser, mahupun keseluruhan halaman termasuklah bahagian laman web yang perlu di-skrol untuk dilihat.
Fireshot juga menyediakan editor imej yang mempunyai fungsi-fungsi asas seperti crop, resize, serta menambah teks dan anak panah ke atas screenshot.
Download di sini: Fireshot
screengrab sedap gak pakai
kalau takat nak sikit je..bukan seluruh page..aku guna snipping tool je..hehe
Yeahhh betul-betul guna snipping tool… huhuhuh
btw maybe bro ni nyatakan utk mereka yang bukan pengguna Windows 7 kot
kepada penulis blog ini, terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini
hmm function macam print skrin gak ye..menarik ni..hehe
dulu penah guna fireshot masa ff 2.0
tapi ada masalah skit jadi aku guna SnagIt9
skarang aku guna screenshotpimp
lebih mudah dan pantas… ikut selera aku ;)
tekan print screen kat keyboard lagi senang… :)
senang tekan tapi susah bila nak ejas.
dgn screenshotpimp bleh pilih yg visible
atau complete page ataupun yg dipilih
melalui kaedah drag cursor..
nak save pn boleh pilih png atau jpg. ;)
@zaryl .. utk chrome xde ke?
erm bagus nie :-) nak try…
aku x pkai firefox… huhu….
Prnt Scrn button kan ada, buat apa nak susah2?
Prnt Scrn button ambil keseluruhan skrin termasuk web browser sekali, lagipun ia tak boleh ambil screenshot untuk website yang skrol ke bawah. Add-on macam Fireshot ni bukan je boleh buat tu semua, siap save kan secara automatik jadi tak perlu paste ke dalam paint dan save secara manual.
aku pakai screengrab je…sbb dah terbiasa kot
em tapi skrg kalau kat umah pakai laptop…dalam windows 7 tu ada snipping tool pakai yg tu je…dah jarang guna screen grab