Folder Guide: Akses Folder Dengan Mudah

FolderGuide adalah sebuah perisian yang membolehkan anda membuat shortcut kepada folder-folder yang kerap anda gunakan. Cara menggunakannya mudah saja, hanya right-click dalam mana-mana folder dan pilih menu Folder Guide. Ia akan memaparkan folder-folder kegemaran anda.

image

Folder Guide bukan hanya boleh dibuka melalui Windows Explorer sahaja, malah boleh diakses pada Open/Save Dialog.

folder-guide-02

Sekiranya anda ingin menambah folder ke dalam shortcut, right-click pada folder tersebut dan pilih “Add to Folder Guide“. Anda juga boleh klik pada menu Folder Guide > Settings… untuk melancarkan program Folder Guide.

folder-guide-03

Folder Guide tidak perlu berjalan setiap masa untuk anda menggunakannya, sekaligus tidak membebankan komputer anda. Dapatkan Folder Guide di sini.

23 thoughts on “Folder Guide: Akses Folder Dengan Mudah

  1. Baru tahu ada perisian ni. Tapi MK, rasanya ada cara mudah kalau nak buat shortcut untuk folder dalam windows. Buka mana-mana folder yang kita nak, lepas tu drag ikon folder di bucu atas kiri windows tu ke desktop. Cuma fungsi sekadar buat shortcut saja la..

    Tapi yang ni nampak lagi senang, sebab ada fungsi untuk hantar fail2 kita ke folder yang kita dah set.

    • @Bat: Er, shortcut kat sini bukan bermaksud fail .ink tu. Ianya shorcut sebab boleh akses dari mana-mana folder, even from save/open file dialog..

    • @NoktahHitam: lepas ni takde dah tertekan-tekan mouse tu sebab nak cari folder, nak lagi dalam Open/Save Dialog tu.

  2. uhhh guna minatang inep sgt senang!
    tak byk nk klik byk2 kali
    eh mk, saya sudah pindah wp sbb merajuk kamu tak suke blogger :P
    hahaha jgn mara saya adik :P

    • @sootspirit: ari tu saya ada review direct folder kan, tapi kak izi ta suke sebab die run in background.. sebab tu la cari Folder Guide lak.

      mane de tak suke blogger la, tak suke commenting system je.. huhu. nanti saya singgah eh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">